Apakah perbezaan penggunaan imbuhan per...an dengan kata dasar yang dimulai huruf l | Soalan saudara kurang jelas. Apakah yang saudara maksudkan dengan "perbezaan penggunaan imbuhan per...an dengan kata dasar yang dimulai huruf l"? Adakah tentang peluluhan huruf "l" apabila menerima awalan atau apitan? Jika itu yang dimaksudkan, kata dasar yang bermula dengan huruf "l" seperti ladang apabila menerima apitan peR-...-an menjadi perladangan. Kata yang dihasilkan tidak mengalami peluluhan huruf. | Tatabahasa | 27.06.2011 |
mana yg betul? Pengisytiharan atau perisytiharan Imbuhan yg betul perlu diguna utk perkataan yg bermula dgn huruf L cth: Lanjut- Perlanjutan atau Pelanjutan? Saya hanya pasti untuk Pelesenan (lesen). Tetapi tdk pasti utk kata nama perbuatan | Kata terbitan perisytiharan dan pengisytiharan kedua-duanya betul. Perisytiharan bermaksud pengumuman, pemakluman, pernyataan, pemasyhuran, contohnya: Mereka datang ke Kuala Lumpur hendak menyaksikan hari perisytiharan kemerdekaan. Manakala pengisytiharan bermaksud perbuatan mengisytiharkan sesuatu, atau disebut juga pengumuman, pemakluman. Begitu juga dengan perlanjutan dan pelanjutan, kedua-duanya betul. Perkataan yang kata akarnya bermula dengan huruf L tidak mengalami peluluhan apabila menerima imbuhan/apitan. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 15.12.2010 |