| pelesenan | pelesenan | Ejaan | 20.04.2011 |
| untuk nama bahagian yang menguruskan lesen, adakah PERLESENAN Aatau PELESENAN BAHAGIAN PELESENAN DAN INSPEKTORAT atau BAHAGIAN PERLESENAN DAN INSPEKTORAT | Penggunaan yang betul ialah Bahagian Pelesenan dan Inspektorat. Pelesenan merujuk kepada hal, proses atau urusan memberi atau mengeluarkan lesen. PeN-...-an menjadi pe-...-an apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf m, n, ng, r, l, y, dan w. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 13 - 12 dan buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 122. | Ejaan | 19.12.2025 |
| untuk nama bahagian yang menguruskan lesen, adakah PERLESENAN Aatau PELESENAN BAHAGIAN PELESENAN DAN INSPEKTORAT atau BAHAGIAN PERLESENAN DAN INSPEKTORAT | Penggunaan penamaan yang betul ialah BAHAGIAN PELESENAN DAN INSPEKTORAT Berdasarkan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1312, pelesenan ditakrifkan sebagai hal, proses atau urusan memberikan atau mengeluarkan lesen. | Ejaan | 30.12.2025 |
| pelesenan atau perlesenan? | Pelesenan merujuk proses memberikan lesen, iaitu perbuatan melesenkan. Perlesenan merujuk perihal berlesen. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Ejaan | 29.05.2009 |
| Ejaan pelesenan atau perlesenan (untuk nama bahagian) | pelesenan | Ejaan | 20.04.2011 |
| SISTEM PERLESENAN BERSEPADU atau SISTEM PELESENAN BERSEPADU mana yang betul untuk dijadikan tajuk system? | Nama sistem yang betul ialah SISTEM PELESENAN BERSEPADU. | Tatabahasa | 08.12.2014 |
| Assalamualaikum WBT. Saya bagi pihak Jabatan Pelesenan, Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) ingin membuat semakan mengenai penggunaan perkataan antara BAHASA MELAYU atau BAHASA MALAYSIA, mana satu yang lebih sesuai untuk digunakan di dalam borang-borang permohonan lesen / permit? Ini adalah kerana pentadbiran kami telah menerima aduan berbentuk teguran daripada orang awam mengenai penggunaan BAHASA MALAYSIA di dalam borang-borang permohonan yang disediakan oleh MPSepang untuk orang awam. Bersama-sama ini di sertakan sedikit kandungan aduan yang dikemukakan oleh orang awam tersebut "Di dapati di laman borang lesen Majlis Perbandaran Sepang tertulis istilah Bahasa Malaysia. Istilah ini tidak betul. Menurut Perlembagaan Persekutuan Malaysia Perkara 152 yang tak pernah dipinda, nama bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu. Begitu juga Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967. Sehubungan itu, adalah dimohon agar pihak DBP dapat memberikan panduan dan cadangan sewajarnya kepada kami di MPSepang dalam memastikan pentadbiran kami menggunakan nahu bahasa yang tepat di dalam borang-borang permohonan lesen / permit rasmi kami. Bersama-sama ini dilampirkan sebahagian kandungan di dalam borang permohonan lesen MPSepang yang menggunakan perkataan BAHASA MALAYSIA untuk rujukan pihak tuan/puan. Segala kerjasama amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. | Untuk makluman, Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah menyatakan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu. Dalam sumber perundangan yang lain seperti Akta Bahasa Kebangsaan 1967, bahasa kebangsaan digunakan bersama-sama bahasa Melayu dan arahan pentadbiran melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2020: Pemerkasaan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam juga menggunakan istilah bahasa kebangsaan dan bahasa Melayu. Sehubungan dengan itu, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan akta yang sedang berkuat kuasa istilah bahasa Melayu atau bahasa kebangsaan yang sewajanya digunakan dalam konteks rasmi kerajaan. Maksud rasmi “ertinya apa-apa maksud Kerajaan, sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam”. | Lain-lain | 24.07.2025 |
| Maksud Perlesenan, Import, Eksport dan Enterport di dalam perniagaan | Pelesenan ialah urusan memberi lesen atau meluluskan lesen; import ialah pemasukan barang-barang dari luar negara; eksport ialah penghantaran barang-barang atau perkhidmatan ke luar negara; entrepot ialah pusat perdagangan, biasanya pelabuhan yang mengendalikan urusan import dan eksport semula barang-barang. | Makna | 27.02.2008 |
| Tuan, Saya ingin bertanya berkaitan penggunaan ayat pendingin hawa. Saya bertugas di Jabatan Pelesenan MPBP, kebanyakan jenis perniagaan yang didaftarkan adalah "berhawa dingin". Sebagai contoh " kedai kek dan roti (berhawa dingin) , kedai makan (berhawa dingin) Soalan saya, adakah ayat pendingin hawa juga terpakai pada jenis perniagaan juga? Sekiranya ya, saya perlu mengubah perkataan ini di dalam sistem yang terpakai di MPBP. Terima kasih | Dalam keterangan perniagaan, sama ada sesebuah kedai itu mempunyai penyaman udara atau tidak, tidak perlu dinyatakan kerana perkataan tersebut tidak merujuk jenis peniagaan yang dijalankan, sebaliknya hanya kemudahan yang disediakan pihak kedai. | Lain-lain | 13.10.2024 |
| Saya ingin mendapatkan pandangan untuk terjemah nama jabatan saya kepada bahasa inggeris "JABATAN PELESENAN, KEBERSIHAN DAN KESIHATAN AWAM" | Cadangan kami ialah DEPARTMENT OF LICENSING, HYGIENE AND PUBLIC HEALTH | Penyemakan dan penterjemahan | 18.03.2019 |