pelantikan atau perlantikan | pelantikan | Ejaan | 16.10.2014 |
Ejaan yang betul untuk perkataan Pelantikan atau Perlantikan? | Ejaan yang betul ialah "pelantikan". | Tatabahasa | 12.07.2014 |
ejaan mana satu yang betul?pelantikan atau perlantikan pegawai tadbir kontrak?terima kasih | Ejaan yang betul ialah pelantikan pegawai tadbir kontrak. | Ejaan | 14.09.2011 |
Saya ingin bertanya soalan ejaan yang tepat bagi perkataan `Pelantikan atau Perlantikan | Ejaan yang betul ialah pelantikan. | Tatabahasa | 25.02.2009 |
Apakah penggunaan yang betul, adakah "Pelantikan" atau "Perlantikan"? Sekian terima kasih. fadlan_1@yahoo.com | Kata terbitan yang betul ialah "pelantikan" kerana lazimnya daripada kata kerja "melantik" (me + kata dasar)maka terbitlah perkataan pelantikan yang bermaksud perihal melantik. Jika kata kerja ber + kata dasar seperti berjalan, maka terbitlah perkataan perjalanan. Oleh sebab tiada perkataan berlantik maka tidak ada juga perkataan perlantikan. | Tatabahasa | 16.09.2014 |
salam... apa beza pelantikan dan perlantikan.... sekiranya kita ingin melantik seseorang adakah kita gunakan perkataan pelantikan atau perlantikan???? | Kata terbitan yang betul ialah "pelantikan" kerana lazimnya daripada kata kerja "melantik" (me + kata dasar)maka terbitlah perkataan pelantikan yang bermaksud perihal melantik. Jika kata kerja ber + kata dasar seperti berjalan, maka terbitlah perkataan perjalanan. | Tatabahasa | 27.02.2013 |
Assalamualaikum. Tuan Sulaiman. Saya En. Hisham Bin Othman @ Mohd. Saya ingin bertanya. Apakah ejaan yang betul bagi: 1. Profesional atau Professional. 2. Pelantikan atau Perlantikan. 3. Adakah perkataan "pedas giler" diterima pakai oleh Dewan Bahasa dan Pustaka? Adakah ia membawa maksud sangat pedas? Terima kasih di atas maklumbalas tuan. Hisham Bin Othman @ Mohd. 26.09.2019. | Salam sejahtera, Tuan, Ejaan yang betul: 1. Profesional 2. Pelantikan 3. "Pedas giler" tidak betul. Sila gunakan "sangat pedas". Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 26.09.2019 |
Perlantikan atau pelantikan mana satu yang betul? Kenapa? | Kata terbitan yang betul ialah "pelantikan" kerana lazimnya daripada kata kerja "melantik" (me + kata dasar)maka terbitlah perkataan pelantikan yang bermaksud perihal melantik. Jika kata kerja ber + kata dasar seperti berjalan, maka terbitlah perkataan perjalanan. Tiada perkataan berlantik jika menggunakan ber= lantik yang akan menerbitkan perlantikan.Perkataan perlantikan tidak ada dalam bahasa Melayu, yang ada ialah pelantikan. | Tatabahasa | 29.03.2013 |
Sila beri maklum-balas mengenai ejaan mana satu yang betul: "perlantikan" atau 'pelantikan". Terima kasih | Kata terbitan yang betul ialah "pelantikan" kerana lazimnya daripada kata kerja "melantik" (me + kata dasar)maka terbitlah perkataan pelantikan yang bermaksud perihal melantik. Jika kata kerja ber + kata dasar seperti berjalan, maka terbitlah perkataan perjalanan. Tiada perkataan berlantik jika menggunakan ber= lantik yang akan menerbitkan perlantikan.Perkataan perlantikan tidak ada dalam bahasa Melayu, yang ada ialah pelantikan. | Tatabahasa | 18.07.2013 |
Assalamualaikum wbt, Saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan [pelantikan] dan [perlantikan]. Adakah penggunaan perkataan [perlantikan] sama maknanya dengan pelantikan atau perkataan [perlantikan] tidak boleh diguna pakai untuk tujuan melantik seseorang untuk memegang jawatan tertentu? Contoh : Pelantikan sebagai pentaksir sekolah ATAU Perlantikan sebagai pentaksir sekolah? | Kata terbitan yang betul ialah pelantikan, lazimnya kata terbitan daripada me-... seperti melantik menjadi peN-...-an, seperti pelantikan. Ayat yang betul: Pelantikan sebagai pentaksir sekolah. | Tatabahasa | 06.05.2011 |