Salam sejahtera. Saya ingin bertanya mengenai penggunaan perkataan 'platform' dan 'pelantar' kerana kedua-duanya mempunyai makna yang hampir sama. Oleh itu, untuk istilah "platform screen door", terjemahan apakah yang sesuai untuknya? Pintu skrin platform/pintu layar platform/pintu skrin pelantar/pintu layar pelantar?. Terima kasih. | Sila berikan contoh dalam penggunaan ayat yang lengkap supaya jawapan yang akan diberikan menepati maksud. | Lain-lain | 13.07.2017 |
Bahasa Melayu atau bahasa Melayu? Kapal Dayang Topaz atau kapal Dayang Topaz? Pelantar Minyak Baram B atau pelantar minyak Baram B? Bolehkah pihak DBP memberikan penerangan keperluan memulakan perkataan dengan huruf besar bagi situasi di atas? | Penggunaan huruf besar apabila perkataan Bahasa Melayu sebagai perkataan pertama atau berada diawal ayat dan huruf kecil apabila berada di tengah dan akhir sesebuah ayat contoh: i. Bahasa Melayu. ii. Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi negara Malaysia. iii. Bahasa kebangsaan Malaysia ialah bahasa Melayu. Kapal Dayang Topaz dan Pelantar Minyak Baram B menggunakan huruf besar untuk nama khas. | Ejaan | 07.11.2020 |
Istilah manakah yang tepat - platform e-pembelajaran,atau pelantar e-pembelajaran? Adakah kedua-duanya boleh digunakan? | Kedua-dua frasa yang diberikan boleh digunakan. | Makna | 15.10.2022 |
Saranan terjemahan DBP dalam istilah "over the top" media platform service? Dalam talian wikipedia menggunakan terjemahan "perkhidmatan media lepas pelantar" dan "perkhidmatan media penstriman". Terima kasih | Cadangan padanan bagi istilah over-the-top dalam bahasa Melayu ialah olak titipan atau orak titipan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 02.02.2024 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera Apakah terjemahan untuk kenderaan dikenali sebagai "aerial work platform" atau "elevated work platform"? | Padanan aerial work platform (AWP) ialah pelantar kerja udara. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 25.07.2022 |
Apakah istilah atau terjemahan dalam Bahasa Melayu untuk "Space Port"? - lapangan terbang angkasa? - lapangan lancar angkasa? | Kami mencadangkan "space port" diterjemahkan sebagai "pelabuhan angkasa" atau "pelantar angkasa", bergantung pada konteks dan konsep penggunaannya. | Istilah | 15.07.2020 |
Tuan/Puan, Mohon cadangan penterjemaahan yang sesuai untuk 'observation deck' dalam bahasa Malaysia; dek tinjauan atau tingkat pemerhatian? Terima kasih | Untuk makluman, tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "observation deck". Walau bagaimanapun, terdapat istilah "observation platform" yang padanan bahasa Melayunya ialah pelantar tinjau. Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "observation deck' ialah dek tinjau atau dek pemerhatian. | Istilah | 27.02.2013 |
Pihak DBP ada bahan bentuk PDF untuk kami unit PSS letak dalam Rak Maya sekolah tak? Kalau ada bahan dalam bentuk PDF, saya nak. Untuk urusan perekodan bacaan Nilam | Salam, Bahan Penerbitan DBP dalam bentuk PDF Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk Dimaklumkan bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka telah melancarkan pelantar digital yang mengandungi Sohor Kini, Majalah (e-majalah DBP), E-Buku (PDF Koleksi Nadir, E-PUB dan i-Buku DBP), Pemasaran (medium jualan buku DBP secara maya) dan TV/Radio Digital DBP. Sehubungan dengan itu, untuk maklumat lanjut sila layari: https://jendeladbp.my/ Sekian, Terima kasih. | Lain-lain | 10.12.2021 |
Salam. Saya ingin bertanyakan perkara seperti di bawah: a) Ianya @ ia boleh digunakan di permulaan ayat atau tidak b) Kacauganggu/ Garispanduan/Samada dieja rapat atau jarak c) 'Ramp' jika ditukarkan kepada Bahasa Melayu bermaksud tanjakan. Adakah perkataan lain yang boleh menggantikan perkataan tersebut (sila rujuk lampiran) Sekian, terima kasih. | Waalaikumsalam. a) Perkataan yang betul ialah "ia", bukan "ianya". Perkataan "ia" boleh digunakan di permulaan ayat, contohnya: Rumah itu besar. Ia diperbuat daripada kayu. b) kacau ganggu, garis panduan, sama ada c) Perkataan "ramp" bermaksud tanjakan atau landas iaitu pelantar, laluan jalan atau laluan pandu yang condong secara seragam. | Tatabahasa | 25.05.2015 |
saya ingin tahu maksud telefon pintar | Selamat petang saudari Mila, Di pihak kami tiada maklumat teperinci mengenai telefon pintar tetapi menurut sumber di http://ms.wikipedia.org/wiki/Telefon_pintar telefon pintar ialah telefon bimbit yang memiliki ciri pengkomputeran maju berbanding dengan telefon bimbit biasa. Telefon pintar membolehkan penggunanya memasang aplikasi canggih di dalamnya berasaskan pelantar telefon seperti Symbian, Android, iOS atau Windows Phone. Selain itu saudari juga boleh merujuk sumber dari laman web Metro http://www.hmetro.com.my/articles/OSbentukkaedahpenggunaan/Article untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai telefon pintar. | Makna | 15.10.2012 |