Saya ingin bertanya, penggunaan pelanjutan atau perlanjutan yang betul bagi maksud untuk melanjutkan kebenaran memandu. cth: Permohonan kelulusan perlanjutan kebenaran memandu kenderaan jabatan. @ Permohonan kelulusan pelanjutan kebenaran memandu kenderaan jabatan. Terima kasih | Permohonan kelulusan pelanjutan kebenaran memandu kenderaan jabatan - pelanjutan bermaksud perihal melanjutkan (kebenaran memandu kenderaan jabatan). | Tatabahasa | 21.03.2011 |
1. Penggunaan perkataan PELANJUTAN dan PERLANJUTAN mana yg sepatutnya digunakan untuk kes di mana pegawai memohon perlanjutan/pelanjutan cuti. 2. Penggunaan perkataan PENGISYTIHARAN dan PENGISHTIHARAN mana yang betul untuk kes pengisytiharan/pengisytiharaan harta Selamat Berpuasa + Selamat Hari Raya | 1. lanjut - melanjutkan(perbuatan), pelanjutan(proses melanjutkan). Oleh itu yang betul ialah pegawai memohon pelanjutan cuti. 2. isytihar - mengisytiharkan(perbuatan), pengisytiharan(proses mengisytiharkan. Oleh itu yang betul ialah kes pengisytiharan harta. | Lain-lain | 26.09.2008 |
perlanjutan atau pelanjutan penyewaan ruang pejabat? | Penggunaan yang betul dalam frasa tersebut ialah "pelanjutan penyewaan pejabat", kata perlanjutan juga betul tetapi lazimnya digunakan dalam konteks makna berterusan atau berpanjangan. | Ejaan | 14.09.2011 |
Apakah perkataan yang betul dan apakah perbezaan perkataan tersebut ? 1) Perlanjutan dan Pelanjutan 2) Perlantikan dan Pelantikan Terima kasih. | Dalam Pelajar Edisi Kedua, pelanjutan bermaksud perbuatan atau hal melanjutkan; penerusan manakala perlanjutan bermaksud perihal berterusan (berpanjangan). Kata terbitan yang betul ialah "pelantikan" kerana lazimnya daripada kata kerja "melantik" (me + kata dasar)maka terbitlah perkataan pelantikan yang bermaksud perihal melantik. Jika kata kerja ber + kata dasar seperti berjalan, maka terbitlah perkataan perjalanan. Tiada perkataan berlantik jika menggunakan ber= lantik yang akan menerbitkan perlantikan.Perkataan perlantikan tidak ada dalam bahasa Melayu, yang ada ialah pelantikan. | Makna | 30.11.2013 |
mana yg betul? Pengisytiharan atau perisytiharan Imbuhan yg betul perlu diguna utk perkataan yg bermula dgn huruf L cth: Lanjut- Perlanjutan atau Pelanjutan? Saya hanya pasti untuk Pelesenan (lesen). Tetapi tdk pasti utk kata nama perbuatan | Kata terbitan perisytiharan dan pengisytiharan kedua-duanya betul. Perisytiharan bermaksud pengumuman, pemakluman, pernyataan, pemasyhuran, contohnya: Mereka datang ke Kuala Lumpur hendak menyaksikan hari perisytiharan kemerdekaan. Manakala pengisytiharan bermaksud perbuatan mengisytiharkan sesuatu, atau disebut juga pengumuman, pemakluman. Begitu juga dengan perlanjutan dan pelanjutan, kedua-duanya betul. Perkataan yang kata akarnya bermula dengan huruf L tidak mengalami peluluhan apabila menerima imbuhan/apitan. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 15.12.2010 |
Jika praktice/ preparation assignment boleh disebut sebagai kerja rumah praktis dan kerja rumah persediaan apakah perkataan bahasa Melayu yang sesuai untuk menterjemah perkataan 'extension assignment' di dalam bidang pendidikan? Terima kasih | Frasa yang betul dalam bahasa Inggeris ialah extension of assignment. Cadangan padanan dalam bahasa Melayu ialah pelanjutan tugasan. | Istilah | 29.06.2009 |
saya ingin pastikan tajuk surat yang paling tepat samada menggunakan " Perlanjutan tempoh sebagai Ahli Majlis Penasihat dan Perundingan Warga emas bagi tempoh 1 Mac 2013 - 28 Feb 2015" atau " Pencalonan semula sebagai Ahli Majlis Penasihat dan Perundingan Warga emas 1 Mac 2013 - 28 Feb 2015" | Frasa yang tepat ialah Pelanjutan Tempoh Sebagai Ahli Majlis Penasihat dan Perundingan Warga Emas bagi Tempoh 1 Mac 2013- 23 Februari 2015. | Tatabahasa | 08.01.2013 |
Assalamualikum, saya ingin bertanya,benarkah tarikh tutup Sayembara Menulis Novel dan Skrip Drama Kanak-Kanak Dan Remaja DBP adalah 30 Sept 2010? | Ya, tarikh tutup Sayembara Menulis Skrip Drama dan Novel Kanak-kanak dan Remaja DBP telah dilanjutkan sehingga 30 September 2010 disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Borang dan pengumuman pelanjutan telah disiarkan di laman Dewang Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 11.02.2010 |