Majlis Perbandaran Seberang Perai dalam proses untuk menubuhkan jawatankuasa berkaitan bahasa Melayu. Oleh yang demikian, mohon nasihat pihak DBP berkaitan terma rujukan (TOR) yang bersesuaian dengan kepentingan jawatankuasa ini dalam PBT. Sekian, Terima Kasih | Pihak puan boleh merujuk kertas cadangan penubuhan Jawatankuasa Kecil Pelaksanaan Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan Sektor ICT oleh pihak MAMPU seperti yang dilampirkan. | Lain-lain | 04.09.2014 |
Salam, Saya ingin bertanya mengenai penggunaan imbuhan kepada kata dasar iaitu laksana. Mana satu yang betul: perlaksanaan atau pelaksanaan. Mohon pencerahan. | Pelaksanaan dan perlaksanaan, kedua-dua kata tersebut adalah betul. Apabila merujuk kepada perihal melaksanakan, penggunaan yang betul ialah pelaksanaan dan apabila merujuk kepada hasilnya maka kata perlaksanaan yang digunakan. Contohnya: Pelaksanaan KBSR (3M) tahap pertama sedang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan; Mesyuarat pada minggu hadapan akan membentangkan laporan pasca perlaksanaan Sukma pada tahun ini. | Tatabahasa | 26.09.2017 |
Salam tuan... Ejaan manakah yang betul : 1.seperti mana atau sepertimana 2.ku ambil atau kuambil 3. deraf atau draf 4.skim atau sekim 5.pelaksanaan atau pelaksanaan 6.datok atau dato 7.periok atau periuk 8.enjin atau engin 9.walaupun atau walau pun 10.keset atau kaset 11.professor atau professor 12.trajedi atau tragedi 13.television atau televisyen 14.jawatankuasa kuasa atau jawatankuasa 15. estatika atau estitika 16.geran atau gran 17.logic atau logik 18.sambong atau sambung 19.awet atau awit 20.bataliun atau batalion 21.saikologi atau psikologi | Ejaan yang betul: 1. sepertimana 2. kuambil 3. draf 4. skim 5. pelaksanaan 6. Dato' (kurniaan daripada sultan/raja), Datuk (anugerah daripada Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertua Negeri) 7. periuk 8. enjin 9. walaupun 10. kaset 11. professor 12. tragedi 13. televisyen 14. jawatankuasa 15. estetika 16. geran 17. logik 18. sambung 19. awet 20. batalion 21. psikologi Pada masa akan datang, sila rujuk kamus atau layari laman web kami www.dbp.gov.my. | Ejaan | 22.12.2015 |
CORPORATE EXERCISE | PELAKSANAAN PROSEDUR KORPORAT/PELAKSANAAN PERATURAN KORPORAT | Istilah | 22.01.2011 |
Assalamualaikum... Saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan perlaksanaan dan pelaksanaan.. Yang manakah yang paling tepat | Pelaksanaan dan perlaksanaan, kedua-dua kata tersebut adalah betul. Apabila merujuk kepada perihal melaksanakan, penggunaan yang betul ialah pelaksanaan dan apabila merujuk kepada hasilnya maka kata perlaksanaan yang digunakan. Contohnya: Pelaksanaan KBSR (3M) tahap pertama sedang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan; Mesyuarat pada minggu hadapan akan membentangkan laporan pasca perlaksanaan Sukma pada tahun ini.
| Istilah | 13.05.2015 |
Penggunaan perkataan pelaksanaan 1. Pegawai Daerah sedang meninjau pelaksanaan kerja-kerja pembersihan pinggir Sungai Kerian. 2. Pelaksanaan kerja-kerja pembersihan di pinggir sungai kerian sedang giat dijalankan. . | Ayat yang gramatis ialah "kerja-kerja pembersihan di pinggir Sungai Kerian sedang giat dijalankan". | Tatabahasa | 27.04.2013 |
Assalamualaikum... Saya ada satu lagi soalan... Berkenaan dengan penggunaan perkataan PELAKSANAAN dan PERLAKSANAAN... Mana satu yang digunapakai kini...?? | Pelaksanaan dan perlaksanaan, kedua-dua kata tersebut adalah betul. Apabila merujuk kepada perihal melaksanakan, penggunaan yang betul ialah pelaksanaan dan apabila merujuk kepada hasilnya maka kata perlaksanaan yang digunakan. Contohnya: Pelaksanaan KBSR (3M) tahap pertama sedang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan; Mesyuarat pada minggu hadapan akan membentangkan laporan pasca perlaksanaan Sukma pada tahun ini. | Tatabahasa | 23.08.2011 |
Apakah perbezaan antara 'pelaksanaan' dan 'perlaksanaan' dan bagaimanakah kaedah penggunaannya? Terima kasih. | Pelaksanaan bermaksud perihal, perbuatan atau proses melaksanakan (menjalankan, mengusahakan) rancangan (tugas dan ssebagainya). Perlaksanaan bermaksud hasil daripada melaksanakan (mengerjakan, menyelesaikan) sesuatu rancangan (tugas dan sebagainya). Contoh penggunaan: (1) Pelaksanaan KBSR (3M) tahap pertama sedang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan. (2) Dengan perlaksanaan skim caruman itu, maka dapatlah orang kampung melabur.
| Makna | 26.04.2017 |
apakah maksud kata terbitan dan contoh-contohnya | Kata dasar yang menerima imbuhan (awalan/akhiran/apitan) akan menghasilkan kata terbitan. Contohnya apitan peN-...-an digabungkan dengan kata dasar laksana akan menghasilkan kata pelaksanaan dan pelaksanaan adalah kata terbitan. | Tatabahasa | 21.09.2011 |
perbezaan penggunaan tata bahasa antara 1. pelaksanaan atau perlaksanaan? 2. kemenjadian dan keberhasilan atau keterhasilan serta penggunaan gramatis dalam ayat, terima kasih. | 1. Pelaksanaan dan perlaksanaan, kedua-dua kata tersebut adalah betul. Apabila merujuk kepada perihal melaksanakan, penggunaan yang betul ialah pelaksanaan dan apabila merujuk kepada hasilnya maka kata perlaksanaan yang digunakan. Contohnya: Pelaksanaan KBSR (3M) tahap pertama sedang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan; Mesyuarat pada minggu hadapan akan membentangkan laporan pasca perlaksanaan Sukma pada tahun ini. 2. Perkataan kemenjadian belum ada dalam mana-mana buku terbitan kami. Perkataan kemenjadian boleh dibentuk yang bermaksud perihal menjadi tetapi perkataan ini jarang-jarang atau tidak digunakan dalam mana-mana wacana. Keberhasilan pula ialah perihal berhasil atau tercapai (sesuatu matlamat, rancangan, tujuan, usaha dll): Contoh ayat; Suatu keistimewaan lain ialah keberhasilan pengarang menggunakan monolog; Keberhasilan penggunaan istilah banyak bergantung pada masyarakat penggunanya; | Tatabahasa | 26.09.2013 |