1. Apakah yang difinasi penggabungjalinan , cara pelaksanaannya. 2. Kekuatan dan kelemahan konsep penggabungjalinan. 3. Apakah elemen-elemen pengucapan awam. 4. Apakah persediaan sebelum membuat pengucapan awam. | Untuk makluman soalan saudara adalah di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa. Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, semakan penggunaan perkataan dan istilah, semakan bahasa/tatabahasa dan sebagainya. Soalan saudara memerlukan pembacaan yang banyak dan kajian mendalam. Bagi membantu saudara menyelesaikan tugasan ini, saudara perlu datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau perpustakaan yang lain untuk membuat rujukan. | Lain-lain | 15.10.2011 |
Apakah perbezaan antara tulisan dan penulisan bagi kedua-dua istilah ini dan pelaksanaannya dalam pembelajaran di sekolah. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, "tulisan" bermaksud 1. hasil daripada menulis, sesuatu yang ditulis, cara menulis 2. hasil sastera (dalam bentuk prosa atau puisi), karangan. "Penulisan" bermaksud perihal atau kegiatan dan sebagainya menulis (mengarang dan lain-lain), hasil daripada menulis (mengarang dan lain-lain). DBP tidak mempunyai maklumat tentang pelaksaaan dan pembelajaran istilah ini di sekolah. | Makna | 20.09.2013 |
Definasi kaunter bersepadu | Satu tempat khusus untuk melayani pertanyaan tetamu, atau tempat urus niaga dijalankan, atau tempat makanan disajikan kpd. pelanggan, atau tempat barang-barang dipamerkan, yang pelaksanaannya dikawal secara terpusat dan dikendalikan dengan sistematik | Makna | 10.05.2005 |
Saya ingin tahu mengenai isu bahasa baku dan kesukaran sebutan baku Bahasa Melayu dilaksanakan di negara ini. Bagaimana sejarah perlaksanaannya, penyediaan pedoman umum sebutan baku, peranan agensi awam dan kesungguhan pelaksanaannya. Diharap pihak tuan dapat memberi maklumat berkenaan. Sekian, terima Kasih. | Soalan saudara berbentuk tugasan yang memerlukan pembacaan dan kajian yang mendalam. Untuk makluman, soalan saudara adalah di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa. Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, semakan penggunaan perkataan dan istilah, semakan bahasa/tatabahasa bahasa Melayu dan sebagainya. Walau bagaimanapun, kami memberikan sedikit penerangan mengenai sebutan baku untuk kefahaman awal saudara. Sebutan baku ialah sebutan (huruf atau perkataan) yang telah ditentukan atau diterima sebagai yang betul atau yang sewajarnya, ataupun disebut juga sebutan standard. Bahasa baku ialah bahasa yang teratur dan mantap pelbagai aspeknya (seperti ejaan, bentuk kata, tatabahasa, dll) dan diterima oleh masyarakat sebagai norma penggunaan yang betul atau sahih, disebut juga bahasa standard. Untuk maklumat lanjut saudari boleh mendapatkan buku Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, DBP, 1994 untuk mendapatkan maklumat lanjut. Terima kasih. | Tatabahasa | 14.07.2013 |
Apakah maksud ayat 'membangunkan masyarakat progresif'? Terima kasih. | Progresif membawa maksud : (progrésif) 1. menuju ke arah perbaikan atau kemajuan, maju: dasar yg ~; 2. semakin meningkat kadar cukai apabila jumlah pendapatan yg boleh dicukai bertambah: cukai ~; 3. bertahap-tahap, berperingkat-peringkat: pelaksanaannya dlm bidang pentadbiran dan pendidikan sedang dijalankan secara ~. Maknanya, menuju masyarakat progresif membawa menuju masyarakat yang lebih baik dan maju. | Makna | 29.10.2014 |
Pelan Strategik ICT ini, dirangka agar selari dengan Pelan Strategik ICT Negeri Kedah, agar perlaksanaannya kelak saling melengkapi. Betulkah susunan ayat di atas. | Istilah ICT merupakan istilah bahasa Inggeris dan padanan istilah bagi bahasa Melayunya ialah TMK. Susunan ayat yang betul adalah seperti yang berikut: Pelan Strategik TMK ini dirangka selari dengan Pelan Strategik TMK Negeri Kedah supaya pelaksanaannya kelak saling melengkapi. | Tatabahasa | 23.01.2018 |
Assalamualaikum. Sebagai Bahasa Kebangsaan bagi negara mengikut Perlembagaan Malaysia, DBP & Lembaga Pengelolanya bertanggungjawab, melapor diri, dan liable kepada siapa? Yg Dipertuan Agong, PM, Jemaah Menteri (kementerian mana), Badan Perundangan (Parlimen), Badan Kehakiman, atau siapa? Saya juga cadangkan penambahan kepada objektif DBP iaitu pematuhan pada penguasaan amali Bahasa Melayu (bertutur, membaca, menulis, dan memahami) oleh warga negara Malaysia sepertimana takrifan warga negara di Perlembagaan Malaysia. Terima kasih. | DBP ialah badan berkanun di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan pelaksanaannya di bawah kawalan Lembaga Pengelola DBP. Kami amat bersetuju dengan pandangan tuan, sewajarnya warganegara Malaysia menguasai bahasa kebangsaan kita, iaitu bahasa Melayu dan menggunakannya pada setiap peringkat urusan lebih-lebih lagi dalam konteks rasmi di dalam mahupun di luar negara. Syabas, kami ucapkan kepada tuan yang berusaha mengekalkan jati diri warganegara Malaysia walau di mana jua tuan berada. | Lain-lain | 04.03.2019 |
