Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dalam kata bilangan, kita sepatutnya menggunakan "pelbagai jenis buah" atau "pelbagai jenis buah-buahan"? Pada pendapat saya, buah-buahan telah membawa maksud jamak, jadi sepatutnya "pelbagai jenis buah" betulkah? Tapi selalunya ternampak buku-buku dan surat khabar menulis "pelbagai jenis buah-buahan"..Saya bersetuju dgn sdr dengan frasa "pelbagai jenis buah" yang membawa maksud jamak. Apa yg kita lihat dalam akhbar, kemungkinan penulis tidak sedar bahawa mereka telah menggunakan bahasa yg lewah atau pembaziran dalam penulisan . Kadang kala terdapat juga pihak yg tidak berapa peka atau mahir dalam penggunaan kata bilangan dlm penulisan sama ada dalam akhbar ataupun penerbitan lain. T.kasih.Lain-lain17.08.2008
Saya ingin menanya dalam penggunaan kata bilangan, sepatutnya digunakan pelbagai jenis buah atau pelbagai jenis buah-buahan? Hal ini demikian kerana pada pendapat saya, buah-buahan telah membawa maksud jamak, jadi sepatutnya pelbagai jenis buah, tapi saya mendapati bahawa banyak buku dan surat khabar yang menggunakan pelbagai jenis buah-buahan. Harap pihak tuan/ puan memberi keterangan lanjut kepada saya. Sekian, terima kasih.

Yang betul ialah pelbagai jenis buah.

Tatabahasa17.08.2008
Pelbagai jenis kotak atau kotak pelbagai jenisYang betul ialah pelbagai jenis kotak.Lain-lain04.01.2011
Adakah ayat berikut betul? 1. Di dalam zoo terdapat pelbagai jenis binatang seperti gajah, zirafah dan sebagainya. 2. Terdapat pelbagai jenis binatang seperti gajah, zirafah dan sebagainya di dalam zoo. 3. Terdapat pelbagai jenis binatang di dalam zoo seperti gajah, zirafah dan sebagainya. Terima kasih.Ayat yang betul ialah Di dalam zoo terdapat pelbagai jenis binatang seperti gajah, zirafah dan harimau. (sebutkan lagi beberapa nama-nama binatang yang lain) atau Terdapat pelbagai jenis binatang di dalam zoo seperti gajah, zirafah dan lain-lain. Tatabahasa08.02.2018
Tuan, yang manakah sebenarnya betul? 1)Pelbagai jenis sayur-sayuran atau pelbagai jenis sayur? 2)Kanak-kanak itu berenang-renang di kolam renang atau kanak-kanak itu berenang di kolam renang? Terima kasih

1. pelbagai jenis sayur

2. Kedua-dua ayat adalah betul. Berenang-renang bermaksud berenang ke sana sini. Berenang bermaksud melakukan perbuatan berenang. 

Tatabahasa20.04.2011
1) pelbagai jenis pokok buah-buahan, pelbagai jenis pokok buah mana satu betul?

Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

  1.        Pelbagai jenis pokok buah …
  2.        Pelbagai pokok buah-buahan …

Berikut merupakan contoh ayat lengkap:

  1.       Pelbagai jenis pokok buah ditanam di sekolah saya.
  2.       Pelbagai pokok buah-buahan ditanam di sekolah saya.

Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan ayat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 432 - 575 atau pangkalan data prpm.dbp.gov.my dengan merujuk soal jawab pada pautan Juga Ditemukan dalam: dan pilih Khidmat Nasihat, pada lajur sebelah kanan.

Tatabahasa28.11.2025
Emak menghidangkan pelbagai makanan. atau Emak menghidankan pelbagai jenis makanan. Manakah yan betul, pelbagai jenis @ pelbagai?Emak menghidangkan pelbagai makanan, pelbagai bermaksud beberapa jenis.Tatabahasa17.01.2012
1.Pelbagai jenis buah-buahan 2. Pelbagai jenis kuih-muih betul?Kedua-dua ayat tersebut betul.Tatabahasa20.03.2014
pelbagai jenis sayur-mayur/pelbagai jenis sayur

Satu daripada aspek makna penggandaan kata nama ialah penanda kepelbagaian jenis. Contohnya: sayur-mayur, kuih-muih, rempah-ratus. Kata pelbagai bermaksud berbagai-bagai macam atau jenis. Ayat yang betul ialah: pelbagai jenis sayur.

Tatabahasa25.04.2011
Penggunaan kata 'dan'. Ayat mana satu betul. 1)Pasar mini itu menjual pelbagai jenis ikan; ada tenggiri, kembung, bawal, dan sepat. 2)Pasar mini itu menjual pelbagai jenis ikan; ada tenggiri, kembung, bawal dan sepat.Ayat yang betul - 2)Pasar mini itu menjual pelbagai jenis ikan; ada tenggiri, kembung, bawal dan sepat.Tatabahasa07.08.2008
12345678910...

Kembali ke atas