Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.lum.ba] | ڤلومبا

Definisi : orang yg berlumba (menyertai sesuatu lumba): pertarungan amat hebat nanti ialah antara ~-~ motosikal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.lum.ba] | ڤلومبا

Definisi : orang yg berlumba: Seorang ~ motosikal telah mati dlm kemalangan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelumba


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
sila tukarkan ayat aktif di bawah ini kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya. 1. Encik Ali menjelaskan keputusan Mesyuarat Lembaga Disiplin kepada ahli-ahli persatuan. 2. Sejak dahulu lagi, pelumba-pelumba haram mempersendakan undang-undang negara. 3. Pihak berkuasa akan menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa tanah runtuh baru-baru ini. terima kasihDalam proses.Tatabahasa19.07.2010
1.Pelumba yang menaiki motosikal bernombor dua berjaya___________pelumba yang menaiki motosikal bernombor lima. A.Memotong B.mencantas C. mengejar D. memintas apa jawapanya.Jawapan yang betul ialah A (memotong) dan D (memintas).Tatabahasa17.04.2012
Selamat petang. Mohon pencerahan. 1. Bangsa Arab terkenal dalam sejarah sebagai pengembara yang hebat. Kata terkenal dalam ayat 1 ialah kata kerja atau kata adjektif? 2.Pelumba yang memenangi perlumbaan itu sangat terkenal. Kata terkenal dalam ayat 2 ialah kata kerja atau kata adjektif? Terima kasih.1. Bangsa Arab terkenal dalam sejarah sebagai pengembara yang hebat. Terkenal - kata kerja tak transitif
2. Pelumba yang memenangi perlumbaan itu sangat terkenal. Terkenal - kata adjektif 
Tatabahasa25.07.2021

Kembali ke atas