Salam, saya ingin bertanya. Yang manakah ejaan yang betul antara 'kain pelekat' dengan 'kain pelikat'? Dalam kamus memang ejaan 'kain pelekat' tetapi apabila saya google dalam Internet dan berdasarkan percakapan harian, ejaan yang biasanya digunakan ialah 'kain pelikat'. Jadi, yang manakah betul? | Istilah yang betul ialah "Kain Pelekat". Kain pelekat ialah kain sarung yang berjalur-jalur atau berpetak-petak coraknya. Kain pelekat biasanya dipakai oleh orang lelaki. | Ejaan | 09.05.2013 |
"Double sided tape" dalam bahasa Malaysia ialah "pita pelekat dua muka" atau boleh hanya menggunakan "pelekat dua muka"? Bagi "double sided foam tape" pula apakah perkataan BM yang digunakan? | Padanannya ialah pita dua muka dan pita busa dua muka. | Istilah | 04.02.2009 |
Apa beza pita pelekat dengan pita perekat? Yang mana lebih sesuai untuk sarikata? | Kedua-dua istilah tersebut betul dan tidak ada perbezaan. Oleh itu, kedua-dua istilah tersebut boleh digunakan. | Istilah | 31.03.2011 |
double sided type | pita pelekat/pita berpelekat | Lain-lain | 04.02.2009 |
Maksud lakri, berlakri | Lakri ialah sejenis pelekat, berlakri pula ialah berpelekat. | Makna | 19.01.2010 |
SILA PERIKSA BANNER INI, UNTUK MEMOHOM LESEN | Sila buat pembetulan perkataan HP kepada TB, simbol & perlu dieja penuh menjadi dan, Pelekat Dinding kepada Kertas Hias Dinding. Sila ke ruangan Khidmat Pengesahan Bahasa untuk kelulusan setelah membuat pembetulan. | Tatabahasa | 12.06.2013 |