1. Dengan contoh, apa itu konsep etnosentrime dan kesan negative terhadap perhubungan kaum di malaysia. 2. Dengan contoh, apa itu konsep akomodasi, akulturasi, asimilasi dan almalgamasi dalam proses integrasi di Malaysia. | 1. Etnosentrime tidak ada dalam rujukan kami, yang ada etnosentrisme bermaksud pandangan atau sikap yg percaya bahawa golongan atau kebudayaan etnik sendiri lebih unggul drpd golongan atau kebudayaan etnik lain. 2. Akomodasi bermaksud penyesuaian, akulturasi bermaksud penyerapan unsur-unsur kebudayaan drpd suatu budaya kpd budaya lain, asimilasi bermaksud pemaduan bermacam-macam jenis atau berbagai-bagai unsur menjadi satu, almalgamasi tidak ada dalam sumber rujukan kami. Untuk mengetahu lebih kanjut tentang konsep-konsep tersebut sila rujuk buku yang berkaitan. | Lain-lain | 03.02.2009 |
Salam sejahtera, saya ingin mendapatkan khidmat nasihat pihak tuan/puan tentang beberapa padanan terjemahan berikut: (1) cultural infusion between the north and south – pengharmonian budaya @ penerapan / asimilasi budaya antara bahagian utara dengan bahagian selatan?? (2) artistic conception @ artistic mood - konsepsi artistik?? (3) put oneself into others’ shoes – memikirkan dari sudut orang lain?? (4) Classical Prose Movement – Kempen / Gerakan Prosa Klasik @ Kempen/gerakan reformasi susastera?? (5) modes of ancient Chinese music - mod muzik China purba? (6) literary creation – penciptaan karya sastera @ pengkaryaan sastera? (7) conditions for life – syarat kehidupan? Keadaan kehidupan? Keperluan kehidupan? (8) great man – insan yang hebat/ unggul/ terpuji/ mulia @ personaliti unggul? (“Great man” di sini merujuk kepada seseorang yang berkeperibadian tinggi dan mempunyai aspirasi yang jitu, jujur dan lurus serta mengamalkan cara hidup yang ringkas dan sederhana) Terima kasih. | 1.2; margin-top: 0pt; margin-bottom: 0pt;" dir="ltr">Berikut merupakan padanan bahasa Melayu untuk perkataan yang dinyatakan: 1. cultural infusion between the north and south: pemaduan budaya utara dan selatan 1.2; margin-top: 0pt; margin-bottom: 0pt;" dir="ltr">2. artistic conception: konsepsi seni/konsepsi artistik 1.2; margin-top: 0pt; margin-bottom: 0pt;" dir="ltr">3. artistic mood: suasana seni/suasana artistik 1.2; margin-top: 0pt; margin-bottom: 0pt;" dir="ltr">4. put oneself into others’ shoes: meletakkan diri pada situasi orang yang berkaitan 1.2; margin-top: 0pt; margin-bottom: 0pt;" dir="ltr">5. Classical Prose Movement: Gerakan Prosa Klasik 1.2; margin-top: 0pt; margin-bottom: 0pt;" dir="ltr">6. modes of ancient Chinese music: mod muzik China purba 1.2; margin-top: 0pt; margin-bottom: 0pt;" dir="ltr">7. literary creation: penciptaan karya sastera 1.2; margin-top: 0pt; margin-bottom: 0pt;" dir="ltr">8. conditions for life: keadaan kehidupan 1.2; margin-top: 0pt; margin-bottom: 0pt;" dir="ltr">9. great man: insan hebat/insan unggul Walau bagaimanapun, padanan perkataan bergantung pada konteks dan penggunaan ayat. | Makna | 30.07.2021 |