Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.leng.ka.pan] | ڤلڠکڤن

Definisi : perihal melengkapi (me­lengkapkan, memperlengkap): ia juga ber­guna kpd pelajar-pelajar menengah atas dan institusi pengajian tinggi sbg bacaan tam­bahan dan ~ kpd pembelajaran mengenai teori-teori ekonomi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.leng.ka.pan] | ڤلڠکڤن

Definisi : perbuatan (hal dsb) melengkapi atau melengkapkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lengkap (adjektif)
Bersinonim dengan genap, cukup, sempurna, tidak kurang, kamil, utuh, penuh, kafi, mustaid, jangkap;,
Kata Terbitan : selengkap, berlengkap, melengkapi, melengkapkan, kelengkapan, pelengkapan, pelengkap,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Apakah jawapan yang paling tepat bagi soalan ini? Harap dapat beri penerangan yang lanjut .Terima kasih. Selain persembahan koir, acara sukaneka turut diadakan sebagai ___ kepada sambutan HarI Guru. A. pelengkapan. B. Pelengkap

Selain persembahan koir, acara sukaneka turut diadakan sebagai pelengkap kepada sambutan Hari Guru.

Mengikut Kamus Dewan, pelengkap ialah apa-apa yg ditambahkan untuk melengkapkan sesuatu;
pelengkapan pula ialah perbuatan (hal dsb) melengkapi atau melengkapkan.
Tatabahasa10.09.2014
Apakah padanan yang sesuai untuk istilah "completion assessment" dalam konteks penyediaan kursus. Buat masa ini, saya menggunakan "penaksiran akhir", namun itu lebih kepada "final assessment".Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah completion assessment ialah taksiran pelengkapan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu.Istilah16.11.2025

Kembali ke atas