Apakah terjemahan Bahasa Melayu untuk perkataan Bahasa Inggeris "Fully Synthetic" ? (berkaitan dengan minyak pelincir) Terima kasih. | Fully Synthetic = Sintetik Penuh | Makna | 05.09.2017 |
Mohon jasa baik terjemahkan 'lubricator and predictive maintenance' dalam bahasa Melayu. | Terjemahan bahasa Melayu untuk "lubricator and predictive maintenance" ialah pelincir dan penyenggaraan ramalan. | Istilah | 07.06.2016 |
Salam 1Malaysia, Tuan, Mohon bantuan. Saya sedang menyemak perkataan inggeris "Fluid" untuk diterjemahkan kepada bahasa melayu. Melalui carian kata, ia bermaksud Bendalir. Adakah sesuai jika digunakan untuk ayat berkenaan:- "Percuma Isian Semula Bendalir Pelincir" Bantuan pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih. | Istilah bahasa Melayu untuk "fluid" ialah bendalir. Oleh itu, istilah "bendalir" boleh digunakan dalam ayat yang diberikan. | Istilah | 02.10.2013 |