Selamat pagi dan terima kasih kerana membantu. Yang manakah di antara berikut adalah terjemahan yang paling sesuai untuk "customer profiling" - "pemprofilan pelanggan", "kajian pelanggan", "penyiasatan pelanggan" atau apa-apa terjemahan yang lain? Untuk rujukan Tuan/Puan, "customer profiling" ditakrif sebagai rakaman dan analisis ciri psikologi dan tingkah laku seseorang, untuk menilai atau meramalkan keupayaan mereka dalam bidang tertentu atau untuk membantu mengenal pasti kategori orang. | 1. Terjemahan paling sesuai untuk customer profiling ialah Pemprofilan pelanggan. | Istilah | 04.04.2019 |
Non-customer | selain pelanggan (bukan pelanggan) | Lain-lain | 05.05.2008 |
Salam.. Mohon semakan bagi penggunaan bahasa yang sesuai untuk berurusan dengan pelanggan melalui emel 1. Perkataan maklum balas Perkataan maklum balas dieja ' maklum balas kepada pelanggan' atau 'maklumbalas kepada pelanggan'? 2. untuk memulakan emel, apakah kata-kata aluan yg sesuai digunakan selain Salam Sejahtera, Selamat Pagi, Salam 1 Malaysia. 3. Bagi permulaan emel, saya biasa memulakan dengan kata -kata aluan diikuti dengan nama pelanggan yang menghantar emel tersebut. Saya ingin memastikan sama ada perlu menggunakan (,) selepas nama pelanggan atau tak perlu. Contoh: Salam Sejahtera. Encik Lee Yong Han, Terima kasih atas maklumbalas yang diberikan bertarikh 16 Disember 2009. Untuk makluman tuan, ............(isi kandungan emel) 4. Adakah format saya gunakan adalah betul? Contoh: Assalamualaikum Encik Sulaiman atau Assalamualaikum Encik Sulaiman Mohon agar pihak tuan dapat memberikan kerjasama kepada saya dalam usaha untuk mengikatkan kualiti penggunaan bahasa dalam maklumbalas emel kami kepada pelanggan. Saya juga boleh dihubungi di talian 012-5449990 | 1. Maklum balas dieja sebagai dua perkataan. 2. Ungkapan yang lazim digunakan untuk memulakan ayat adalah seperti ungkapan yang puan senaraikan (Salam sejahtera, selamat pagi, assalamualaikum, dll). 3. Tidak perlu digunakan tanda koma. 4. Penulisan yang betul: Assalamualaikum Encik Sulaiman. | Tatabahasa | 16.12.2009 |
Selamat sejahtera, Adakah penggunaan ayat ini betul? 1)a) Seorang pelanggan sedang memesan makanan daripada pelayan restoran itu. b) Seorang pelanggan sedang memesan makanan pada pelayan restoran itu. c) Seorang pelanggan sedang memesan makanan kepada pelayan restoran itu. 2) a) Pelayan di restoran itu sedang mengambil pesanan makanan daripada pelanggan-pelanggannya. b) Pelayan di restoran itu menulis pesanan makanan daripada pelanggan-pelanggannya. Apakah ayat yg paling tepat?TQ | a) Seorang pelanggan sedang memesan makanan kepada pelayan restoran itu. b) Pelayan restoran itu menulis pesanan makanan daripada pelanggannya. | Lain-lain | 18.12.2007 |
selamat petang.boleh saya tahu apakah kementerian yang bertangungjawap dalam mengendalikan piagam pelanggan ini? | Pigam Pelanggan DBP adalah tanggungjawab dan dikendalikan oleh DBP sendiri. Sebagai makluman semua kementerian mempunyai piagam pelanggan mereka yang tersediri. Tidak ada satu kementerian khas yang bertanggungjawab/ mengendalikan piagam pelanggan di setiap kementerian. Walau bagaimanpun pihak MAMPU ada mengeluarkan pekeliling berkaitan piagam pelanggan sebagai rujukan. | Lain-lain | 07.03.2008 |
Salam sejahtera, Manakah susunan ayat yang betul bagi terjemahan "Maximum Number of Subscribers"? a) Bilangan maksimum pelanggan b) Bilangan pelanggan maksimum Mohon bantuan tuan/puan dalam mengatasi kekeliruan ini. Terima kasih banyak. | Salam sejahtera, Susunan terjemahan yang lebih sesuai bagi ayat tersebut ialah bilangan/jumlah pelanggan maksimum | Penyemakan dan penterjemahan | 26.06.2015 |
1. Cipta Nilai-Nilai Pelanggan Mari Berinovasi & Berkolaborasi ! 2. Cipta Nilai-Nilai Pelanggan Bersama Berinovasi & Berkolaborasi ! Terima Kasih. | Tiada soalan yang saudara kemukakan. Jika diminta pandangan kami tentang slogan tersebut, bagaimana kita mahu mencipta nilai untuk pelanggan kerana lazimnya pengeluar produk memberi jaminan tentang produk dan servis kepada pelanggan. | Tatabahasa | 25.04.2013 |
KEDAI BISKUT TRANDISIONAL Hock kee confectionery (M) Sdn Bhd (1245883-K) | Sila kemukakan permohonan tuan melalui www.dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun Pelanggan bagi pelanggan baharu, pilih Daftar Iklan dan buat bayaran berdasarkan jenis iklan yang dimohon. | Lain-lain | 01.11.2017 |
SILA SEMAK BAHASA YANG DIGUNAKAN BETUL? | Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my. 1. Daftar Akaun Pelanggan (bagi pelanggan baharu). 2. Masukkan kata laluan yang diperoleh dan klik Daftar Iklan. 3. Pilih Jenis Iklan - contohnya Papan Premis Kedai (bagi iklan papan tanda syarikat). 4. Buat bayaran. 5. Sebarang pertanyaan sila hubungi 03-21479200/9400/9500. | Lain-lain | 27.11.2017 |
Mohon nasihat terjemahan BM. (i) Regional Head (Ketua Wilayah), (ii) Premier Client Manager (Pengurus Pelanggan Premier), (iii) Preferred Client Manager (Pengurus Pelanggan Pilihan | Cadangan terjemahan (jika bersesuaian dengan konsep/fungsi jawatan berkenaan): (i) Regional Head - Ketua Wilayah (ii) Premier Client Manager - Pengurus Pelanggan Utama (iii) Preferred Client Manager - Pengurus Pelanggan Pilihan | Penyemakan dan penterjemahan | 09.11.2018 |