Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelambangan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah DBP menyimpan kertas kerja perbincangan antara Malaysia dan Indonesia berkait persetujuan yang dibuat tentang pelambangan bunyi bahasa Melayu? Contoh mengapa 'sj' di Indonesia dan 'sh' di Malaysia diselaraskan menjadi 'sy'?

Untuk membantu saudara menyelesaikan persoalan tersebut, sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) http://prpm.dbp.gov.my untuk mencari maklumat. PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Saudara hendaklah memasukkan perkataan tersebut dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". Selain itu, saudara boleh membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu DBP atau mendapatkan bahan carian dengan melayari laman web DBP dan klik pada Katalog Awam Dalam Talian. Bahan yang diperlukan dapat diperoleh melalui carian tersebut. Selamat mencuba.

Lain-lain15.07.2019
terangkan tentang sistem tulisan jawiPedoman Umum Ejaan Jawi boleh diperoleh dalam buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, di Bhg. Tiga - dalamnya terkandung latar belakang, tulisan, penulisan, pelambangan, pengejaan kata dasar/ kata serapan (Arab/Inggeris), kekecualian, penulisan kata terbitan/ kata sendi/ kata ganti, partikel, gabungan kata, akronim dan singkatan, juga dalam buku Daftar Kata Bahasa Melayu (2 jilid)Lain-lain22.09.2006
Saya ingin bertanya makna personfikasi, bombastic ,ironi dan sebagainya berkitan dengan linguistikPersonifikasi ialah pemberian (penyerapan) sifat-sifat manusia kepada benda tak bernyawa atau sesuatu yang abstrak dan lain-lain untuk mendapatkan kesan sastera atau seni, 2. pelambangan atau pengemukaan benda tidak bernyawa atau sesuatu yang abstrak sebagai mempunyai sifat-sifat manusia; mempersonifikasikan melambangkan atau mengumpamakan sesuatu benda yang tidak bernyawa (atau abstrak) sebagai manusia atau mempunyai sifat-sifat manusia: dia ~ Kuala Lumpur dengan kata-kata yang terpilih.


Bombastik ialah banyak menggunakan kata yang indah-indah dan luar biasa kelihatannya tanpa membawa pengertian yang bernas atau jelas: Arena Wati menggunakan bahasa yang sederhana dan mudah difahami, pemilihan kata-katanya dibuat begitu teliti dan tidak ~.


Ironi ialah keadaan atau kejadian yang menunjukkan pertentangan atau kesan sebaliknya antara sesuatu yang dijangkakan dengan yang menjadi hakikatnya: ~nya jika Dasar Belia Nasional ini mahu diterima, maka dengan sendirinya kita mempersempit ruang lingkup pelaksanaan dasar itu sendiri.
Makna15.07.2013
Assalamualaikum. Saya ingin tahu kiranya ada jabatan yang bertanggungjawab dalam hal berkaitan dengan tulisan jawi dimana mereka mempunyai format-format atau peraturan-peraturan tertentu untuk penerbitan didalam tulisan jawi. Diharap tuan dapat menasihati saya dalam hal ini. Terima kasih.

DBP ada menerbitkan buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu yang menyentuh tentang ejaan Jawi dalam Bab Tiga "Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu. Di dalamnya terkandung latar belakang, tulisan, penulisan, pelambangan, pengejaan kata dasar/ kata serapan (Arab/Inggeris), kekecualian, penulisan kata terbitan/ kata sendi/ kata ganti, partikel, gabungan kata, akronim dan singkatan. Selain itu, DBP juga menerbitkan buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi (2 jilid).

Saudara juga digalakkan menghubungi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tentang hal ini.

Ejaan25.02.2009

Kembali ke atas