Salam tuan.. boleh saya tahu apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk pelita Hari Raya atau pelita Deepavali. Adakah sebiji atau sebuah ? T.kasih | Penjodoh bilangan yang sesuai untuk pelita ialah Sebuah Pelita. | Tatabahasa | 23.03.2018 |
Salam tuan.. boleh saya tahu apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk pelita Hari Raya atau pelita Deepavali. T.kasih | Penjodoh bilangan yang sesuai untuk pelita ialah sebuah. | Tatabahasa | 15.03.2018 |
Saya mohon maaf soalan yang saya kemukakan sebelum ni dan dalam proses ada sedikit kesilapan . Yang akhir sekali saya tanya tema Cerpen majalah Pelita Bahasa bukan Tunas Cipta . Majalah Pelita Bahasa tentang bahasa saja ke diterima atau temanya bebas ? Saya juga minta diberi alamat email kiriman puisi untuk Pelita Bahasa . (Siapakah Editor Majalah Pelita Bahasa yang terkini ? Saya mohon diberi alamat email Editor Pelita Bahasa untuk dikirimkan puisi . Adakah tema cerpen untuk majalah Tunas Cipta ini bebas atau ada had tema yang ditetapkan ?) | Salam, puan. Seperti majalah terbitan DBP yang lainnya, tema cerpen majalah Pelita Bahasa juga bebas. Walau bagaimanapun, cerpen yang bertemakan bahasa dan sastera sangat dialu-alukan. Penghantaran bahan boleh diajukan kepada Ketua Editor Bahagian Majalah seperti yang sudah dijawab sebelum ini kepada puan. | Lain-lain | 11.06.2012 |
Siapakah Editor Majalah Pelita Bahasa yang terkini ? Saya mohon diberi alamat email Editor Pelita Bahasa untuk dikirimkan puisi . Adakah tema cerpen untuk majalah Tunas Cipta ini bebas atau ada had tema yang ditetapkan ? | Editor Majalah Pelita Bahasa ialah Norazlenda Abd. Hadi dan beliau boleh dihubungi melalui alamat e-mel nazlenda@dbp.gov.my. Untuk mendapatkan maklumat mengenai majalah Tunas Cipta sila hubungi editor Abdul Ghani Abu melalui e-mel ghanig@dbp.gov.my. | Lain-lain | 08.06.2012 |
saya mengharapkan bantuan pihak tuan/puan agar dapat memberikan bilangan, keluaran edisi dan tahun MAJALAH PELITA BAHASA yg mengemukan ttg penggunaan CENDERAMATA dan CENDERAHATI? Terima kasih | Sila rujukm bahan ini : 1. Antara cenderamata dengan cenderahati oleh Rizuan Atan. Pelita Bahasa.01/05/1993. 2. Cenderahati dan cenderamata oleh Farid Ahmad. Pelita Bahasa. 01/08/1993. 3. Dahulu cenderamata, sekarang pun cenderamata oleh Asiah Idris. Pelita Bahasa. 01/09/1994. | Lain-lain | 13.08.2007 |
dapatkah pihak tuan/puan membantu dalam mencarikan saya bilangan dan tahun MAJALAH PELITA BAHASA yg mengemukakan tentang perbincangan mengenai perbezaan di antar penggunaan CENDERAMATA dan CENDERAHATI? terima kasih | Sila rujukm bahan ini : 1. Antara cenderamata dengan cenderahati oleh Rizuan Atan. Pelita Bahasa.01/05/1993. 2. Cenderahati dan cenderamata oleh Farid Ahmad. Pelita Bahasa. 01/08/1993. 3. Dahulu cenderamata, sekarang pun cenderamata oleh Asiah Idris. Pelita Bahasa. 01/09/1994. | Lain-lain | 13.08.2007 |
