| APAKAH SUMBANGAN DBP TERHADAP MASYARAKAT? | Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai badan perancang bahasa negara bertanggungjawab dalam usaha membina dan mengembangkan bahasa Melayu, bahasa kebangsaan negara Malaysia. Dalam usaha pembinaan bahasa DBP telah menyelaraskan pelbagai istilah dalam pelbagai bidang ilmu, menyusun dan menerbitkan pelbagai kamus dan melaksanakan pelbagai kajian dan penyelidikan untuk memantapkan korpus bahasa Melayu. Dalam usaha pengembangan bahasa pula pelbagai kegiatan seperti ceramah, forum, seminar dsb. dilaksanakan di semua peringakt masyarakat, awam, swasta, pendidikan dan badan berkanun dengan tujuan untuk memupuk rasa cinta dan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap bahasa kebangsaan kita. Saudara boleh merujuk buku Laporan Tahunan DBP untuk maklumat selanjutnya. | Lain-lain | 27.07.2008 |
| Saya suka rasa kebanyakan sayur - adakah ayat ini sesuai | Ayat yang betul ialah "Saya suka makan pelbagai jenis sayuran." | Tatabahasa | 31.12.2024 |
| saya pernah bertanya berkenaan perbezaan antara 'Bercinta Dengan Diri Sendiri" dan "Mencintai Diri Sendiri"...dan jawapan diterima ialah kedua-dua frasa tersebut membawa maksud yang sama, iaitu menaruh rasa cinta pada diri sendiri. terima kasih atas jawapan, cuma saya agak keliru dengan penggunaan "Bercinta Dengan Diri Sendiri" kerana saya pernah difahamkan frasa tersebut bermaksud menaruh rasa cinta pada diri sendiri tetapi lebih kepada taksub dengan diri sendiri...manakala tidak bagi frasa "Mencintai Diri Sendiri"...harap Tuan dapat memberi penjelasan..Terima kasih.. | Merujuk Kamus Dewan, tidak ada perbezaan tahap 'menaruh rasa cinta' pada maksud bercinta dan mencintai. Maksud 'menaruh rasa cinta' juga berbentuk abstrak dan boleh boleh diberi pelbagai tafsiran yang berkaitan dengan makna tersebut. | Tatabahasa | 13.09.2012 |
| Salam. Saya ditugaskan untuk mencari perkataan yang sebetulnya untuk digunakan diWEB untuk pilihandua bahasa iaitu English dan BAHASA MALAYSIA atau BAHASA MELAYU. Mana perkataan yang patut digunakan? TQ | Bahasa Malaysia digunakan sebagai istilah rasmi untuk menyemai rasa kekitaan dalam masyarakat pelbagai kaum, oleh itu dalam situasi yang dinyatakan istilah bahasa Malaysia boleh digunakan. Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu tetap digunakan untuk merujuk bahasa kebangsaan dalam Perlembagaan Persekutuan. | Lain-lain | 27.05.2009 |
| Tolong jelaskan kita gunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia,yang mana satu....kerana sekarang ngara kita adalah Negara Bangsa! | Bahasa Melayu digunakan untuk merujuk bahasa kebangsaan dalam Perlembagaan Persekutuan. Walau bagaimanapun bahasa Malaysia digunakan sebagai istilah rasmi untuk menyemai rasa kekitaan dalam masyarakat pelbagai kaum. | Lain-lain | 11.01.2008 |
| Harga bagi Pfizer adalah termasuk penghantarannya ke pelbagai kawasan untuk vaksinisasi. Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 akan membincangkan sama ada pekerja asing dan ekspatriat diberikan pemvaksinan percuma untuk mengekang penularan COVID-19 dengan berkesan. Sidang media mengenai perkembangan perolehan Vaksin COVID-19 di bangunan Parlimen Nak tanya perkataan 'mengenai'' adakah salah atau betul?Bolehkah menggunakan'mengenai tentang' atau mengenai sahaja? Kita menzahirkan rasa simpati magsa banjir di beberapa negeri Dia mendengar taklimat banjir disampaikan oleh Pegawai Daerah Kota Tinggi Beliau turut menghulur sumbangan bakul makanan kepada mangsa di dewan kolej berkenaan selain bertanya khabar dan meminta mereka bersabar terhadap musibah yang melanda. Adakah beberapa kesalahan tatabahasa atau kesalahan istilah yang salah?Jika ada kesalahan tatabahasa,sila Tuan beri penjelasan.Terima kasih. | Perkataan "mengenai" tergolong sebagai kata kerja yang membawa maksud kena pada. Contohnya: Tembakan pemburu itu mengenai sasarannya. Walau bagaimanapun, penggunaan "mengenai" yang disamakan dengan tentang serupa dengan penggunaan bentuk kata kerja lain seperti melalui, mengikuti dan menerusi, iaitu berfungsi sebagai kata sendi nama walaupun kata-kata ini sebenarnya tergolong dalam kata kerja. Penggunaan mengenai memadai digunakan dalam ayat. Penggunaan tatabahasa yang betul adalah seperti yang berikut: Kita menzahirkan rasa simpati kepada mangsa banjir di beberapa buah negeri. Dia mendengar taklimat banjir yang disampaikan oleh Pegawai Daerah Kota Tinggi. Beliau turut menghulurkan sumbangan bakul makanan kepada mangsa di dewan kolej berkenaan selain bertanya khabar dan meminta mereka agar bersabar dengan musibah yang melanda. | Tatabahasa | 07.01.2021 |
