pelaksanaan atau perlaksanaan | Untuk makluman, Pelaksanaan bermaksud perihal, perbuatan atau proses melaksanakan (menjalankan, mengusahakan) rancangan (tugas dan ssebagainya). Perlaksanaan bermaksud hasil daripada melaksanakan (mengerjakan, menyelesaikan) sesuatu rancangan (tugas dan sebagainya). | Tatabahasa | 14.03.2017 |
perbezaan penggunaan tata bahasa antara 1. pelaksanaan atau perlaksanaan? 2. kemenjadian dan keberhasilan atau keterhasilan serta penggunaan gramatis dalam ayat, terima kasih. | 1. Pelaksanaan dan perlaksanaan, kedua-dua kata tersebut adalah betul. Apabila merujuk kepada perihal melaksanakan, penggunaan yang betul ialah pelaksanaan dan apabila merujuk kepada hasilnya maka kata perlaksanaan yang digunakan. Contohnya: Pelaksanaan KBSR (3M) tahap pertama sedang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan; Mesyuarat pada minggu hadapan akan membentangkan laporan pasca perlaksanaan Sukma pada tahun ini. 2. Perkataan kemenjadian belum ada dalam mana-mana buku terbitan kami. Perkataan kemenjadian boleh dibentuk yang bermaksud perihal menjadi tetapi perkataan ini jarang-jarang atau tidak digunakan dalam mana-mana wacana. Keberhasilan pula ialah perihal berhasil atau tercapai (sesuatu matlamat, rancangan, tujuan, usaha dll): Contoh ayat; Suatu keistimewaan lain ialah keberhasilan pengarang menggunakan monolog; Keberhasilan penggunaan istilah banyak bergantung pada masyarakat penggunanya; | Tatabahasa | 26.09.2013 |
Salam, Saya ingin bertanya mengenai penggunaan imbuhan kepada kata dasar iaitu laksana. Mana satu yang betul: perlaksanaan atau pelaksanaan. Mohon pencerahan. | Pelaksanaan dan perlaksanaan, kedua-dua kata tersebut adalah betul. Apabila merujuk kepada perihal melaksanakan, penggunaan yang betul ialah pelaksanaan dan apabila merujuk kepada hasilnya maka kata perlaksanaan yang digunakan. Contohnya: Pelaksanaan KBSR (3M) tahap pertama sedang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan; Mesyuarat pada minggu hadapan akan membentangkan laporan pasca perlaksanaan Sukma pada tahun ini. | Tatabahasa | 26.09.2017 |
Apakah perkataan yang paling sesuai digunakan untuk perkataan tambahan 'laksana'. Perlu menggunakan perlaksanaan atau pelaksanaan? Apa perbezaaan kedua-dua perkataan tersebut kerana kedua-duanya terdapat dalam Kamus Dewan. | Kedua-dua kata terbitan tersebut betul. Pelaksanaan bermaksud perihal perbuatan melaksanakan dan perlaksanaan bermaksud hasil perbuatan melaksanakan. | Tatabahasa | 17.04.2017 |
Perbezaan di antara I. Perlaksanaan atau Pelaksanaan? II. Buku Catatan atau Buku Catitan III. catitan atau catatan? | (Kamus Dewan edisi Keempat): 1. perlaksanaan = hasil drpd melaksanakan (mengerjakan, menyelesaikan) sesuatu rancangan (tugas dsb) 2.pelaksanaan = peihal, perbuatan atau proses melaksanakan (menjalankan, mengusahakan) rancangan (tugas, dsb) 3. Ejaan yang betul ialah "Buku Catatan" , bukan "Buku Catitan" 4. Istilah yang diguna pakai ialah "catatan", bukan "catitan". | Istilah | 10.11.2014 |
1.bagaimanakah cara mengeja perkataan yang mempunyai awalan peR-...peN-? contohnya : Pelaksanaan or perlaksanaan / perlancongan or perlancongan /perlumbaan or pelumbaan? 2.ejaan pelibatan / penglibatan? | 1. Kedua-dua perkataan pelaksanaan dan perlaksanaan adalah betul. Menurut Kamus Dewan, pelaksanaan bermaksud perihal, perbuatan atau proses melaksanakan (menjalankan, mengusahakan) rancangan (tugas dsb). Perlaksanaan bermaksud hasil daripada melaksanakan (mengerjakan, menyelesaikan) sesuatu rancangan (tugas dsb). 2. Ejaan yang betul ialah pelancongan dan perlumbaan. 3. Kedua-dua perkataan pelibatan dan penglibatan mempunyai maksud yang sama dan boleh digunakan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (muka surat 108 - 133) untuk mengetahui lebih lanjut tentang awalan peR- dan peN-. | Tatabahasa | 24.05.2011 |
Apakah perbezaan antara 'pelaksanaan' dan 'perlaksanaan' dan bagaimanakah kaedah penggunaannya? Terima kasih. | Pelaksanaan bermaksud perihal, perbuatan atau proses melaksanakan (menjalankan, mengusahakan) rancangan (tugas dan ssebagainya). Perlaksanaan bermaksud hasil daripada melaksanakan (mengerjakan, menyelesaikan) sesuatu rancangan (tugas dan sebagainya). Contoh penggunaan: (1) Pelaksanaan KBSR (3M) tahap pertama sedang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan. (2) Dengan perlaksanaan skim caruman itu, maka dapatlah orang kampung melabur.
| Makna | 26.04.2017 |
Apakah perbezaan pelaksanaan dan perlaksanaan ? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan "pelaksanaan" bermaksud perihal, perbuatan atau proses melaksanakan (menjalankan, mengusahakan) rancangan (tugas dsb): ~ KBSR (3M) tahap pertama sedang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan;manakala maksud perkataan "perlaksanaan" pula ialah hasil drpd melaksanakan (mengerjakan, menyelesaikan) sesuatu rancangan (tugas dsb): meninjau ~ Rancangan Malaysia Ketiga; | Istilah | 29.03.2013 |
Bilakah perkataan "pelaksanaan" dan "perlaksanaan" digunakan? Terima kasih. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan "pelaksanaan" bermaksud perihal, perbuatan atau proses melaksanakan (menjalankan, mengusahakan) rancangan (tugas dan sebagainya): ~ KBSR (3M) tahap pertama sedang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan; manakala maksud perkataan "perlaksanaan" pula ialah hasil daripada melaksanakan (mengerjakan, menyelesaikan) sesuatu rancangan (tugas dan sebagainya): meninjau ~ Rancangan Malaysia Ketiga. | Tatabahasa | 30.04.2013 |
Adakah kedua-dua penggunaan perkataan ini 'pelaksanaan' dan 'perlaksanaan' betul digunakan. Jika kedua-dua betul, apa perbezaan penggunaannya? Begitu juga dengan permasalahan bagi perkataan 'pelantikan' dan 'perlantikan'. T.kasih | Mengikut Kamus Dewan, pelaksanaan bermaksud hasil daripada melaksanakan (mengerjakan, menyelesaikan) sesuatu rancangan (tugas), contoh ayat: …meninjau perlaksanaan Rancangan Malaysia Ketiga. Pelaksanaan pula perhal atau perbuatan atau proses (menjalankan, mengusahakan) rancangan (tugas), contoh ayat: pelaksanaan KBSR tahap pertama sedang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Ejaan yang betul ialah pelantikan, daripada perbuatan melantik terjadilah pelantikan. | Tatabahasa | 04.11.2014 |