Penggunaan penjodoh bilangan manakah yang betul? i) seketul getah pemadam ii) sebiji getah pemadam | Penjodoh bilangan yang betul ialah ii) sebiji getah pemadam. | Tatabahasa | 09.04.2013 |
Dia termasukkan pemadam ke dalam telinga. Ayat ini betul ke? | Ayat "Dia termasukkan pemadam ke dalam telinga" salah. Ayat yang betul ialah "Dia memasukkan getah pemadam ke dalam telinga" | Tatabahasa | 29.07.2022 |
Saya ingin memohon pencerahan mengenai tajuk di bawah: (1) PEMADAM GOLF PERDANA 2016 PIALA SULTAN AZLAN SHAH atau (2) GOLF PERDANA PEMADAM 2016 PIALA SULTAN AZLAN SHAH | Tajuk yang lebih sesuai ialah: PERTANDINGAN atau KEJOHANAN GOLF PERDANA PEMADAM PIALA SULTAN AZLAN SHAH 2016 | Lain-lain | 11.10.2016 |
Salam. Saya ingin bertanya tentang cara menulis 'dll' yang betul. Contoh ayat: 1. Saya ada menjual buku, pen, pemadam, dll. 2. Saya ada menjual buku, pen, pemadam dll. Cara manakah yang betul? Sekian, terima kasih. | Jawapan yang betul ialah Saya ada menjual buku, pen, pemadam dll. (Sebaiknya ejaan dan lain-lain di eja penuh) | Tatabahasa | 07.11.2019 |
Sekiranya gambar getah pemadam berbentuk segi empat, apakah penjodoh bilangan yang betul? se__________ getah pemadam | Penjodoh bilangannya ialah sebiji. | Tatabahasa | 08.05.2008 |
apakah penjodoh bilangan bagi getah pemadam | Tidak perlu menggunakan penjodoh bilangan untuk "getah pemadam", jika hendak menggunakannya juga boleh menggunakan "biji". Harap maklum. | Makna | 05.04.2013 |
Apakah penjodoh bilangan untuk stapler, getah pemadam pensil dan Fail? | Penjodoh bilangan untuk pengokot (stapler), getah pemadam pensel dan fail ialah buah. | Tatabahasa | 18.11.2010 |
Bolehkah kata majmuk menerima imbuhan seperti alat pemadam api, buku kedatangan pelajar dan lain-lain | Untuk makluman saudara, meskipun alat pemadam api dan buku kedatangan pelajar merupakan kata majmuk tetapi kedua-duanya akan berfungsi sebagai kata nama atau objek yang tidak memerlukan imbuhan apabila digunakan dalam ayat. | Tatabahasa | 01.09.2006 |
Mohon semak istilah atau frasa dalam Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia yang telah diterjemahkan Soalan: 1. Tarik picu pin Alat Pemadam Api (Pull the Fire Extinguisher pin) 2. Hala nozel ke dasar api (Aim nozzle at base of fire) 3. Ramas pegangan Alat Pemadam Api (Squeeze the Fire Extinguisher handle) 4. Sapu nozel dari sisi ke sisi (Sweep the nozzle from side to side) | Page Title Ayat yang betul seperti yang berikut:
1. Tarik pin alat pemadam api.
2. Halakan nozel ke punca api.
3. Tekan picu alat pemadam api.
4. Layangkan nozel ke kiri dan kanan.
| Tatabahasa | 19.08.2024 |
apakah penjodoh bilangan untuk pemadam papan tulis dan pin lencana Jalur Gemilang? terima kasih. | Tidak semua benda diberikan penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan lazimnya mengikut bentuk sesuatu benda. Penjodoh bilangan yang hampir bagi pemadam papan tulis ialah sebuah dan sebatang untuk pin. | Tatabahasa | 18.04.2025 |