A. Apakah perbezaan 'hembus' dan 'tiup' Antara contoh berikut yang mana betul? 1. Amirul meniup api pelita itu apabila bekalan elektrik telah pulih. 2. Amirul menghembus api pelita itu apabila bekalan elektrik telah pulih. B. Penjodoh bilangan bagi 'pingat" Antara contoh berikut yang mana betul? 1. Nabilah telah memenangi beberapa buah pingat dalam sukan berkuda. 2. Nabilah telah memenangi beberapa butir pingat dalam sukan berkuda. | A) Dalam Kamus Dewan menghembus dan meniup sama maknanya iaitu meniup/menghembus, mengeluarkan nafas (udara) dari mulut. Oleh itu, ayat; 1. Amirul meniup api pelita itu apabila bekalan elektrik telah pulih. dan 2. Amirul menghembus api pelita itu apabila bekalan elektrik telah pulih. adalah betul. B) Penjodoh bilangan bagi "pingat" ialah buah, ayat "Nabilah telah memenangi beberapa buah pingat dalam sukan berkuda." adalah betul. | Tatabahasa | 05.07.2009 |
Merujuk kepada emel yang diterima pada Julai 13, Khidmat nasihat DBP menyatakan bahawa penggunaan "di kalangan" tidak baku. Namun, saya mendapati bahawa dalam majalah "Pelita Bahasa" terbitan DBP pada Disember 2008 dalam ruangan Soal Jawab Bahasa, jawapan Pelita Bahasa menyatakan bahawa penggunaan "di kalangan" betul dan boleh digunakan. Turut dinyatakan dalam Pelita Bahasa, penggunaan "di kalangan" jauh lebih banyak berbanding dengan penggunaan "dalam kalangan" mengikut data korpus. Tambahan pula, saya mendapati dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, tidak terdapat penggunaan "dalam kalangan" tetapi penggunaan "di kalangan" pula agak banyak. Justeru, bolehkah saya mendapat kepastian sama ada ungkapan " di kalangan" boleh digunakan atau tidak dan adakah ungkapan tersebut mematuhi peraturan tatabahasa | Saudara, Dalam korpus yang merakamkan penggunaan bahasa oleh masyarakat awam terdapat lebih banyak penggunaan 'di kalangan' berbanding dengan 'dalam kalangan' kerana masih ramai pengguna bahasa yang belum terdedah atau biasa dengan penggunaan 'dalam kalangan'. Kata sendi nama 'di' digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Berdasarkan panduan ini maka frasa yang betul ialah 'dalam kalangan'. Rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 23.07.2009 |
Selamat pagi. Saya ingin tanya, sekiranya gambar menunjukkan jualan buku DBP yang mempunyai promosi hebat sehingga 50%, adakah peribahasa durian runtuh dan ilmu pelita hidup relevan dengan gambar tersebut? | Peribahasa durian runtuh dan ilmu pelita hidup boleh digunakan pada gambar menunjukkan jualan buku DBP kerana durian runtuh merujuk kepada mendapat keuntungan besar tanpa bersusah payah. Ini boleh merujuk kepada diskaun yang diberikan hingga 50 peratus manakala ilmu pelita hidup pula merujuk kepada ilmu pengetahuan menjamin kehidupan seseorang dan ini sesuai untuk menunjukkan jualan buku tersebut boleh mendatangkan manfaat kepada pembeli dengan membeli buku-buku yang dijual. | Makna | 03.09.2016 |
Adakah Tunas Cipta dan Dewan Pelita majalah yang sama ? Dan dimanakah saya boleh belinya ? Adakah majalah atau buku ini terbitan bulanan ? Akhir sekali bolehkah saya membeli dengan harga promosi, jika buat pesanan untuk setahun ? | Untuk makluman, Tunas Cipta dan Dewan Pelita merupakan dua majalah yang berbeza. Saudara boleh mendapatkan kedua-dua majalah tersebut di Kedai Buku DBP. Untuk maklumat lanjut, mohon hubungi Kedai Buku DBP melalui nombor 03-2147 9636 untuk mendapatkan maklumat lanjut. | Lain-lain | 16.01.2017 |