Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : alat utk memadamkan api (kebakaran); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : alat utk memadamkan api. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
padam (kata kerja)
1. Dalam konteks api
bersinonim dengan mati, pudur, melindap,
Berantonim dengan menyala

2. Dalam konteks kemarahan
bersinonim dengan reda, berkurangan, beransur kurang,
Berantonim dengan meluap

3. Bersinonim dengan hilang: luput, hapus,
Berantonim dengan menjelma

Kata Terbitan : memadamkan, pemadaman, pemadam,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah kata majmuk menerima imbuhan seperti alat pemadam api, buku kedatangan pelajar dan lain-lainUntuk makluman saudara, meskipun alat pemadam api dan buku kedatangan pelajar merupakan kata majmuk tetapi kedua-duanya akan berfungsi sebagai kata nama atau objek yang tidak memerlukan imbuhan apabila digunakan dalam ayat.Tatabahasa01.09.2006
Selamat pagi. Bagi ayat berikut : Cikgu Ganesh nenjelaskan kepada murid-murid tentang cara ______________ alat pemadam api. Jawapan menggunakan atau penggunaan. Terima kasih.Selamat pagi. jawapan yang paling sesuai ialah Cikgu Ganesh menjelaskan kepada murid-murid tentang cara penggunaan alat pemadam api.Tatabahasa09.10.2017
Assalam & Selamat Pagi, Pihak kami ingin meminta jasa baik pihak Tuan untuk menyemak perkataan-perkataan dalam Bahasa Melayu seperti di bawah: 1. Pejabat Kakitangan atau Pejabat Masjid (yang mana yang sesuai) 2. Ruang Solat Muslimat atau Ruang Solat Muslimah (yang mana yang sesuai) 3. Rak Kasut 4. Ruang Pemadam Api 5. Ruang Meletak Barangan Sumbangan (untuk barangan sumbangan kepada Masjid) 6. Bilik Pengurusan Jenazah 7. Bilik Kuliah 8. Bilik Stor 9.Tabung Masjid 10. Kebuk Sampah atau Bilik Pengumpulan Sampah (yang mana yang sesuai) 11. Parking Imam atau Ruang Letak Kereta Imam 12. Tiang Sembelihan atau Ruang Penyembelihan (untuk korban) 13. Pastikan Pintu Sentiasa Ditutup 14. Dilarang Membawa Selipar Tandas Melepasi Garisan Ini Sekian, terima kasihWaalaikumussalam.
Kami cadangkan:
1. Pejabat
2. Ruang Solat Muslimat
3. Rak Kasut
4. Ruang Pemadam Api
5. Ruang Barang Sumbangan
6. Bilik Pengurusan Jenazah
7. Bilik Kuliah
8. Stor
9.Tabung Masjid
10.Kebuk Sampah
11.Ruang Letak Kereta Imam
12.Ruang Penyembelihan
13.Pastikan Pintu Sentiasa Ditutup
14.Dilarang Membaca Selipar Tandar Melepasi Garisan Ini
Lain-lain15.08.2016
Salam sejahtera. Saya ada sedikit kemusykilan mengenai penggunaan penjodoh bilangan bagi ayat-ayat di bawah: 1. Salmah mencantas dua pelepah daun pisang di kebunnya. 2. Ibu memasukkan satu pot beras ke dalam periuk. 3. Terdapat tiga sangkar burung di rumah datuk. 4. Suraya membeli satu set pinggan mangkuk di kedai itu. 5. Di tepi tangga itu terdapat satu tabung alat pemadam api. Bolehkah pelepah, pot, sangkar, set dan tabung digunakan sebagai penjodoh bilangan dalam ayat di atas? Harap soalan ini dapat dijawab dengan segera. Sekian, terima kasih.Untuk makluman, perkataan pelepah, pot, sangkar, set dan tabung tidak boleh digunakan sebagai penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan ialah kata nama tunggal yang menjadi pasangan pada kata bilangan untuk menjadi sejenis penerang bentuk atau keadaan pada kata nama ynag mengikutinya. Contohnya, dalam ayat pertama, penjodoh bilangan yang betul ialah batang (Salmah mencantas dua batang pelepah daun pisang di kebunnya. )Tatabahasa31.10.2013

Kembali ke atas