Perlantikan atau pelantikan mana satu yang betul? Kenapa? | Kata terbitan yang betul ialah "pelantikan" kerana lazimnya daripada kata kerja "melantik" (me + kata dasar)maka terbitlah perkataan pelantikan yang bermaksud perihal melantik. Jika kata kerja ber + kata dasar seperti berjalan, maka terbitlah perkataan perjalanan. Tiada perkataan berlantik jika menggunakan ber= lantik yang akan menerbitkan perlantikan.Perkataan perlantikan tidak ada dalam bahasa Melayu, yang ada ialah pelantikan. | Tatabahasa | 29.03.2013 |
SILA BERIKAN SAYA EJAAN PELANTIKAN YANG BRTUL SAMA ADA - PERLANTIKAN ATAU PELANTIKAN | Kata terbitan yang betul ialah "pelantikan" kerana lazimnya daripada kata kerja "melantik" (me + kata dasar)maka terbitlah perkataan pelantikan yang bermaksud perihal melantik. Jika kata kerja ber + kata dasar seperti berjalan, maka terbitlah perkataan perjalanan. | Ejaan | 12.01.2014 |
Assalamualaikum wbt, Saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan [pelantikan] dan [perlantikan]. Adakah penggunaan perkataan [perlantikan] sama maknanya dengan pelantikan atau perkataan [perlantikan] tidak boleh diguna pakai untuk tujuan melantik seseorang untuk memegang jawatan tertentu? Contoh : Pelantikan sebagai pentaksir sekolah ATAU Perlantikan sebagai pentaksir sekolah? | Kata terbitan yang betul ialah pelantikan, lazimnya kata terbitan daripada me-... seperti melantik menjadi peN-...-an, seperti pelantikan. Ayat yang betul: Pelantikan sebagai pentaksir sekolah. | Tatabahasa | 06.05.2011 |
salam... apa beza pelantikan dan perlantikan.... sekiranya kita ingin melantik seseorang adakah kita gunakan perkataan pelantikan atau perlantikan???? | Kata terbitan yang betul ialah "pelantikan" kerana lazimnya daripada kata kerja "melantik" (me + kata dasar)maka terbitlah perkataan pelantikan yang bermaksud perihal melantik. Jika kata kerja ber + kata dasar seperti berjalan, maka terbitlah perkataan perjalanan. | Tatabahasa | 27.02.2013 |
Sila beri maklum-balas mengenai ejaan mana satu yang betul: "perlantikan" atau 'pelantikan". Terima kasih | Kata terbitan yang betul ialah "pelantikan" kerana lazimnya daripada kata kerja "melantik" (me + kata dasar)maka terbitlah perkataan pelantikan yang bermaksud perihal melantik. Jika kata kerja ber + kata dasar seperti berjalan, maka terbitlah perkataan perjalanan. Tiada perkataan berlantik jika menggunakan ber= lantik yang akan menerbitkan perlantikan.Perkataan perlantikan tidak ada dalam bahasa Melayu, yang ada ialah pelantikan. | Tatabahasa | 18.07.2013 |
pelantikan atau perlantikan | pelantikan | Ejaan | 16.10.2014 |
Perlantikan atau pelantikan yang betul. Terima kasih | Kata terbitan yang betul ialah pelantikan, lazimnya kata terbitan daripada me-...seperti melantik menjadi peN-...-an, seperti pelantikan. Ayat yang betul: Pelantikansebagai pentaksir sekolah. | Lain-lain | 21.12.2017 |
Apakah penggunaan yang betul, adakah "Pelantikan" atau "Perlantikan"? Sekian terima kasih. fadlan_1@yahoo.com | Kata terbitan yang betul ialah "pelantikan" kerana lazimnya daripada kata kerja "melantik" (me + kata dasar)maka terbitlah perkataan pelantikan yang bermaksud perihal melantik. Jika kata kerja ber + kata dasar seperti berjalan, maka terbitlah perkataan perjalanan. Oleh sebab tiada perkataan berlantik maka tidak ada juga perkataan perlantikan. | Tatabahasa | 16.09.2014 |
Perlantikan atau pelantikan | Menurut data kami, ejaan yang betul ialah pelantikan. | Ejaan | 25.09.2018 |
perkataan perlantikan yang betul atau pelantikan? | Kata terbitan yang betul ialah pelantikan. | Istilah | 16.12.2014 |