Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.lua.san] | ڤلواسن

Definisi : perihal atau perbuatan meluaskan atau memperluas: kekurangan hasil penye­lidikan sastera dan bahasa terasa sekali oleh para pengajar di sekolah yg sifat pelajaran tidak lagi merupakan ~ melainkan pen­dalaman soal; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.lua.san] | ڤلواسن

Definisi : perbuatan (usaha dsb) meluaskan: Perkembangan ini berhubung rapat dgn ~ jajahan oleh kesultanan Melaka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
luas (adjektif)
1. Bersinonim dengan lapang: lebar, besar, lawas, selesa,

2. Bersinonim dengan lebar: besarnya

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan terbuka fikiran, mendalam,

2. Bersinonim dengan tidak terbatas: lantang, saujana,

Kata Terbitan : meluas, meluaskan, keluasan, peluasan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah ayat majmuk mengalami proses peluasan? Dalam kerja kursus pelajar saya, objektif yang ditulis adalah seperti berikut: menghuraikan proses peluasan dalam ayat majmuk dan membuat rajah pohon untuk menganalisis ayat-ayat itu. Pertanyaan saya : Adakah penulisan objektif kajian itu betul?Peluasan boleh sahaja berlaku dalam mana-mana fungsi perkataan, makna atau ayat. Namun begitu, untuk mendapatkan jawapan yang tepat sila rujuk pihak yang berkaitan. Dalam hal ini guru di sekolah ialah orang yang tepat untuk dirujuk.Tatabahasa04.08.2015
Salam hormat, Mohon penjelasan daripada pihak tuan mengenai istilah "peluasan" dan "perluasan". Apakah perbezaan kedua-dua istilah ini memandangkan bahawa kedua-duanya wujud dalam pangkalan data PRPM? Perluasan - http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=perluasan Peluasan - http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=peluasan Mohon pencerahan daripada pihak tuan. Sekian, terima kasih.Peluasan bermaksud perihal atau perbuatan meluaskan atau memperluas, manakala perluasan ialah hasil daripada perbuatan memperluas.Makna30.01.2014
bagaimana dengan peluasan makna bagi perkataan "bawang" yang kini banyak digunakan di alam maya yang merujuk kepada orang yang gemar menyakitkan hati orang lain ataupun mereka yang suka mengata dan menyebar cerita? Jika perkataan ini tidak diterima untuk diperluaskan maksudnya, jelaskan.Perkataan tersebut hanya digunakan dalam konteks perbualan tidak formal. Setakat hari ini, perkataan tersebut masih belum dirakam dan diiktiraf sebagai perkataan baru. Terdapat perkataan lain, iaitu "menggetah bawang" yang telah dirakam dan bermaksud perkataan yang menyakitkan hati

Lain-lain25.11.2018
Mana yang betul? Projek Peluasan Kampong atau Perluasan Kampong?Yang betul ialah projek peluasan kampung.Ejaan05.08.2010
analisis penyempitan dan juga peluasan makna sesuatu perkataan, makna konteks dan juga hubungan makna dengan kebudayaan. contohnya perkataan berkelahi atau basahAanalisis penyempitan dan juga peluasan makna sesuatu perkataan, makna konteks dan juga hubungan makna dengan kebudayaan. Apa yang saudara nyatakan ini merupakan sebahagian daripada perbincangan dalam tajuk Semantik. Sila rujuk buku/tulisan yang berkaitan untuk malkumat yang lemgkap.Makna16.09.2008
Soalan: 1. fluctuation: turun naik atau naik turun? 2. perluasan liputan atau peluasan liputan? Sekian terima kasih.1. turun naik
2. Peluasan bermaksud perihal atau perbuatan meluaskan atau memperluas, manakala perluasan ialah hasil daripada perbuatan memperluas.
Ejaan28.01.2015
Assalamualaikum, Saya ingin mendapatkan pengesahan sama ada istilah 'perluasan' atau 'peluasan' yang digunakan untuk ayat berikut: KWSP telah memperluaskan manfaat pengeluaran kepada ahli yang berstatus bukan warganegara Malaysia selain dari pengeluaran yang telah dibenarkan sebelum ini iaitu Pengeluaran Meninggalkan Negara, Pengeluaran Hilang Upaya dan Pengeluaran Kematian. 'Perluasan' / 'Peluasan' Manfaat ini diberikan kepada Ahli Bukan Warganegara yang bekerja atau berkhidmat di Malaysia. Mohon pengesahan pihak DBP berkaitan perkara ini. Kerjasama dan perhatian tuan/puan amat dihargai. Sekian, terima kasih.Peluasan bermaksud usaha meluaskan, manakala perluasan bermaksud hasil daripada usaha memperluas (menjadikan lebih luas). Penggunaan kata memperluas dalam konteks ayat tersebut adalah betul.Tatabahasa21.07.2016
Apakah istilah yang digunakan untuk perkataan seperti "khalwat" yang asalnya mempunyai satu makna (iaitu "menyendiri") tetapi kini sudah berubah maknanya? Adakah contoh perkataan-perkataan lain dalam kategori ini selain daripada "khalwat".Peluasan makna bagi sesuatu perkataan boleh berlaku pada bila-bila masa kerana bahasa itu sentiasa berkembang dan kamus akan merakam peluasan makna yg ada bagi perkataan tertentu apabila ada terbitan terbaru. Contoh-contoh lain boleh dilihat melalui perbandingan kamus yang terbaru dan sebelumnya.Makna11.08.2007
INCLUDING EXTENSION WORKSTERMASUK KERJA PELUASANLain-lain28.12.2010
salam...saya ingin bertanya, adakah ayat majmuk sama dengan ayat yang telah mengalami proses peluasan?i Soalan saya yang kedua pula, adakah ayat di bawah ini merupakan ayat majmuk atau ayat tunggal? " Durani menangis di dalam bilik setelah dimarahi oleh ibunya."

Sdri Cindy,

Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu. Contoh ayat sdri kemukakan  itu merupakan ayat majmuk gabungan kerana mencantum dua ayat tunggal dan menggunakan kata hubung:

1. Durani menangis di dalam bilik setelah dimarahi oleh ibunya.

    (a) Durani menangis di dalam bilik

   (b)  Dimarahi ibunya

Kata setelah yang bergaris ialah kata hubung.

 

 

Tatabahasa26.02.2009
12345

Kembali ke atas