Salam sejahtera. Apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk "terung" dan "pelukan"? Terima kasih. | Penjodoh bilangan untuk terung ialah "biji". Cotoh: Sebiji terung. Manakala bagi perkataan pelukan pula, tidak ada penjodoh bilangan untuk perkataan ini kerana ia adalah kata kerja yang tiada jisim untuk dikira. | Lain-lain | 10.04.2014 |
1. Saya telah menerima balasan daripada tuan bahawa "pelbagai jenis kuih-muih" adalah betul. Tetapi saya mendapati kuih-muih bermaksud bermacam-macam jenis kuih..adakah "pelbagai jenis kuih" lebih tepat? 2. Saling berpeluk-pelukan salah? Jawapan yang tepat saling berpeluk..betul? | 1. Kuih-muih merupakan kata ganda berentak dan bermaksud banyak atau bermacam-macam kuih. “Pelbagai jenis kuih-muih” adalah betul tetapi lewah. “Pelbagai jenis kuih” juga adalah betul dan tidak lewah. 2. “Saling berpeluk-pelukan” adalah betul tetapi lewah. “Saling berpelukan” adalah betul dan tidak lewah. | Tatabahasa | 20.03.2014 |
1. Kuih-muih merupakan kata ganda berentak dan bermaksud banyak atau bermacam-macam kuih. “Pelbagai jenis kuih-muih” adalah betul tetapi lewah. “Pelbagai jenis kuih” juga adalah betul dan tidak lewah. 2. “Saling berpeluk-pelukan” adalah betul tetapi lewah. “Saling berpelukan” adalah betul dan tidak lewah. Apakah maksud "lewah"? Terima kasih | Lewah dalam hal ini bermaksud penggunaan kata berlebih-lebihan yang tidak perlu. Penggunaan kata yang lewah dalam pembinaan ayat perlu dielakkan. | Makna | 24.03.2014 |