| Adik duduk di hadapan kipas untuk menyejukkan badannya yang panas dan bermandi peluh. Munsyi, adakah bermandi peluh adalah salah dalam ayat ini? tk | Perkataan bermandi peluh tidak gramatis untuk ayat tersebut. | Tatabahasa | 25.06.2012 |
| 1. Setiap hari, ayah bermandi peluh di ladang. 2. Setiap hari, ayah mandi peluh di ladang. Ayat yang mana betul? | Ayat yang betul ialah ayat pertama: Setiap hari ayah bermandi peluh di ladang. | Tatabahasa | 11.08.2016 |
| 1) Proton bermutu bagus./ Kereta Proton bermutu bagus. perlu letak kereta di depan Proton? 2) Murid-murid menonton pertandingan kompang. adakah penggunaan menonton pertandingan sesuai? 3) bermain kompang atau memukul kompang? 4) bagaimanakah penggunaan "bermandi peluh"? cth: a) Saya bermandi peluh di padang. b) Saya bermandi peluh di ladang. c) Saya bermandi peluh memetik daun teh. 5) ladang teh / ladang daun teh? 6) Saya berkelah di air terjun. Saya berkelah di tepi air terjun. Yang manakah betul? 7) Yang manakah berikut ayat majmuk: a) Ben menjaga komputer riba dengan baik. b) Ben mencari maklumat dengan melayari internet daripada komputer. c) Ben menggunakan komputer untuk membuat tugasan sekolah. | Saudara, 1. Kereta Proton bermutu bagus/tinggi. 2. Murid-murid menonton pertandingan kompang - Boleh digunakan dalam ayat. Namun untuk maksud yang lebih gramatis gunakan 'menyaksikan' 3. Memukul kompang 4. Saya bermandi peluh di padang. b) Saya bermandi peluh di ladang. c) Saya bermandi peluh memetik daun teh - Kesemua penggunaan 'bermandi peluh' dalam ayat adalah betul. 5. ladang teh 6. Saya berkelah di tepi air terjun 7. a) Ben menjaga komputer riba dengan baik. b) Ben mencari maklumat dengan melayari internet daripada komputer. c) Ben menggunakan komputer untuk membuat tugasan sekolah - kesemua ayat yang dikemukakan merupakan ayat majmuk (Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk mengetahui maklumat lanjut) | Tatabahasa | 06.10.2012 |
| Ayat manakah yang betul? 1. A) Peluh keluar dari badan kita. B) Peluh keluar daripada badan kita. 2. A) Saya menyimpan buku di dalam beg. B) Saya menyimpan buku ke dalam beg. Terima kasih. | Saudara, Ayat yang betul ialah i. Peluh keluar daripada badan kita.(penggunaan 'daripada' bagi maksud sumber) ii. Saya menyimpan buku di dalam beg berbanding dengan 'Saya memasukkan buku ke dalam beg.' | Tatabahasa | 12.07.2010 |
| Mana satu yang betul? 1. Jangan biarkan syampu memasuki mana-mana rongga terbuka pada tubuh kucing / Jangan biarkan syampu memasuki mana-mana rongga terbuka di tubuh kucing. 2.Walaupun kucing mempunyai kelenjar peluh di tapak kaki, jumlah peluh yang dihasilkan sangat sedikit / Walaupun kucing mempunyai kelenjar peluh pada tapak kaki, jumlah peluh yang dihasilkan sangat sedikit. Mohon jelaskan perbezaan penggunaan di/pada kerana pada juga boleh digunakan untuk tempat. Terima kasih. | Jawapan yang betul ialah “Jangan biarkan syampu memasuki rongga terbuka pada tubuh kucing.” Jawapan yang betul ialah “Walaupun kucing mempunyai kelenjar peluh pada tapak kaki, jumlah peluh yang dihasilkan sangat sedikit.” Perbezaan “di” atau “pada” bergantung pada konteks penggunaan ayat. Kata sendi nama "di" digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama ini ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Contohnya, Ibunya bekerja di sekolah itu. Kata sendi nama "di" tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menerangkan waktu, masa, atau zaman. Contohnya, Raja Iskandar memerintah pada zaman itu. Kata sendi nama "pada" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu seperti yang berikut, (i) menunjukkan keterangan waktu apabila mendahului kata nama yang menyatakan waktu atau masa, (ii) kata sendi nama "pada' apabila didahului ada mesti diikuti oleh kata nama yang merujuk manusia dan haiwan, dan (iii) sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. Kata sendi nama "pada" tidak boleh digunakan di hadapan kata nama yang membawa maksud sasaran, Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), hlm. 265-274. | Tatabahasa | 25.03.2026 |
| Pada Kamus Dewan dicatatkan mandi seerti bermandi. Contoh ayat pada Kamus dewan ialah "badannya mandi peluh". Kenapakah ayat begini "setiap hari, ayah mandi peluh di ladang." adalah salah? | Penggunaan yang lebih gramatis ialah bermandi peluh. Untuk makluman tuan, kamus merakam makna sesuatu perkataan. Tuan boleh merujuk Tatabahasa Dewan bagi penggunaan tatabahasa yang betul. Dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 165 menunjukkan aspek makna awalan beR-. iaitu pada dasarnya perkataan yang berawalan beR- ialah kata kerja yang membawa pengertian berlakunya sesuatu makna yang terkanduang dalam kata dasar. | Tatabahasa | 03.09.2016 |
| Saya bermandi peluh kerana " matahari panas terik " atau " cuaca panas terik " ? terima kasih. | Yang betul ialah Saya bermandi peluh kerana cuaca panas terik. | Tatabahasa | 07.06.2010 |
| Apakah kata adjektif yang sesuai untuk bau peluh dan bau darah? | Kata adjektif untuk bau peluh ialah hamis, darah pula ialah busuk. | Tatabahasa | 19.08.2010 |
| Apakah perkataan sesuai bagi merujuk kepada 'Sweatpants' dalam konteks fesyen dan artikel berkenaan pemakaian? Sweat merujuk kepada peluh tetapi ia tidak sesuai dan menepati maksud sebenar 'Sweatpant'. Terima kasih | Terjemahan bagai "Swear pants" ialah "Seluar Peluh". | Penyemakan dan penterjemahan | 27.08.2014 |
| Pak Rahim (mengesat) peluh yang mengalir di dahinya semasa dia bertungkus-lumus di sawah padi. Mengapakah kita tidak boleh menggunakan "mengelap" ? | mengesat1. menyapu-nyapu atau menggosok supaya kering: budak itu menggeleng-geleng sambil ~ air matanya; ~ peluh; ~ darah; 2. bp menyapu-nyapu (menggosok) kerana membersihkan sesuatu (drpd habuk, kotoran, dll); mengelapmenyapu atau mengeringkan dgn kain lap dll, menyeka: dia berdiri seketika, kemudian ~ dahinya; tidak mengapa tumpah sedikit saya boleh lap; Berdasarkan makna yang diberikan di atas, apabila dipadankan dengan contoh ayat , menunjukkan kedua-dua kata tersebut boleh digunakan, namun yang lebih tepat dan biasa digunakan ialah mengesat. | Makna | 02.10.2009 |