Yang mana lebih tepat: Surat lantikan bertugas ATAU surat lantikan tugasan | Frasa yang betul ialah "Surat Pelantikan Kerja". | Tatabahasa | 16.07.2013 |
APA BEZA PENGGUNAAN PERKATAAN PELANTIKAN DENGAN PERLANTIKAN | Menurut Kamus Dewan, pelantikan bermaksud lantikan perihal (tindakan) melantik. Contoh ayat : Mereka gembira atas pelantikan Tun Perak menyandang jawatan Bendahara. Contoh kedua, Majlis Raja-Raja mestilah ditanya terlebih dahulu sebelum lantikan dibuat. Oleh yang demikan, kata "perlantikan" tidak gramatis penggunaannya dalam tatabahasa bahasa Melayu. | Makna | 22.02.2009 |
apakah perbezaan antara "pelantikan" dan "perlantikan"? terima kasih. | Menurut Kamus Dewan, pelantikan bermaksud lantikan perihal (tindakan) melantik. Contoh ayat : Mereka gembira atas pelantikan Tun Perak menyandang jawatan Bendahara. Contoh kedua, Majlis Raja-Raja mestilah ditanya terlebih dahulu sebelum lantikan dibuat. Oleh yang demikan, kata "perlantikan" tidak gramatis penggunaannya dalam tatabahasa bahasa Melayu. | Makna | 18.04.2011 |
Yang Mana satu betul:- 1. Lantikan Sebagai Jurulatih Utama dan Urus Setia Program. atau 2. Lantikkan Sebagai Jurulatih Utama dan Urus Setia Program. - Mohon beri panduan berkaitan ejaan perkataan "Lantikan' atau "Lantikkan" Terima kasih. | Lantikan bermaksud tindakan melantik, iaitu mengangkat seseorang untuk memegang sesuatu jawatan dan tidak ada kata lantikkan kecuali apabila kita menggunakannya dalam ayat perintah. Satu lagi kata terbitan ialah pelantikan yang merujuk perihal melantik. Oleh itu, penggunaan yang paling tepat ialah "Pelantikan sebagai Jurulatih Utama dan Urus Setia Program". | Tatabahasa | 17.07.2011 |
Calon yang dilantik kedalam perkhidmatan awan perlu pengeluaran surat pengesahan dalam lantikan setelah berjaya. Adakah boleh Surat Pengesahan Pelantikan tidak perlu di tandatangani oleh mana-mana pegawai hanya sekadar perkataan cetakan berkomputer. Adakah istilah Pengesahan tersebut valid. | Lazimnya sebarang surat rasmi apatah lagi yang melibatkan pelantikan atau pengesahan jawatan memerlukan surat pelantikan khusus yang ditandatangani oleh pegawai yang bertanggungjawab untuk tujuan perekodan. Walau bagaimanapun sila rujuk pihak pentadbiran dalam hal ehwal perjawatan di organisasi puan untuk maklumat lanjut. | Lain-lain | 29.01.2010 |
Salam. Mohon kiranya pihak tuan/puan dapat menjawab persoalan saya. 1. Apakah kriteria bagi pelantikan pewasit bagi jurnal? 2. Bagaimana dengan tempoh lantikan bagi pewasit? 3. Adakah formula tertentu digunakan bagi pembayaran kepada pewasit? (dibayar mengikut helaian artikel atau berdasarkan judul) 4. Apakah yang dimaksudkan dengan high impact factor bagi jurnal? | 1. Pewasit memiliki ilmu atau kelayakan yang lebih tinggi daripada penulis makalah 2. Tempoh lantikan pewasit mengikut kerja penilaian; sekali lantik untuk satu penilaian 3. Kadar bayaran RM200 untuk setiap makalah yang dinilai | Lain-lain | 11.03.2009 |
Bekas pemain badminton negara itu telah menerima surat lantikan sebagai jurulatih badminton kebangsaan.(TOLONG BETULKAN) | Bekas pemain badminton negara itu telah menerima surat pelantikan sebagai jurulatih badminton kebangsaan. | Tatabahasa | 20.09.2012 |