Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ma.cuan] | ڤماچوان

Definisi : perihal (proses, perbuatan, tin­dakan dsb) memacu: penguasaan teknologi maklumat serta ~ pertumbuhan ekonomi negara; ~ kuda; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ma.cuan] | ڤماچوان

Definisi : perihal, proses, perbuatan dsb memacu: ~ pertumbuhan ekonomi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pacu (kata nama)
Bersinonim dengan taji, susuh, sungga;,
Kata Terbitan : berpacu, memacu, pemacuan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera. Saya hendak bertanyakan penggunaan pananda wacana dan penggunaan kata sendi. 1. Antara oleh sebab itu dan oleh itu, yang manakah betul? 2. Yang manakah betul? a. dalam memacu ekonomi negara b. dalam pemacuan ekonomi negara

1. Frasa 'oleh itu' dan 'oleh sebab itu' kedua-duanya betul.


2. Frasa 'dalam memacu ekonomi negara' dan 'dalam pemacuan ekonomi negara' kedua-duanya betul. Walau bagaimanapun, penggunaannya mengikut kesesuaian konteks ayat. 

 


Tatabahasa09.06.2022

Kembali ke atas