Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
peluang (kata nama)
Bersinonim dengan kesempatan, jalan, lubang, kelapangan, cerlak;,
Kata Terbitan : meluangkan, terluang, keluangan, peluang, berpeluang,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. rending ayam atau ayam rending 2. memberikan peluang pekerjaan atau mewujudkan peluang pekerjaan1. rendang ayam.

2. mewujudkan peluang pekerjaan.
Tatabahasa26.10.2013
Yang mana satu penggunaan yang betul: 1. Murid layak diberikan peluang tinggal di asrama.. atau 2. Murid layak diberi peluang tinggal di asrama...Ayat yang betul ialah "Murid layak diberi peluang tinggal di asrama".Tatabahasa27.01.2015
Salam sejahtera. Mohon ulasan, adakah tiga ayat di bawah membawa maksud yang sama? Bolehkah ayat ke-3 diguna pakai? 1. Kami adalah majikan yang menyediakan peluang sama rata. 2. Kami adalah majikan dengan peluang sama rata. 3. Kami adalah majikan peluang sama rata. Terima Kasih.Cadangan ayat yang betul dan gramatis ialah: Kami ialah majikan yang menyediakan peluang sama rata.Tatabahasa17.07.2019
Betulkah ayat ini? 1.Amir tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan menjajah ke seluruh negeri Melaka. 2.Pengerusi mesyuarat telah meminta pandangan ahli yang hadir untuk membincangkan hal-hal lain dan seterusnya menunda mesyuarat tersebut.Apakah penjodoh bilangan bagi kumpulan bola sepak?Jawapan:
1.Amir tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan menjajah ke seluruh negeri Melaka.
2.Pengerusi mesyuarat telah meminta pandangan ahli yang hadir untuk membincangkan hal-hal lain dan seterusnya menunda mesyuarat tersebut.
Apakah penjodoh bilangan bagi kumpulan bola sepak?
Jawapan: Pasukan bola sepak
Lain-lain08.10.2014
Adakah ayat-ayat berikut betul ? 1.Saya juga tidak melepaskan peluang merakam gambar. 2. Aku tertanggal daripada tangan tuan aku. Ayat 1 betul penggunaan tatabahasanya. 1.Saya juga tidak melepaskan peluang merakam gambar.
Ayat 2 pula betul sekiranya ayat ini digunakan dalam ayat kesusasteraan seperti puisi. Sekiranya "aku" dalam ayat ini bermaksud "sesuatu barangan, contohnya cincin dan lain-lain", maka ayat ini betul penggunaannya. 2. Aku tertanggal daripada tangan tuan aku.
Tatabahasa20.02.2015
Salam sejahtera. Adakah perkataan-perkataan yang berikut tergolong sebagai kata kerja majmuk? 1.mendakap mesra 2.membuka peluang 3.menarik perhatian 4.dikemaskinikan 5.diterima pakai 6.memberikan perhatian bekerjasamamendakap mesra, membuka peluang, menarik perhatian, diterima pakai , kerjasama merupakan kata majmuk.  Kata majmuk ialah gabungan dua perkataan atau lebih dan mempunyai satu makna.  Kata majmuk yang mantap sahaja dieja dua perkataan, iaitu warganegara, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, tandatangan, suruhanjaya, tanggungjawab, kakitangan, antarabangsa, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu. Kata majmuk yang lain dieja dua perkataan. Walau bagaimanapun, bagi perkataan yang tidak boleh berdiri sendiri (yang tidak mempunyai maksud) seperti rung dan juru, kata majmuk dieja rapat.Tatabahasa07.12.2015
Adakah ayat-ayat di bawah ini betul dari segi tatabahasa? 1. Kedua ibu bapanya sudah makan. 2. Peluang bertemu semula gurunya amat nipis. Apakah prosedur meletakkan tanda sempang dalam kata ganda? 1. Anak-anak 2. Adik beradik 3.1. Kedua-dua ibu bapanya sudah makan. 2. Peluang bertemu dengan gurunya semula amat tipis. Tanda sempang digunakan untuk menyambungkan unsur-unsur kata ulang, cth. anak-anak, gotong-royong, adik-beradik.Tatabahasa22.03.2008
apakah kesalahan imbuhan dan tatabahasa dalam ayat di bawah? 1. Kawasan rekriasi diwujudkan bagi memberi peluang kepada anggota masyarakat untuk beriadah. 2.Penjual surat khabar lama mengwar-warkan kutipkan kertas dan majalah lama di kawasan perumahan tersebut.1. Kawasan rekreasi diwujudkan untuk memberi peluang kepada anggota masyarakat untuk beriadah.
2. Penjual surat khabar lama menguar-uarkan kutipan kertas dan majalah lama di kawasan perumahan tersebut.
Tatabahasa28.02.2013
1. AIDS ialah penyakit yang boleh (menghapuskan / melumpuhkan) keupayaan semula jadi badan untuk melawan penyakit. 2. Para pelabur dalam negara digalakkan untuk ( merintis / meneroka / mencari) peluang pelaburan di luar negara bagi memajukan perniagaan mereka. 3. Pelajar cemerlang itu tidak dapat meneruskan ucapannya dalam majlis anugerah tersebut kerana perasaannya (bergelora / bercelaru / bergemuruh / bergelombang) melihat tetamu yang ramai. Manakah jawapan yang betul? Terima kasih.

1. AIDS ialah penyakit yang boleh (menghapuskan / melumpuhkan) keupayaan semula jadi badan untuk melawan penyakit. - perlu rujuk fakta sebenar tentang AIDS, jika menghilangkan sama sekali jawapan yang betul ialah menghapuskan, tetapi jika hanya melemahkan ... maka jawapannya ialah melumpuhkan.

2. Para pelabur dalam negara digalakkan untuk meneroka/mencari peluang pelaburan di luar negara bagi memajukan perniagaan mereka.

3. Pelajar cemerlang itu tidak dapat meneruskan ucapannya dalam majlis anugerah tersebut kerana perasaannya bergelora/bercelaru melihat tetamu yang ramai.

Tatabahasa04.07.2011
Assalamualaikum wbt Apakah maksud perkataan memperjudiskan? Contoh ayat : 1. sebaliknya hakim bicara telah mengambilkira keterangan-keterangan yang 'memperjudiskan' perayu-perayu. 2.Kedua, perayu-perayu mempunyai peluang untuk menyangkal (to rebut) anggapan dibawah s.37(d) ADB 1952 dan oleh itu perayu-perayu tidaklah 'terperjudis'. Kedua-dua contoh ini saya dapati di alamat url berikut: (http://www.kehakiman.gov.my/directory/judgment/file/K-05-8-2011.pdf) 3. AMER HAMZAH: Sejak kamu mendapat maklumat yang boleh 'memperjudiskan' tertuduh, keterangan kamu pada hari ini (semalam) memihak kepada pendakwaan. Contoh ketiga boleh didapati di alamat url berikut :(http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Saksinafimemihakpendakwa/Article) Mohon nasihat daripada pihak tuan/puan Terima kasih -Mohd Habib bin Abdul Halim-Perkataan memperjudiskan tiada dalam data kami. Perkataan yang paling hampir ialah prejudis  yang bermaksud rasa suka atau tidak suka yang tidak berasas terhadap sesuatu kaum, agama, dan sebagainya.

Manakala padanan bahasa Melayu bagi istilah prejudice ialah prasangka.
Tatabahasa19.06.2013
123

Kembali ke atas