1.Pelancong-pelancong yang melawat ke bangunan bersejarah itu terpegun oleh keindahan seni bina yang begitu unik sekali. (Sila tunjukkan kesalahan dalam ayat ini) 2. Apakah perbezaan antara imbuhan men... dan men...kan? | 1. Ayat ini betul. 2. Awalan meN- ialah awalan untuk membentuk kata kerja aktif, meN- boleh menjadi me- (memasak nasi). meN- menjadi mem- (membaca buku), meN- menjadi men- ( mencuci pakaian), meN- menjadi meng- (menggali lubang). Manakala apitan men-...-kan lazimnya menerima objek tidak bernyawa dan mempunyai kelainan seperti awalan meN-. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 191. | Tatabahasa | 21.10.2009 |
Pelancong yang mati lemas di Pantai Batu Feringgi itu berasal dari Australia. Adakah kesalahan dalam ayat di atas ? Terima kasih | Ayat yang digunakan betul. | Tatabahasa | 08.03.2020 |
Pelancong asing itu kagum melihat "kesabaran" wanita Melayu yang masih mengekalkan adat ketimuran walaupun dunia semakin maju. "kesabaran" adalah salah diguna. Apakah perkataan yang sesuai diguna di sini? keteguhan? kecekalan? ... terima kasih. | Cekal dan teguh (hati) kedua-duanya membawa maksud yang sama, iaitu tabah dan boleh menjadi jawapan kepada ayat tersebut. | Tatabahasa | 12.08.2013 |
Pelancong itu terpukau/terpesona/terpikat oleh atau akan atau dengan atau pada atau kepada keindahan Pulau Langkawi. penggunaan kata sendi oleh/dengan/akan/pada/kepada yang mana satu tepat?dan kenapa? | Kata sendi yang sesuai dan tepat ialah akan atau oleh. Untuk maklumat lanjut tentang penggunaan kata sendi, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan Kamus Dewan Edisi Keempat. | Tatabahasa | 23.10.2008 |
Perbezaan antara pelawat, pengunjung dan pelancong. | Menurut Kamus Dewan, pelawat ditakrifkan sebagai orang yg melawat atau pengunjung.Pelancong pula ditakrifkan sebagai orang yg melancong. Contoh ayat :Kedua-dua bandar itu selalu dilawati pelancong kerana pemandangannya yg cantik. Pengunjung pula ditakrifkan sebagai orang yg mengunjungi sesuatu tempat, pelawat atau pelancong. Contoh ayat: Pemandangan di tempat tersebut demikian indahnya sehingga banyak para pengunjung datang ke sana. | Makna | 08.09.2007 |
Selamat pagi; Ayat berikut mana satu yang betul'; 1. Para pelancong kagum akan keindahan alam semula jadi Malaysia. 2.Para pelancong kagum dengan keindahan alam semula jadi Malaysia. apakah perbezaannya?? Jasa baik tuan amat dihargai. Terima kasih. Daripada Cikgu Tan ( SJK(C ) Tai Thung ) | 1. Para pelancong kagum akan keindahan alam semula jadi Malaysia. 2.Para pelancong kagum dengan keindahan alam semula jadi Malaysia. Kedua-dua contoh ayat ini betul, ayat yang pertama ialah bentuk yang lazim digunakan, dan ayat yang kedua bersifat emotif. | Tatabahasa | 20.04.2009 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apakah ragam ayat bagi dua ayat berikut? (i) Kebanyakan pelancong gemar berkunjung ke Pulau Tioman. (ii) Kebanyakan pelancong gemar mengunjungi Pulau Tioman. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah "kebanyakan pelancong gemar berkunjung ke Pulau Tioman".
| Tatabahasa | 12.04.2015 |
"Kawasan pergunungan ini menjadi tarikan para pelancong pada setiap hujung minggu." atau "Kawasan pergunungan ini menjadi tumpuan para pelancong pada setiap hujung minggu." Perkataan manakah yang lebih sesuai, tumpuan atau tarikan? Mengapakah perkataan tersebut salah? | Ayat yang betul ialah "Kawasan pergunungan ini menjadi tumpuan para pelancong pada setiap hujung minggu." - tumpuan bermaksud pusat atau tempat bertumpu, manakala tarikan bermaksud daya (kekuatan untuk) menarik. | Tatabahasa | 26.03.2011 |
Papa pelancong terpukau oleh/akan persembahan tarian zapin yang dipersembahkan oleh kanak-kanak kelainan upaya. | Kedua-duanya betul. | Tatabahasa | 31.03.2010 |
Abu menasihati pelancong itu supaya menghormati tatacara/tatasusila masyarakat di rumah panjang itu. Mana lebih tepat-tatacara atau tatasusila | Perkataan yang lebih tepat adalah tatacara yang bermaksud 1. adat istiadat; 2. adat resam; 3. cara dan peraturan, prosedur. | Makna | 06.03.2007 |