apakah tatacara penubuhan syarikat di malaysia? apakah peluang-peluang perniagaan secara online di malaysia? | Sila rujuk Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk mendapatkan keterangan lanjut. | Lain-lain | 23.02.2008 |
1. rending ayam atau ayam rending 2. memberikan peluang pekerjaan atau mewujudkan peluang pekerjaan | 1. rendang ayam.
2. mewujudkan peluang pekerjaan. | Tatabahasa | 26.10.2013 |
DBP, yang manakah adalah betul? (a) Tidak ketinggalan juga, industri pertanian dapat meningkatkan peluang pekerjaan masayarakat Malaysia. (b) Tidak ketinggalan, industri pertanian juga dapat meningkatkan peluang pekerjaan masayarakat Malaysia. | (b) Tidak ketinggalan, industri pertanian juga dapat meningkatkan peluang pekerjaan masyarakat Malaysia. | Tatabahasa | 06.07.2011 |
MENCARI PELUANG PEKERJAAN DI DBP...TERIMA KASIH | Kami amat mengalu-alukan sekiranya saudara mempunyai hasrat untuk berkhidmat dengan DBP. Sila layari laman web kami atau lihat iklan kekosongan jawatan yang kami siarkan melalui akhbar utama berbahasa Melayu dari semasa ke semasa. | Lain-lain | 04.01.2013 |
makna terbuka | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, terbuka ialah tidak tertutup (bertutup), terdedah; 2. terlepas, terurai, tertetas (ikatan, jahitan); 3. terkembang, terbentang (layar, payung); 4. terluang, ada (peluang pekerjaan), tersedia: peluang pekerjaan terbuka luas kepada anak-anak muda di kawasan perusahaan luar bandar; 5. telah dilihat (diketahui) orang (rahsia), terdedah, terbongkar: rahsianya telah terbuka; 6. tidak terhad (tersekat) kepada orang tertentu sahaja. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=terbuka untuk lebih lanjut. | Tatabahasa | 07.03.2013 |
Assalamualaikum...... saya Maizura Binti Abd Aris ingin mengemukakan soalan mengenai peluang pekerjaan yang ada di Dewan Bahasa dan Pustaka. Adakah pada waktu ini DBP ada membuka peluang pekerjaan? Saya merupakan pelajar Bacelor Bahasa dan Linguistik Melayu dari UPM dana akan bergraduat pada tahun ini. saya mengharapkan kepada pihak DBP untuk memberi maklumat kepada saya sekiranya ada peluang pekerjaan di sana. sekian terima kasih. | TErima kasih di atas minat yang sdr tunjukkan untuk berkhidmat bersama-sama kami. Sebagai makluman sdr, kami akan mengiklankan pelawaan untuk mengisi jawatan kosong melalui laman web DBP dan juga melalui akhbar tempatan berbahasa Melayu khususnya terbitan hujung minggu. Sila pastikan sdr tidak terlepas daripada membaca iklan tersebut. | Lain-lain | 09.06.2008 |
saya ingin menjadi penterjemah karya bagi bahasa arab? adakah terdapat kekosongan dan peluang untuk menjadi penterjemah sambilan di DBP? bagaimana cara untuk saya mendapatkan peluang ini? selain itu, saya mempunyai kebolehan menterjemah bahasa hindi dengan baik. sekian, terima kasih. | Untuk menjadi penterjemah sambilan, saudara boleh berhubung dengan Persatuan penterjemah Malaysia atau Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM). Pihak tersebut boleh memberi banyak peluang kepada saudara untuk menterjemah bahan-bahan dalam bahasa Arab atau bahasa Hindi. Bahagian Agama, Falsafah Dan Tamadun Islam DBP tidak menyediakan program menterjemah kecuali buku-buku terjemahan yang tidak dapat diusahakan oleh pihak ITNM. | Lain-lain | 25.11.2007 |
mohon tunjukkan kesalahan-kesalahan yang ada pada perenggan ini. Di antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut: (i) Perbincangan secara berkumpulan bagi mengenalpasti kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran; (ii) Perbincangan secara berkumpulan bagi mengenal pasti peluang dan harapan;dan (iii) Mengenal pasti visi, misi dan objektif ICT untuk dijadikan panduan dalam melaksanakan projek ICT. | Ayat tersebut diperbaik menjadi: Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti yang berikut: (i) Perbincangan secara berkumpulan bagi mengenal pasti kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran; (ii) Perbincangan secara berkumpulan bagi mengenal pasti peluang dan harapan;dan (iii) Mengenal pasti visi, misi dan objektif ICT untuk dijadikan panduan dalam melaksanakan projek ICT. | Tatabahasa | 05.07.2012 |
Dengarlah sebaik-baiknya agar anda tidak melepasi peluang keemasan ini. Munsyi, apakah kesalahan dalam ayat ini? TK | Dengarlah baik-baik agar anda tidak terlepas peluang keemasan ini. | Tatabahasa | 16.07.2012 |
Assalamualaikum... Saya ingin bertanya tentang prosedur menerbitkan buku.Saya berharap akan mendapat penjelasan yang sewajarnya berkaitan dengan peluang penerbitan,penulisan dan juga hakcipta serta royalti.. terima kasih | Tentang prosedur penerbitan buku, bergantung pada sistem operasi sesebuah penerbit dan jenis buku itu sendiri. Tentang peluang penerbitan dan penulisan, DBP membuka peluang kepada semua penulis - seperti penulisan makalah untuk majalah dan jurnal; entri untuk ensiklopedia; buku am fiksyen dan bukan fiksyen; buku ilmiah yang meliputi pelbagai bidang ilmu seperti sastera, bahasa, sains sosial dan kemanusiaan, sains dan teknologi, agama dan falsafah. Hakcipta karya dipegang oleh penulis. Bayaran royalti seperti yang berikut: Buku ilmiah/pengajian tinggi: 20%. Buku am (dewasa, remaja, dan kanak-kanak) 12%. | Lain-lain | 21.11.2007 |