Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.les.ta.rian] | ڤلستارين

Definisi : perlindungan drpd kemusnahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.les.ta.rian] | ڤلستارين

Definisi : perbuatan atau hal memelihara sesuatu supaya kekal spt sediakala. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelestarian


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud pelestarianKata dasar pelestarian ialah lestari yang membawa maksud tidak berubah-ubah, kekal atau tetap. Perkataan ini berasal daripada Indonesia. Maksud bagi pelestarian pula ialah perlindungan daripada kemusnahan atau kerosakan. Contoh ayatnya, pelestarian sumber-sumber alam.Makna21.12.2006
Assalamualaikum. Mohon bantuan, adakah penggunaan kata " pelestarian" dan "kelestarian" dlm ayat ini betul atau tidak. Mohon dibetulkan jika ada kesalahan: 1. Visi sekolah : " Warga SKPG2 mengamalkan budaya pelestarian alam sekitar" 2. Misi sekolah : " Warga SKPG2 menunjukkan kelestarian terhadap alam sekitar melalui amalan pengurusan, aktiviti kurikulum, aktiviti kokurikulum dan program penghijauan. Terima kasih atas bantuan tuan.1. Pelestarian bermaksud perbuatan atau hal memelihara sesuatu supaya kekal seperti sediakala, penggunaan pelestarian dalam ayat contih yang diberikan betul.
2. Kelestarian bermaksud keadaan (hutan, persekitaran, dll) yang tidak berubah atau yang terpelihara seperti asal dan penggunaannya dalam ayat contoh yang kedua tidak tepat dari aspek makna perkataan tersebut dengan konteks ayat.
Tatabahasa09.08.2012
ASSLAMUALAIKUM. Saya ingin bertanya tentang kesantunan berbahasa tonggak tamadun bangsa.Soalan saya. 1.Bagaimanakah cara kita untuk mengatasi masalah kepincangan berbahasa serta adat kesopanan dan kesantunan berbahasa di kalangan masyarakat kini? 2.Sejauh manakah pentingnya pelestarian bahasa melayu penting dari sudup taraf,fungsi dan peranannya dalam komunikasi? 3.Adakah bahasa dan budaya melambangkan ketamadunan sesebuah masyarakat.Bagaimana?Dalam menjawab soalan yang diberikan, pihak kami hanya memberikan pandangan umum sahaja. (i). Usaha untuk mengatasi masalah kesantunan berbahasa perlu dimulakan dari peringkat awal pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Asas yang kuat dapat meneguhkan penggunaan bahasa Melayu dalam apa jua keadaan. (ii).  Pelestarian bahasa Melayu dalam komunikasi sosial dan keilmuan adalah menjadi tanggungjawab semua pihak kerana bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan. Setiap rakyat seharusnya mendaulatkan dan memperkasakan bahasa Melayu dalam apa jua bidang. (iii). Bahasa dan budaya sememangnya melambangkan ketamadunan masyarakat. Slogan Bahasa Jiwa bangsa menggambarkan bahawa bahasa menjadi nadi bagi sesebuah bangsa; hilang bahasa, hilanglah bangsa.Makna17.01.2008
Apakah maksud Pembangunan Mampan Melestarikan Alam Sekitar?..dan bagaimanakah cara2 melestarikan alam sekitar?Pembangunan mampan pernah ditakrifkan sebagai pembangunan yang memenuhi keperluan generasi masa kini tanpa mengabaikan keupayaan generasi akan datang untuk memenuhi keperluan mereka. Oleh itu, pembangunan bersepadu dan menggunakan sumber dengan cekap dapat mengekalkan  alam sekitar yang bersih dan selamat untuk diwariskan kepada generasi akan datang.  Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pelestarian alam sekitar termasuklah cara-cara melestarikan alam sekitar sila rujuk buku/makalah yang berkaitan.Makna18.03.2009

Kembali ke atas