Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.la.pis] | ڤلاڤيس

Definisi : 1. yg menjadi golongan atau tingkatan yg berikutan atau yg akan meneruskan atau mengambil alih sesuatu tugas dll: kelab ini juga bertujuan mewujudkan golongan ~ dlm barisan pemimpin badan penulis di negeri ini; pasukan ~; pemimpin ~; 2. sesuatu (bahan) yg melapisi: berbagai-bagai bahan boleh digunakan sbg ~ bahan pelindung yg telap air. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
lapis (kata nama)
Bersinonim dengan lapisan, petala;,
Kata Terbitan : berlapis-lapis, lapisan, pelapis,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, saya mempunyai minat yang mendalam untuk menjadi penulis sambilan. Walaubagaimanapun saya tidak pernah mencuba atau mengambil peluang yang ada memandangkan saya kekurangan pengetahuan dlm bidang penulisan. Saya mempunyai banyak idea atau sumber utk menulis melalui pengalaman dan pemerhatian. Saya melihat bahawa Malaysia kekurangan bahan penulisan yang lain daripada lain dari segi kehidupan sosial remaja. Boleh dikatakan 60 peratus penulisan berkisarkan tentang cinta. Saya pernah bekerja selama 2 tahun di sebuah gerai buku terkenal dan melalui pekerjaan tersebut, saya berpeluang untuk meningkatkan pembacaan saya dan idea penulisan saya tidak kira di dalam Bahasa Malaysia ataupun Bahasa Inggeris. Jadi saya amat berharap agar pihak tuan dapat membantu saya untuk bermula sebagai penulis baru atau pelapis demi mewarnai industri buku/penulisan di negara kita.Tambahan pula, baru-baru ini telah tersiar di akhbar utama bahawa untuk menjadi salah satu negara maju, Malaysia perlu menerbitkan beribu-ribu judul.Saya ingin menjadi salah seorang daripadanya. Saya harap tuan/puan dapat memberi respon dan membalas emel ini. Sekian, terima kasih.

Alhamdulillah, sdr. berminat dalam bidang penulisan. Mudah-mudahan akan bertambah lagi penulis berbakat di tanah air pada masa akan datang. Dalam hal ini sdr. boleh mengasahkan bakat dalam bidang penulisan terutamanya dengan banyak membaca dan meneliti karya-karya pemenang sastera. Semua karya sdr. perlulah dihantar ke media cetak dan syarikat penrbit (akhbar, majalah, novel/buku dll.) serta media elektronik  (radio dan tv) bagi tujuan penerbitan dan penyiaran. Sdr. juga digalakkan menyertai peraduan karya sastera (mengikut genre yang diminati) bagi menguji semangat, bakat dan keterampilan sdr. dalam bidang penulisan. Akhirnya, bagi mendapatkan pendedahan dan khidmat nasihat dalam bidang penulisan, sdr. bolehlan menghubungi pejabat DBP yang berhampiran. Untuk mendapatkan Khidmat Nasihat Berkarya secara dalam talian, saudari bolehlah melayari laman web DBP www.dbp.gov.my, dan klik menu perkhidmatan, saudari akan dapat khidmat bimbingan berkarya secara percuma. Selamat mencuba.

Lain-lain07.04.2009

Kembali ke atas