Salam sejahtera, Perkataan yang manakah paling tepat digunakan dalam ayat berikut: 1. Kabus yang tebal menjadikan pelihatan / penglihatan saya kurang jelas. 2. Makin usia datuk meningkat makin kabur pelihatan / penglihatan matanya. Terima kasih. | 1. Kabus yang tebal menjadikan pelihatan/penglihatan saya kurang jelas. 2. Makin usia datuk meningkat makin kabur pelihatan/penglihatan matanya. Pelihatan dan penglihatan, kedu-dua perkataan itu betul dan sama maknanya iaitu kebolehan melihat. Oleh itu kedua-dua kata tersebut boleh digunakan. | Tatabahasa | 23.06.2008 |
Penglihatan and pelihatan, mana satu lebih tepat digunakan? | Pelihatan dan penglihatan sama maknanya, iaitu kebolehan melihat. Oleh itu kedua-dua kata tersebut boleh digunakan. | Ejaan | 16.07.2018 |
Penglihatan atau pelihatan, mana satu lebih tepat digunakan dlm penyediaan sari kata? | Pelihatan dan penglihatan sama maknanya, iaitu kebolehan melihat. Oleh itu, kedua-dua kata tersebut boleh digunakan. | Ejaan | 16.07.2018 |
adakah salah eja atau salah bahasa penglihatan atau pelihatan ? | ejaan penglihatan atau pelihatan adalah betul dan membawa maksud yang sama. | Tatabahasa | 07.01.2008 |
yang mana satu betul? pelihatan atau penglihatan? | Kedua-duanya betul dan sama maknanya. | Ejaan | 10.10.2008 |
manakah yang betul? (a)penglihatan (b)pelihatan terima kasih.. | Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) untuk mendapatkan maklumat tersebut. PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan masukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruangan yang disediakan dan klik "cari". | Lain-lain | 17.04.2010 |
Salam sejahtera, Apakah kesalahan pada perkataan (adik-beradik) dalam contoh ayat ini, Setelah kematian bapa kami, tinggallah kami tiga (adik-beradik) dengan ibu kami yang cacat pelihatan. | Berikut ayat yang telah dipinda sedikit kesalahan. Setelah kematian bapa, tinggallah kami tiga adik-beradik bersama-sama ibu yang cacat penglihatan. | Tatabahasa | 04.02.2013 |
Tuan, Baru-baru ini, pihak sekolah telah menerima surat pekeliling kononnya perkataan 'penglibatan' 'penglihatan' yang selama ini kita gunakan sudah tidak wujud sebaliknya perkataan yang tepat ialah 'pelihatan' dan 'pelibatan' kerana kedua-dua perkataan tersebut berasal daripada perkataan melihat atau melibatkan diri. Akan tetapi, apabila saya menyemak Kamus Dewan memang ada perkataan penglihatan dan penglibatan. Bolehkah tuan tolong berikan sedikit tunjuk ajar? Sekian, terima kasih. | Encik Chan, Setakat yang kami tahu tidak ada pekeliling seperti yang dinyatakan. Harap berikan penjelasan dari mana tuan mendapat pekeling tersebut. | Ejaan | 09.06.2010 |
Kemusyikilan 1: Kamus Pelajar: menambahkan asid pd bes. Penerangan DBP: menambah gula dalam air kopi. Kamus Pelajar: menambah bilangan penuntutnya Penerangan DBP: menambahkan produktiviti Persoalannya, yang manakah yang betul? Kemusykilan 2: Mempertambah bermaksud memperbanyak, memperbesar, memperluas Persoalannya, kalau kata "tambah" bukan kata adjektif, apakah jenis golongan kata? Dan, bolehkah 'tambah' menerima awalan rangkap memper-, dan adakah kata adjektif "banyak", "lebar" dan "luas" mengungkapkan maksud "tambah"? Kemusykilan 3: Tatabahasa Dewan: ... membaca karangan yang terbaik kepada murid-muridnya. membacakan = membaca sst untuk sso. mengambilkan = mengambil sst untuk sso. Mengapakah Tatabahasa Dewan menggunakan kata sendi "kepada" dalam ayat tersebut? Kemusykilan 4: Pertanyaan kewujudan kata nama terbitan "pelibatan" dan "pelihatan" belum dijawab lagi. Sekian. | 1. Tidak nampak perbezaan yang nyata (hampir sama) antara makna menambah dan menambahkan. Oleh itu ayat menambahkan asid pd bes, menambah gula dalam air kopi, menambahkan produktiviti, semuanya betul. 2. Tambah ialah Kata Kerja, mempertambah bermaksud memperbanyak, memperbesar, memperluas. Walau bagaimanapun dalam entri banyak, lebar, luas tidak mengungkapkan maksud tambah. Kata tambah boleh menerima awalan memper... untuk membentuk kata terbitan mempertambah. 3. Ayat, membaca karangan yang terbaik kepada murid-muridnya, betul dan kata sendi nama kepada hadir di hadapan kata nama/frasa nama yang menjadi sasaran. 4. Kata terbitan pelibatan/penglibatan dan pelihatan/penglihatan wujud dan membawa makna yang sama antara kedua-duanya. Walaupun melibatkan - pelibatan, melihat - pelihatan, berdasarkan korpus penglibatan dan penglihatan banyak digunakan dan sama situasinya dengan pelibatan dan pelihatan. Sekian. | Tatabahasa | 19.07.2008 |
(a) Adakah kata kerja "menangani" boleh membawa maksud "mengatasi", misalnya dalam konteks menangani gejala sosial? Berpandukan Kamus Dewan, kata tersebut yang bermaksud "mengatasi" tidak diungkapkan. Dan, adakah kata ini terjemahan daripada kata bahasa Inggeris "to handle" (the social problem)? (b) Kata nama terbitan bagi "berhijrah" ialah "penghijrahan", "melibatkan" ialah "penglibatan", dan "melihat" ialah "penglihatan" Mengapakah kata nama terbitannya bukan "perhijrahan", "pelibatan", dan "pelihatan"? | Maksud pertama menangani ialah mengerjakan (sendiri), membuat sendiri, mengusahakan, seperti contoh: pekerjaan yg berat-berat pun ditanganinya; masih belum ada sesiapa pun antara kita yg menangani bidang ini secara bersungguh-sungguh. Berpandukan keterangan itu, frasa menangani gejala sosial, adalah betul, menangani di situ bemaksud mengusahakan (sama seperti contoh ayat dalam Kamus Dewan) dan terjemahan ini boleh digunakan untuk to handle the social problem. Kata terbitan perhijrahan juga ada dan membawa maksud perbuatan atau perihal berhijrah, perpindahan. Sekian. | Tatabahasa | 27.06.2008 |