Perkataan 'mendapat' ialah kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif? Adakah ayat yang menggunakan perkataan 'mendapat' dan pelakunya ialah kata ganti diri ketiga boleh dipasifkan? Mohon berikan pencerahan. Terima kasih. | Perkataan 'mendapat' ialah kata kerja transitif. Kata kerja transitif memerlukan objek untuk melengkapkan maksudnya. Contoh ayat: "Dia mendapat hadiah." Ayat yang menggunakan perkataan 'mendapat' dan pelakunya ialah kata ganti diri ketiga boleh dipasifkan. | Tatabahasa | 21.02.2025 |
Dalam ekonomi, istilah 'house flipping' diguna untuk merujuk kepada pembelian rumah, ubah suai dan kemudian menjualnya untuk keuntungan. Manakala pelakunya dipanggil 'house flipper'. Boleh saya tahu cadangan istilah untuk dua perkataan ini? | Untuk makluman, belum ada padanan bahasa Melayu yang khusus untuk "house flipping" dan "house flipper". Istilah ini akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapatkan padanan bahasa Melayu yang sesuai. | Istilah | 23.03.2017 |
Mana betul? Mempertambah atau mempertambahkan atau kedua-dua pun betul? | Perkataan 'mendapat' ialah kata kerja transitif. Kata kerja transitif memerlukan objek untuk melengkapkan maksudnya. Contoh ayat: "Dia mendapat hadiah." Ayat yang menggunakan perkataan 'mendapat' dan pelakunya ialah kata ganti diri ketiga boleh dipasifkan. | Tatabahasa | 09.02.2025 |
Fizul AkhmalView Profile Actions WED 2:58PM Fizul Akhmal Fizul Assalam..saya nak tanya, kalau kes seksual ke atas kanak-kanak dipanggil pedofilia (paedophilia)..pelaku kes pula dipanggil apa ye? since dalam BI ada perkataan paedophile, bolehkah pelakunya dipanggil pedofil? tujuan saya bertanya adalah kerana di dalam kamus dewan tiada perkataan yg menjurus kepada pelaku pedofilia..sekian terima kasih | Waalaikumussalam. Istilah untuk pelaku pedofilia boleh dipanggil "pedofil". | Istilah | 09.06.2016 |
maksud jenayah juvana, peraturan, komuniti, undang-undang dan akta mahkamah juvana 1974 daripada kamus dewan. | Juvenil ialah anak muda yang belum matang (mentah), atau yang lazim disebut ialah budak-budak. Oleh itu jenayah juvana merujuk perbuatan jenayah yang pelakunya terdiri daripada kalangan anak muda yang belum matang. Peraturan bermaksud segala yang telah ditentukan (ditetapkan dan lain-lain) dan harus diturut atau dipatuhi. Komuniti bermaksud kumpulan orang yang tinggal di sesuatu daerah atau negara. Undang-undang bermaksud sesuatu peraturan atau keseluruhan peraturan yang digubal (dibuat) oleh kerajaan dan mesti dipatuhi oleh masyarakat yang berkenaan. Akta mahkamah juvana 1974 tidak membawa maksud lain selain daripada aktabtersebut. | Makna | 13.05.2009 |
adakah dianjurkan boleh diikuti dengan kata sendi di. contoh ayat Pertandingan iutu dianjurkan di SJKC Man Hon, atau Pertandingan dianjurkan olehSJKC Man Hon. | Ayat yang betul ialah “Pertandingan dianjurkan oleh SJKC Man Hon” atau “Pertandingan itu akan diadakan di SJKC Man Hon”. Maksud “dianjurkan” di sini dikaitkan dengan pelakunya, iaitu SJKC Man Hon. Oleh itu, kata sendi “di” tidak boleh digunakan selepas “dianjurkan”. | Tatabahasa | 27.08.2018 |
Yang manakah penggunaan ayat yang tepat? 1. Pelajar dibahagi kepada... 2. Pelajar dibahagikan kepada... Tolong terangkan mengapakah penggunaan ayat tersebut lebih sesuai digunakan. | Kedua-dua betul jika sesuai dengan konteks ayat. Rumusnya: Awalan di- biasanya digabungkan dengan kata dasar untuk membentuk kata kerja pasif yang ayat subjeknya terdiri daripada pelaku orang ketiga (Tatabahasa Dewan:hlm 175). Ayat yang diberikan tiada pelakunya. Oleh itu, ayat tersebut betul jika: 1. Pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan.(dipecahkan, dikelompokkan) oleh ... 2. Pelajar dibahagikan kepada keluarga angkat masing-masing. (diberikan, diserahkan) oleh... Dibahagi biasanya digunakan dalam Matematik misalnya empat dibahagi dua..(rujuk makna membahagi dlm Kamus Dewan Edisi ke-4). | Tatabahasa | 07.03.2016 |