Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : IB 1. bersenang-senang, bersuka-suka: anak muda itu suka keluar pd malam hari dan menghabiskan masa dlm ~; main pelesiran perempuan bersetubuh dgn perempuan sundal; tempat pelesiran tempat bersuka-suka (bersenang-senang); 2. berjalan­-jalan (bersiar-siar) utk mencari kesukaan, ber­temasya: dr pagi kelihatan mereka naik amko, naik sado dan oto ~ kian ke mari; berpelesir = berpelesiran bersuka-suka, berseronok-seronok: pemuda dan pemudi ~ di jalan-jalan dgn tidak berasa segan dan malu; kepelesiran perihal pelesir, kesenangan, ke­sukaan: ~ kota Jakarta yg ramai itu diceritakan belaka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
pelesir
Kata Terbitan : berpelesir, berpelesiran, kepelesiran,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon untuk mendapatkan maksud/makna perkataaan dan ejaan yang betul. 1. Seseorang peleser 2. peleser perkataan ini tidak diperolehi semasa membuat carian DBP secara onlineDalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) tiada kata "peleser" yang dijadikan kata masukan.

Ejaan sebenarnya ialah "pelesir" dan makna bagi "berpelesiran" ialah:

1. berfoya-foya atau berseronok-seronok dan menghabiskan masa dengan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah;

2.  berjalan-jalan tanpa arah dan tujuan;

Untuk maklumat yang lebih jelas, sila rujuk halaman 1655 Kamus Dewan Perdana.

Penggunaan kata adalah bergantung kepada konteks penggunaan sesuatu kata.
Lain-lain10.01.2022

Kembali ke atas