Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (pelét) bp rumah pangsa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (pélét) Jw belang-belang pd kayu; kayu ~ kayu yg berbelang-belang (dr pokok Kleinhevia hospita yg selalu digunakan utk mem­buat sarung keris dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (pélét) Jk 1. sj getah utk menangkap burung; 2. = minyak ~ sj minyak (drpd ikan duyung dll) utk memikat hati perempuan dll; 3. = peletan kata-kata manis utk memujuk, pujukan, rayuan; memelet 1. menggetah burung; 2. memikat perempuan dgn menggunakan minyak pelet; 3. menggunakan kata-kata manis (utk memikat hati), memujuk, merayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (pélét) 1. bahan makanan ternak yg berbutir-butir: ~ ikan; 2. benda yg berbutir-butir: racun jenis ~ lebih berkesan kerana ia dapat membebaskan racun serangga secara perlahan-lahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelet


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ejaan BM mana yang betul untuk terjemahan perkataan Inggeris "palette"? Palet atau pelet? Daftar istilah kata palet tapi Kamus Inggeris-Melayu kata peletEjaan yang tepat dalam bahasa Melayu bagi perkataan palette ialah palet.Istilah19.11.2025

Kembali ke atas