Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
langgan
Kata Terbitan : melanggan, pelanggan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera, Adakah penggunaan ayat ini betul? 1)a) Seorang pelanggan sedang memesan makanan daripada pelayan restoran itu. b) Seorang pelanggan sedang memesan makanan pada pelayan restoran itu. c) Seorang pelanggan sedang memesan makanan kepada pelayan restoran itu. 2) a) Pelayan di restoran itu sedang mengambil pesanan makanan daripada pelanggan-pelanggannya. b) Pelayan di restoran itu menulis pesanan makanan daripada pelanggan-pelanggannya. Apakah ayat yg paling tepat?TQa) Seorang pelanggan sedang memesan makanan kepada pelayan restoran itu. b) Pelayan restoran itu menulis pesanan makanan daripada pelanggannya.Lain-lain18.12.2007
Salam.. Mohon semakan bagi penggunaan bahasa yang sesuai untuk berurusan dengan pelanggan melalui emel 1. Perkataan maklum balas Perkataan maklum balas dieja ' maklum balas kepada pelanggan' atau 'maklumbalas kepada pelanggan'? 2. untuk memulakan emel, apakah kata-kata aluan yg sesuai digunakan selain Salam Sejahtera, Selamat Pagi, Salam 1 Malaysia. 3. Bagi permulaan emel, saya biasa memulakan dengan kata -kata aluan diikuti dengan nama pelanggan yang menghantar emel tersebut. Saya ingin memastikan sama ada perlu menggunakan (,) selepas nama pelanggan atau tak perlu. Contoh: Salam Sejahtera. Encik Lee Yong Han, Terima kasih atas maklumbalas yang diberikan bertarikh 16 Disember 2009. Untuk makluman tuan, ............(isi kandungan emel) 4. Adakah format saya gunakan adalah betul? Contoh: Assalamualaikum Encik Sulaiman atau Assalamualaikum Encik Sulaiman Mohon agar pihak tuan dapat memberikan kerjasama kepada saya dalam usaha untuk mengikatkan kualiti penggunaan bahasa dalam maklumbalas emel kami kepada pelanggan. Saya juga boleh dihubungi di talian 012-5449990

1. Maklum balas dieja sebagai dua perkataan.

2. Ungkapan yang lazim digunakan untuk memulakan ayat adalah seperti ungkapan yang puan senaraikan (Salam sejahtera, selamat pagi, assalamualaikum, dll).

3. Tidak perlu digunakan tanda koma.

4. Penulisan yang betul: Assalamualaikum Encik Sulaiman.

Tatabahasa16.12.2009
1. Cipta Nilai-Nilai Pelanggan Mari Berinovasi & Berkolaborasi ! 2. Cipta Nilai-Nilai Pelanggan Bersama Berinovasi & Berkolaborasi ! Terima Kasih.Tiada soalan yang saudara kemukakan. Jika diminta pandangan kami tentang slogan tersebut, bagaimana kita mahu mencipta nilai untuk pelanggan kerana lazimnya pengeluar produk memberi jaminan tentang produk dan servis kepada pelanggan.Tatabahasa25.04.2013
MAKSUD PIAGAM DAN PELANGGANPiagam bermaksud 1. surat rasmi yang menyatakan pemberian hak atau tanah dll.(yang tertulis pada batu,logam,dll)2. surat atau tulisan rasmi yang mengandungi pernyataan dan persetujuan tentang sesuatu (dasar,dll.). Pelanggan bermaksud 1. pembeli(surat khabar, majalah)yang tetap2. orang(syarikat)dsb. yang membayar kepada seseorang seperti peguam untuk mendapatkan atau melakukan sesuatu bagi pihaknya. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 883 dan 1202. Makna20.06.2008
1. RESTORAN ASIBA 2. RESTORAN MR.KAYAUntuk pengesahan iklan, sila klik 1.102.46/Iklan/Pelanggan/login.aspx">http://10.1.102.46/Iklan/Pelanggan/login.aspx dan ikuti panduan yang disediakan.Lain-lain06.06.2013
1.seorang pelayan restoran sedang mengambil pesanan makanan dari para pelanggan. 2.seorang pelayan restoran sedang mengambil pesanan makanan daripada para pelanggan. mana satu ayat yang betul?Ayat kedua yang betul, seorang pelayan restoran sedang mengambil pesanan makanan daripada para pelanggan.Tatabahasa10.07.2012
Untuk penyemakan bahasa. Terima kasih.Bahasa yang digunakan dalam iklan tersebut betul. Untuk pengesahan iklan klik domain 1.102.46/Iklan/Pelanggan/login.aspx">http://10.1.102.46/Iklan/Pelanggan/login.aspx.Tatabahasa21.06.2013
semakan penggunaan tata banhasa malaysia yang tepat!Penggunaan bahasa dalam iklan itu betul, untuk pengesahan klik domain 1.102.46/Iklan/Pelanggan/login.aspx">http://10.1.102.46/Iklan/Pelanggan/login.aspx.Lain-lain17.06.2013
Tuan, antara ayat berikut yang manakah betul? 1) Encik Lee mengajar pekerja-pekerjanya cara-cara melayan pelanggan yang betul. 2) Encik Lee mengajar pekerja-pekerjanya cara-cara melayan pelanggan dengan betul. Terima kasih.Ayat yang gramatis ialah Encik Lee mengajar pekerja-pekerjanya cara-cara melayan pelanggan dengan betul.Tatabahasa13.06.2012
Salam dan selamat Sejahtera.Saya ingin membuat semakan mengenai penggunaan bahasa berhubung Piagam Pelanggan JPWPKL iaitu:- (i) membuat pindaan kepada sejumlah lapan (8) perkataan 'dari tarikh' kepada 'daripada tarikh' yang terdapat dalam Pernyataan Piagam Pelanggan No. 2 (1 perkataan); No. 5 ( 2 perkataan); No. 7 (1 perkataan); No. 8 (1 perkataan); No. 9 (1 perkataan); No. 10 (1 perkataan) dan No. 11 (1 perkataan)Frasa yang betul ialah dari tarikh penerimaan bukannya daripada tarikh penerimaan. Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama auat frasa nama yang menyatakan arah, tempat, atau waktu. Tuan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk maklumat lebih lanjut.Tatabahasa03.09.2013
1234

Kembali ke atas