Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelbagaian


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
boleh kah kita mengunakan perkataan cacarmarba dalam karangan?Menurut Kamus Dewan, cacamarba mengandungi pelbagai unsur, bercampur aduk, (ber)pelbagaian. Kata ini boleh digunakan dalam karangan. Untuk makluman saudara, ejaan kata yang betul ialah cacamarba, bukan cacarmarba. Untuk membantu saudara, contoh ayat bagi kata ini ialah Akibat kegelabahan kita, berterusanlah kebudayaan cacamarba yg meremehkan peranan kebudayaan Melayu yg sepatutnya menjadi tonggak kebudayaan nasional. Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP.Lain-lain26.01.2007
ingin maklumat tentang variasi bahasaMerujuk Kamus Dewan Edisi, antara maksd variasi ialah bentuk dll yg tidak seragam atau berbeza-beza, kelainan atau pelbagaian (dlm bentuk, reka cipta, dll). Untuk keterangan lanjut berkenaan varisi bahasa, saudari boleh merujuk buku-buku yang berkaitan. Antaranya ialah buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.Makna09.08.2009
Terdapat pelbagai ciri-ciri bahasa Melayu.Bahasa bersifat dinamis,sejagat,dan bervariasi.Berikan maksud bahas bersifat dinamis,sejagat dan bervariasi.Menurut Kamus Dewan, sejagat bermaksud seluruh dunia, sedunia, atau antarabangsa. Variasi pula bermaksud penyimpangan atau sesuatu yg menyimpang drpd keadaan (sifat, ciri-ciri, dsb) yg lazim atau standard. Variasi juga dikaitkan dengan bentuk dll yg tidak seragam atau berbeza-beza, kelainan atau pelbagaian (dlm bentuk, reka cipta, dll). Berdasarkan pengertian yang telah diberikan, diharap agar saudara boleh mengaitkan pengertian bahasa bersifat sejagat dan bervariasai.Makna14.08.2007

Kembali ke atas