Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.lu.cu.tan] | ڤلوچوتن

Definisi : perihal (proses, tindakan dsb) melucuti atau melucutkan: ~ senjata; ~ jawatan; ~ jawatan tindakan menarik balik (meng­gugurkan, membatalkan dsb) jawatan ygsedang disandang oleh seseorang, pemecatan; ~ senjata a) tindakan merampas atau menghapuskan senjata drpd seseorang atau sesuatu kumpulan; b) tindakan mengecilkan atau mengurangkan kekuatan angkatan ber­senjata oleh sesebuah negara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.lu.cu.tan] | ڤلوچوتن

Definisi : perbuatan melucuti atau melucutkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelucutan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin memohon pandangan pihak DBP berkaitan gantian perkataan terbaik untuk 'Pelucutan'. Untuk makluman tuan, wujud tradisi dalam perkhidmatan TLDM untuk upacara Pelucutan Tauliah atau 'decommissioning' bagi kapal-kapal TLDM yang telah lama berkhidmat. Pada hemat saya, perkataan 'pelucutan' lebih bersifat negatif. Saya terpanggil untuk mencari nama baharu bagi majlis pelucutan tauliah yang lebih bersifat positif. Contohnya, majlis penyuraian jasa bakti atau apa-apa perkataan lain yang mungkin boleh digunakan bagi majlis yang dimaksudkan.Istilah decommissioning diterjemahkan kepada penyahtauliahan. Walau bagaimanapun pelucutan juga boleh digunakan kerana pelucutan bermaksud perihal menarik balik atau memberhentikan sesuatu. Tanggapan maksud sama ada positif atau negatif bergantung pada konteks penggunaannya.Istilah22.06.2018
PERKATAAN BAHASA MELAYU YANG SESUAI BAGI MAKSUD 'DECOMMISSIONING AND ABANDONMENT'Terjemahan dalam bahasa Melayu istilah decommissioning and abandonment ialah penyahtauliahan dan peninggalan.  Biasanya perkataan ini digunakan dalam bidang kejuteraan.  

Walau bagaimanapun pelucutan juga boleh digunakan untuk perkataan decommissioning mengikut bidang tertentu kerana pelucutan bermaksud perihal menarik balik atau memberhentikan sesuatu. 



Makna13.06.2022

Kembali ke atas