| bagaimanakah penggunaan tanda koma yang sebetulnya dalam ayat: Kami membeli pelbagai jenis sayur-sayuran seperti bayam kangkung sawi dan kobis. Adakah 'simpati' satu perkataan ataupun berasal dari 'simpat' dengan imbuhan akhiran 'i'? Sekian terima kasih. | Tanda koma berfungsi sebagai i. unsur pemisah kata dan frasa yang berurutan. Contoh, kami membeli sayur-sayuran seperti bayam, kangkung, sawi dan kubis; Bendera itu berjalur merah, putih dan biru. ii. Mengapit aposisi"dan sebaginya","dan yang lain", dan seumpamanya. Contoh, Sayur kubis, bayam,salad,kangkung,sawi, dan sebagainya, banyak dijual di pasar tani. Perkataan 'simpati' ialah satu perkataan dan bukan daripada perkataan 'simpat' dengan imbuhan akhiran'i'. Makna perkataan 'simpati' ialah 1. perasaan belas kasihan, timbang rasa, dsb terhadap seseorang atau sesuatu, terutamanya apabila ditimpa kesusahan: bencana spt itu seharusnya mendapat ~ dan bantuan dr dlm dan luar negeri; 2. perasaan bersetuju dgn menyokong sesuatu idea, pendapat, dsb bagi tujuan tertentu; Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Tatabahasa | 11.08.2009 |
| Bolehkah pihak tuan menyeneraikan perkataan adjektif Bahasa Malaysia pinjaman Inggeris untuk kegunaan projek kelas? Kerjasama pihak tuan amat dihargai. | Sdr. Dominique, Maaf kami tidak dapat menyenaraikan kesemua perkataan adjektif seperti yang diminta. Saya rasa ada lebih baik tuan merujuk pelbagai kamus yang terdapat di pasaran bagi membantu sdr. Terima kasih,. | Tatabahasa | 03.10.2010 |
| Saya ingin memohon pandangan serta semakan daripada pihak tuan berkenaan beberapa frasa berasaskan kata kerja "isi" yang ingin kami gunakan dalam komunikasi kempen kami. Kempen ini berinsipirasikan idea bahawa rutin harian boleh menjadi lebih menyenangkan apabila segalanya mengalir dengan lancar- memberi rasa puas hari apabila pengguna menemui kemudahan. PETRONAS menawarkan pelbagai bentuk kemudahan di stesen minyak yang bukan sahaja terbatas kepada isi minyak, tetapi juga memenuhi keperluan harian seperti makanan, ganjaran dan rehat. Sehubungan dengan itu, kami bercadang menggunakan permainan kata berasaskan "isi" dalam kempen ini, dalan gaya bahasa yang mudah difahami dan dekat di hari pengguna. Justeru kami ingin mendapatkan semakan serta pandangan daripada pihak DBP agar frasa yang digunakan tetap selari dengan tatabahasa dan pemahaman yang betul. Berikut ialah frasa-frasa yang ingin kami semak: - Isi Penuh - Isi Hati - Isi Tenaga - Isi Semula - Isi dan Kuku - Isi Poket - isi Semua Sekali | Pihak kami telah menyemak frasa yang diberikan dan mendapati bahawa frasa tersebut boleh digunakan. | Tatabahasa | 04.07.2025 |
| Saya ingin memohon semakan dan pandangan daripada pihak tuan/puan berkenaan beberapa frasa berasaskan kata kerja "isi" yang dirancang untuk digunakan dalam komunikasi kempen kami. Kempen ini diinspirasikan oleh idea bahawa rutin harian menjadi lebih menyenangkan apabila segalanya berjalan lancar, memberikan rasa puas hati apabila pengguna menemui kemudahan yang tidak dijangka. PETRONAS menyediakan pelbagai kemudahan di stesen minyak yang bukan sahaja terhad kepada isi minyak, tetapi juga merangkumi makanan, ganjaran dan rehat. Sehubungan itu, kami merancang untuk menggunakan permainan kata berasaskan “isi” dalam gaya bahasa yang mudah difahami dan dekat di hati pengguna. Oleh itu, kami berharap pihak DBP dapat menyemak kesesuaian frasa ini agar selari dengan tatabahasa. Berikut ialah frasa-frasa yang ingin kami semak: Isi Minyak, Isi Perut, Isi Masa, Isi Kuasa, Isi Ganjaran, Isi Bakul, Isi Pikap, Isi Tenaga, Isi Angin, Ini Baru Mesra, Isi Semua Sekali | Frasa yang diberikan sesuai dan boleh digunakan, kecuali Isi Pikap ditukarkan kepada Isi Tangki dan Isi Semua Sekali, Ini Baru Mesra ditukarkan kepada Isi Semua Sekali, Barulah Mesra! | Tatabahasa | 24.10.2025 |