Pilih ayat yang betul i) Bas yang kerosakan itu berhenti di perhentian bas. ii)Jangan menerima pelawaan orang yang tidak dikenali. iii)Mereka bekerja untuk tingkatkan pendapatan keluarga. iv)Padang itu menjadi tempat menandingi bola sepak. Tolong beri penjelasan setiap ayat. | Sdr. Thian, Ayat yang betul ialah 1. Bas yang rosak itu berhenti di perhentian bas. 2. Jangan terima pelawaan orang yang tidak dikenali. iii)Mereka bekerja untuk meningkatkan pendapatan keluarga. iv)Padang itu menjadi tempat pertandingan bola sepak. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk mendapatkan penjelasan dalam penggunaan imbuhan. | Tatabahasa | 27.09.2010 |
Dalam iklan “Tawaran Pelawaan sebagai Penulis Pakej Buku Teks Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR) Tahun 1 untuk Kegunaan Mulai Tahun 2011” di laman sesawang DBP dan di akhbar, ada ungkapan “Bahasa Malaysia SK/SJK Tahun 1” . Hal ini bermakna buku teks tahun satu akan menggunakan istilah “bahasa Malaysia”. Adakah penggunaan istilah “bahasa Malaysia” untuk buku teks sah dari segi undang-undang? | Dalam Perlembagaan istilah bahasa Melayu digunakan, namun pada bulan Jun 2007 kebinet telah mengeluarkan arahan bahawa istilah bahasa Malaysia hendaklah digunakan bagi menggantikan istilah bahasa Melayu. Dalam hal yang saudara nyatakan ini, kami sarankan saudara merujuk Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut. | Lain-lain | 24.11.2009 |
Assalamualaikum. saya ingin bertanya mengenai keputusan tawaran pelawaan sebagai penulis pakej buku teks KRRS thn 2. saya telah menghantar bahan bab contoh dan sedang menanti keputusan samada berjaya atau gagal. Bila boleh saya mengetahui keputusannya? atau adakah keputusan telah dibuat dan saya gagal ? terima kasih Dr Sakhilah | Keputusan pemilihan panel penulis bab contoh buku teks KSSR Tahun 2 masih belum ada. Sdr akan dimaklumkan secara rasmi mengenai keputusan tersebut nanti. | Lain-lain | 11.08.2010 |
Salam sejahtera, saya ingin bertanya sekarang DBP ada jawatan kosong sekarang?Saya berminat bekerja di DBP. Harap maklum | Kami akan mengeluarkan iklan pelawaan untuk mengemukakan permohonan bagi mengisi jawatan kosong di DBP dalam tempoh terdekat. Sila layari laman web DBP dan juga melihat iklan kami yang akan disiarkan di dalam akhbar tempatan berbahasa Melayu khususnya terbitan hujung minggu. | Lain-lain | 06.06.2008 |
selamat petang, saya cikgu wong, saya sangat berminat untuk menjadi penulis buku teks. Bagaimanakah cara memohon jawatan ini dan apakah kriteria yang penting?Saya telah bekerja sebagai guru selama 12 tahun. Terima kasih. | Selamat tengah hari. Pelawaan sebagai calon penulis bagi program penerbitan buku teks sekolah rendah untuk kegunaan mulai tahun 2014 telah diiklankan mulai 20 Mei 2012. Sila rujuk laman web dbp.com.my untuk keterangan lanjut. Taklimat kepada calon penulis akan diadakan 26 Mei 2012 di Dewan Seminar, Aras 2, Menara DBP, Kuala Lumpur dari pukul 9.00 pagi - 4.30 petang. Terima kasih. | Lain-lain | 21.05.2012 |
Dari manakah asal usul Simpulan bahasa dibawah berikut beserta tarikh mula digunakan di dalam bahasa melayu. Otak udang Tangkai Jering Durian runtuh Anak Emas Ajak-ajak ayam Malu-malu kucing Mati katak Pisau cukur Ringan tangan Serkap jarang | Makna tangkai jering - orang yang kedekut, durian runtuh - mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah, anak emas - sangat dikasihi ibu bapanya atau majikan. Ajak-ajak ayam - pelawaan yg tidak sungguh-sungguh. Untuk maklumat lanjut, sila dapatkan di pusat bahasa IPTA ata perpustakaan yang berdekatan. Kami di DBP sangat mengalu-alukan kedatangan saudara/ saudari ke Pusat Dokumentasi Melayu DBP untuk membaut rujukan. | Lain-lain | 21.02.2010 |
Assalamualaikum...... saya Maizura Binti Abd Aris ingin mengemukakan soalan mengenai peluang pekerjaan yang ada di Dewan Bahasa dan Pustaka. Adakah pada waktu ini DBP ada membuka peluang pekerjaan? Saya merupakan pelajar Bacelor Bahasa dan Linguistik Melayu dari UPM dana akan bergraduat pada tahun ini. saya mengharapkan kepada pihak DBP untuk memberi maklumat kepada saya sekiranya ada peluang pekerjaan di sana. sekian terima kasih. | TErima kasih di atas minat yang sdr tunjukkan untuk berkhidmat bersama-sama kami. Sebagai makluman sdr, kami akan mengiklankan pelawaan untuk mengisi jawatan kosong melalui laman web DBP dan juga melalui akhbar tempatan berbahasa Melayu khususnya terbitan hujung minggu. Sila pastikan sdr tidak terlepas daripada membaca iklan tersebut. | Lain-lain | 09.06.2008 |