1. Apakah perbezaan antara "menemui"dengan "menemukan"?Saya sering terkeliru oleh kedua-dua perkataan tersebut?Bagaimanakah pula saya hendak mengaplikasikan perkataan ini dalam suatu ayat? 2. Selepas perkataan "terpesona", haruskah saya letakkan perkataan "oleh" atau "dengan'?atau pilihan lain? Adakah peraturan ini digunakan pada semua perkataan yang mempunyai imbuhan awalan "ter-.."? Terima kasih..(",) | 1. Kata kerja menemui membawa banyak makna antaranya ialah "bertemu dengan", seperti dalam contoh ayat "Aku pergi menemui seorang guru pelatih", dan menemui juga boleh membawa makna yan sama dengan menemukan, iaitu "berjumpa dengan sesuatu yang dicari", seperti dalam contoh ayat "Polis kemudiannya telah menemui/menemukan kereta yang digunakan oleh perompak-perompak tersebut. 2. Terpesona membawa maksud: 1. kena pesona (jampi), terpukau (oleh jampi-jampi), 2. sangat tergoda (oleh kecantikan gadis dll), sangat terpikat (tertarik) hati. kata terpesona boleh diikuti oleh atau dengan mengikut kesesuaian maknanya. Peraturan ini tidak terikat pada kata kerja yang mengandungi awalan ter-. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa, halaman 170-175. | Tatabahasa | 14.07.2009 |
Perkataan alumni sesuai digunakan untuk pelajar lepasan sekolah menengah ke? Sekiranya tidak sesuai, apa perkataan lain yang sesuai digunakan? | Kata alumni bermaksud seperti yang berikut: alumni kata nama 1 bekas pelajar yang tamat dari sesebuah sekolah atau institut pengajian tinggi: Contoh penggunaan: Beliau telah dilantik sebagai Presiden alumni USM. Kelab Alumni Sekolah Perniagaan Harvard Malaysia di Universiti Utara Malaysia. 2 bekas peserta, pelatih dan sebagainya sesebuah persatuan, program dan sebagainya: Contoh penggunaan: Pengerusi Pertubuhan Alumni Kelab Umno Luar Negara; Kelab Alumni Minggu Penulis Remaja. Kata lain yang boleh digunakan ialah bekas atau mantan mengikut kesesuaian konteks dan maknanya. Sila rujuk kamus yang terkini, Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) untuk memperoleh maklumat berkaitan bahasa Melayu. | Makna | 16.12.2023 |
Apakah istilah "Attending Physician" dalam Bahasa Melayu? "In the United States and Canada, an attending physician (also known as an attending, rendering doc, or staff physician) is a physician (M.D. or D.O.) who has completed residency and practices medicine in a clinic or hospital, in the specialty learned during residency.[1] An attending physician typically supervises[2] fellows, residents, medical students, and other practitioners. Attending physicians may also maintain professorships at an affiliated medical school." | Terjemahan bagi physician ialah doktor, pelatih perubatan atau pakar perubatan. Cadangan terjemahan bagi Attending Physician ialah "Pakar Perubatan Bertugas" | Makna | 21.03.2022 |
saya rohimah toanongo sedang belajar di universiti fatoni kelas dasar,saya ingin bertanya tentang perkataan 'Guru' berasal dari bahasa apa dan apakah pengertiannya dan terimakasih | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat guru membawa maksud : orang yg kerjanya mengajar; pengajar; pendidik. ~ besar guru yg mengetuai sesebuah sekolah; pengetua sekolah: ~ mengaji orang yg mengajar seseorang membaca al-Quran. ~ pelatih pelajar di maktab perguruan yg bakal menjadi guru; guru yg masih berlatih. ~ pelawat guru atau pegawai pelajaran yg tugasnya melawat dan memeriksa keadaan sekolah. ~ penolong guru yg membantu guru besar. berguru 1 belajar kpd; (pergi) menuntut ilmu kpd: Banyak orang yg ~ kpd Haji Hussain. 2 berbuat atau berlaku spt guru: Dia sebenarnya bukan guru tetapi pandai ~. perguruan 1 segala macam tempat menuntut ilmu; tempat belajar. 2 segala yg bersangkutan dgn guru: Maktab ~ Sultan Idris, Tanjung Malim telah didirikan dlm tahun 1920. | Makna | 22.09.2014 |
Bagaimana cara membuat permohonan untuk melakukan latihan industri di Dewan Bahasa dan Pustaka dan siapa yang perlu dihubungi | Salan sejahtera, PERMOHONAN LATIHAN INDUSTRI DI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA Untuk makluman, semua pelajar yang ingin menjalani latihan industri di DBP, perlu menghantar permohonan kepada Ketua Akademi DBP melalui alamat e-mel: akademi@dbp.gov.my serta mengemukakan sekali: 1"> - Surat permohonan – nyatakan bidang pengajian, peringkat pengajian, tempoh latihan industri dan maklumat lain yang berkaitan.