apakah perbezaan di antara komsas pra dan pasca tahun 2000? | Saudara, Memang ada perbezaan antara sebelum dan selepas pelaksanaan KOMSAS, walaupun unsur sastera telah diperkenalkan secara formal dalam mata pelajaran bahasa Melayu dari tingkatan 1 hingga 5, sejak tahun 1987, namun teks sastera tidak dijadikan komponen wajib yang perlu dipelajari oleh semua pelajar, dan diajar dalam konteks unsur sastera yang asas sehingga keberkesanan dan pelaksanaannya tidaklah mantap seperti yang diharapkan. Kurikulum bahasa Melayu telah disemak semula dan seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani maka diperkenalkan KOMSAS bermula Mac tahun 2000, secara berperingkat-peringkat bermula tingkatan 1 dan 5 dan diwajibkan kepada semua pelajar bermula tahun 2002. Melalui KOMSAS mata pelajaran bahasa Melayu mengandungi dua komponen, iaitu komponen bahasa dan komponen sastera. karya-karya sastera yang bermutu dan sesuai dengan tahap pembaca telah dipilih dan dijadikan teks wajib yang perlu dipelajari oleh para pelajar. KOMSAS lebih berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran ilmu kesusasteraan dan diajar secara sistematik. Pelaksanaan Kesusasteraan Melayu sebagai komponen wajib dalam mata pelajaran bahasa Malayu juga dapat memberi pendedahan kepada para pelajar tentang aspek-aspek asas dalam memahami genre sastera antaranya: - mengenal genre cerpen, novel, drama dan prosa tradisional - mengenal puisi moden dan puisi tradisional - memahami istilah kesusasteraan bagi karya prosa dan puisi - memahami binaan dan teknik plot - menilai dan mengulas mesej, pengajaran, nilai-nilai kemanusiaan, kemasyarakatan dan kebudayaan - menaakul tema dan pemikiran, mesej dan pengajaran, serta nilai-nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan - menilai dan mengulas gaya bahasa, unsur bunyi dan nada. | Sastera | 28.05.2011 |
Salam. Saya ingin mengetahui perkataan "loading", "help" dan "home" dalam bahasa Melayu. Sangat susah nak cari nama khas IT kat mana-mana. Tolong bantu. Terima kasih! | Sebenarnya DBP telah menyediakan bukan sahaja padanan kepada perkataan Teknologi Maklumat/Komputer, malahan makna istilah tersebut juga disediakan. Sebagai contoh ‘loading’ diberikan padanan ‘pemuatan’. Jika ‘data loading’ kita memberikan padanan ‘pemuatan data’, iaitu proses memasukkan data dalam penggunaan pangkalan data terutamanya dalam gudang data. Proses ini merupakan bahagian terakhir dalam kitaran ETL. Kelebihan proses ini menyebabkan pangkalan data menjadi lebih penting, efisien dan konsisten kerana menyimpan jejak audit semasa pelaksanaannya. Pemuatan data ini juga boleh berfungsi untuk menyatukan data kontemporari dengan sistem legasi. (2) Help (bantuan) ialah atur cara sistem atau bahagian atur cara penggunaan yang menyediakan maklumat untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pengguna semasa menggunakan sistem. (3) Padanan ‘home’ ialah rerumah ialah 1. Tempat permulaan kursor pada skrin. 2. Kedudukan awal untuk menempatkan jari pada papan kekunci bagi penaipan pantas. Puan hanya perlu melayari /http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari”. | Istilah | 22.12.2014 |
Saya berminat menulis sebuah buku tek peringkat Ijazah pertama jurusan matematik untuk subjek Aljabar Linear. Di bawah ada beberapa soalan yang ingin saya tanya 1. Saya diberitahu ada ganjaran RM 20000 untuk penulis disamping bayaran royalti, betulkah? Sehingga bila pemberian ini sah? 2. Bila saya habis tulis the first draft, boleh atau tidak saya minta pertolongan DBP untuk lihat jalan bahasa saya. | Salam sejahtera, Saudara dialu-alukan untuk untuk menyumbangkan penulisan ilmiah. Bahagian Buku Umum, Jabatan Penerbitan, menguruskan penerbitan buku ilmiah. 1. Pada 13 hb. Oktober 2011 diumumkan bahawa Kerajaan melalui Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan mewujudkan dana RM2 juta mulai tahun depan bagi menggalakkan penerbitan buku ilmiah sains dan teknologi bertaraf ilmu tinggi dalam bahasa Melayu. Menurut pengumuman tersebut, penulis yang karyanya layak memperoleh dana itu dan akan diterbitkan oleh DBP akan menerima ganjaran RM20,000 selain royalti. Walau bagaimanapun kriteria, tatacara dan prosedur untuk dana ini akan disediakan dan diperincikan untuk memastikan kejayaan pelaksanaannya dan akan dimaklumkankepada bakal penulis. 2. Penulis digalakkan untuk berbincang dengan editor DBP dari semasa ke semasa untuk memastikan proses penulisan lancar dan dapat menghasilkan buku yang berkualiti. Editor bukan sahaja akan menyemak manuskrip dari segi bahasa tetapi juga keseluruhan manuskrip. | Lain-lain | 18.10.2011 |