| Salam DBP. Saya memerlukan padanan bagi “natural attenuation”. Mohon bantuan DBP. Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu bagi istilah natural attenuation ialah pelemahan semula jadi. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.
| Istilah | 06.12.2022 |
| Bagaimanakah menggunakan tanda sempang dalam kata ganda? | Dalam bahasa Melayu, terdapat 3 jenis penggandaan, iaitu: i. penggandaan penuh ii. penggandaan separa iii. penggandaan berentak. Tanda sempang digunakan dalam semua kata ganda kecuali kata ganda separa yang melibatkan kata dasar tunggal. Penggandaan separa yang berlaku pada kata dasar tunggal lazimnya melibatkan pengulangan suku kata pertamanya sahaja dan letak gandaannya pada bahagian sebelum kata dasar. Vokal dalam bentuk gandaan itu mengalami proses pelemahan menjadi vokal e pepet, contohnya: laki ---> lalaki --- >lelaki siku ---> sisiku ---> sesiku jari --- > jajari --- >jejari Untuk keterangan lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau buku Kata Ganda Bahasa Melayu: Tinjauan Bentuk Berdasarkan Data Korpus . Terima kasih. | Tatabahasa | 08.02.2009 |