- Surat pengesahan/sokongan daripada fakulti/institusi pendidikan berkaitan.
- Resume.
- Salinan keputusan peperiksaan setiap semester.
- Borang jawapan penerimaan pelatih industri.
Urusan surat-menyurat: Ketua Akademi DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Aras 4, Wisma DBP, 50460 Kuala Lumpur. Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi: Laman sesawang: http://akademi.dbp.my/ Nombor telefon: 03-2147 0220/0230 Faksimile: 03-2147-0231 E-mel: akademi@dbp.gov.my | Lain-lain | 02.08.2021 |
Saya adalah pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Bahasa dan Komunikasi Silang Budaya). Saya ingin membuat pertanyaan, saya berminat untuk menjalani latihan industri saya pada tahun hadapan di DBP. Oleh itu, bagaimanakah proses permohononan latihan industri boleh dibuat di institusi ini? Saya bakal menjalani latihan industri bermula pada Mac 2023 sehingga Julai 2023. Terima kasih | Salam sejahtera, PERMOHONAN LATIHAN INDUSTRI DI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA Untuk makluman, semua pelajar yang ingin menjalani latihan industri di DBP, perlu menghantar permohonan kepada Ketua Akademi DBP melalui alamat e-mel: akademi@dbp.gov.my serta mengemukakan sekali: 1"> - Surat permohonan – nyatakan bidang pengajian, peringkat pengajian, tempoh latihan industri dan maklumat lain yang berkaitan.
- Surat pengesahan/sokongan daripada fakulti/institusi pendidikan berkaitan.
- Resume.
- Salinan keputusan peperiksaan setiap semester.
- Borang jawapan penerimaan pelatih industri.
Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah dialamatkan kepada: Ketua Akademi DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Aras 4, Wisma DBP, 50460 Kuala Lumpur. Laman web: http://akademi.dbp.my/ Nombor telefon: 03-2147 0220/0230 Faksimile: 03-2147-0231 E-mel: akademi@dbp.gov.my | Lain-lain | 27.11.2022 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya pelajar dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), jurusan Pentadbiran Muamalat yang sedang mencari tempat untuk Latihan Industri sesi Feb-Julai 2022. Saya berminat untuk menjalani latihan industri di DBP untuk menambah ilmu baru mengenai bahasa selain mengaplikasikan ilmu mengenai pengurusan dalam perniagaan dari universiti. Jadi, bagaimana saya boleh menghantar permohonan latihan industri tersebut ya? | PERMOHONAN LATIHAN INDUSTRI DI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA Untuk makluman, semua pelajar yang ingin menjalani latihan industri di DBP, perlu menghantar permohonan kepada Ketua Akademi DBP melalui alamat e-mel: akademi@dbp.gov.my serta mengemukakan sekali: 1"> - Surat permohonan – nyatakan bidang pengajian, peringkat pengajian, tempoh latihan industri dan maklumat lain yang berkaitan.
- Surat pengesahan/sokongan daripada fakulti/institusi pendidikan berkaitan.
- Resume.
- Salinan keputusan peperiksaan setiap semester.
- Borang jawapan penerimaan pelatih industri.
Sekian, Terima kasih. | Lain-lain | 03.12.2021 |
Salam sejatera, saya merupakan pelajar Sarjana Muda Sastera Pengajian Bahasa Inggeris tahun 3 dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Saya ingin mengetahui sama ada pihak DBP menerima pelajar praktikal untuk bidang ini. Jika ya, adakah medium penggunaan bahasa akan dibuat dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris? | Salam saudari, PERMOHONAN LATIHAN INDUSTRI DI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA Untuk makluman, semua pelajar yang ingin menjalani latihan industri di DBP, perlu menghantar permohonan kepada: Ketua Akademi DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Aras 4, Wisma DBP, 50460 Kuala Lumpur. Mohon e-melkan permohonan kepada: akademi@dbp.gov.m, serta mengemukakan sekali: 1"> - Surat permohonan – nyatakan bidang pengajian, peringkat pengajian, tempoh latihan industri dan maklumat lain yang berkaitan.
- Surat pengesahan/sokongan daripada fakulti/institusi pendidikan berkaitan.
- Resume.
- Salinan keputusan peperiksaan setiap semester.
- Borang jawapan penerimaan pelatih industri.
Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi: Nombor telefon: 03-2147 0220/0230 Faksimile: 03-2147-0231 * Medium penggunaan bahasa dalam Bahasa Melayu | Lain-lain | 12.04.2022 |