Bagaimana proses pemajmukan? | Pemajmukan ialah perihal (proses atau perbuatan) memajmukkan, penghasilan atau penciptaan sesuatu dengan memadukan dua atau beberapa bahagian atau unsur, penggabungan unsur-unsur dan sebagainya menjadi satu kesatuan. Pengabungan perkataan yang membawa satu makna yang tertentu disebut pemajmukan dan hasilnya disebut kata majmuk. | Tatabahasa | 26.07.2018 |
apakah konsep dan proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan? | Terdapat tiga proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu, iaitu proses pengimbuhan, pemajmukan dan juga proses penggandaan. Proses ini bertujuan untuk memperbanyak bilangan perkataan. Proses pengimbuhan ialah proses pembentukan perkataan dengan meletakkan imbuhan pada kata dasar, sama ada di hadapan kata dasar, di belakang, di celah atau dengan cara mengapitkan kata dasar untuk menghasilkan perkataan baharu. Perkataan yang baharu intu dikenali sebagai kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan dalam bahasa Melayu yang berfungsi untuk membentuk perkataan baharu, iaitu; i) awalan, ii) akhiran, iii) apitan dan iv) sisipan. Perkataan dalam bahasa Melayu juga terbentuk melalui proses pemajmukan. Pemajmukan ialah proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang berlainan makna untuk membentuk perkataan baharu yang mempunyai satu makna sahaja, Kata majmuk, lazimnya, dieja terpisah tetapi terdapat juga beberapa kata majmuk yang dieja bercantum. Selain proses pengimbuhan dam proses pemajmukan, perkataan alam bahasa Melayu juga terbentuk melalui proses penggandaan. Penggandaan ialah proses pengulangan kata dasar untuk membentuk perkataan baharu. Terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu: i) Penggandaan penuh, ii) Penggandaan separa dan, iii) Penggandaan berentak Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, muka surat 57-78. | Tatabahasa | 28.07.2018 |
apakah yang dimaksudkan dengan pemajmukan istilah? | Pemajmukan ialah perihal (proses atau perbuatan) memajmukkan, penghasilan atau penciptaan sesuatu dgn memadukan dua atau beberapa bahagian atau unsur, penggabungan unsur-unsur dsb menjadi satu kesatuan: peng-gabungan perkataan yg membawa satu makna yg tertentu disebut ~ dan hasilnya disebut kata majmuk. | Makna | 01.02.2010 |
-MENGAPAKAH PROSES PEMAJMUKAN PENTING DALAM BAHASA MELAYU ? -PROSES PEMAJMUKAN MANAKAH YANG LEBIH BAIK, BAHASA MELAYU ATAU BAHASA INGGERIS ? | Bahasa Melayu mempunyai beberapa cara membentuk perkataan. Ada bentuk yang bersifat tunggal, contohnya ruamh, tinggal dan putih. Di samping itu, terdapat perkataan yang dibentuk hasil proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Contoh perkataan yang dibentuk secara pengimbuhan ialah meninggal dan meninggalkan. Contoh perkataan yang dibentuk secara pemajmukan ialah putih telur dan rumah pangsa; dan perkataan yang dibentuk secara penggandaan ialah ialah putih-putih dan rumah-rumah. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 57 yang membincangkan proses pembentukan kata secara khusus. Tidak ada kaedah yang dapat menentukan pemajmukan yang mana yang lebih baik antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. | Tatabahasa | 29.01.2017 |
Assalamualaikum. Saya menemui perkataan 'imarah" di dalam Kamus Dewan, tetapi tidak menemui perkataan "pengimarahan". Adakah "pengimarahan" tidak boleh digunakan? Terima kasih. | Terdapat tiga proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu, iaitu proses pengimbuhan, pemajmukan dan juga proses penggandaan. Proses ini bertujuan untuk memperbanyak bilangan perkataan. Proses pengimbuhan ialah proses pembentukan perkataan dengan meletakkan imbuhan pada kata dasar, sama ada di hadapan kata dasar, di belakang, di celah atau dengan cara mengapitkan kata dasar untuk menghasilkan perkataan baharu. Perkataan yang baharu intu dikenali sebagai kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan dalam bahasa Melayu yang berfungsi untuk membentuk perkataan baharu, iaitu; i) awalan, ii) akhiran, iii) apitan dan iv) sisipan. Perkataan dalam bahasa Melayu juga terbentuk melalui proses pemajmukan. Pemajmukan ialah proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang berlainan makna untuk membentuk perkataan baharu yang mempunyai satu makna sahaja, Kata majmuk, lazimnya, dieja terpisah tetapi terdapat juga beberapa kata majmuk yang dieja bercantum. Selain proses pengimbuhan dam proses pemajmukan, perkataan alam bahasa Melayu juga terbentuk melalui proses penggandaan. Penggandaan ialah proses pengulangan kata dasar untuk membentuk perkataan baharu. Terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu: i) Penggandaan penuh, ii) Penggandaan separa dan, iii) Penggandaan berentak Untuk makluman tuan/puan, kata dasar "imarah" bermaksud menggerakkan atau menghidupkan suasana di masjid atau surau dengan pelbagai kegiatan berfaedah, biasanya berbentuk keagamaan. Perkataan ini boleh dibentuk menjadi perkataan yang lain melalui proses pengimbuhan, seperti mengimarahkan, pengimarahan dan diimarahkan. | Tatabahasa | 26.12.2018 |
Salam sejahtera, Tuan; 1. Pembentukan kata kerja melalui proses penggandaan disebut "kata kerja ganda" atau "kata ganda kerja"? 2. Bagaimana pula dengan proses pemajmukan? samada "kata kerja majmuk" atau "kata majmuk kerja". Terima kasih. | Pembentukan kata kerja melalui proses penggandaan dan pemajmukan disebut "kata kerja ganda" dan "kata kerja majmuk". | Tatabahasa | 31.01.2013 |
Kata majmuk mantap ialah bentuk perkataan yang terhasil selepas proses pemajmukan atau perangkaian dua perkataan. Dieja terpisah kecuali 15 kata majmuk mantap yang disenaraikan dalam TD. Apakah bentuk kata bagi perkataan seperti apabila, bagaimana, adakala, kenapa? Perkataan hari bulan BUKAN KATA MAJMUK, tetapi dua perkataan tersebut hadir bersebelahan untuk membawa maksud kesatuan yg khusus. Apakah bentuk perkataan ini? Terima kasih. | Perkataan apabila, bagaimana, adakala dan kenapa memang bukan tergolong dalam kata majmuk. Perkataan ini termasuk dalam kategori perkataan yang terkecuali yang dianggap telah mantap. | Tatabahasa | 28.01.2016 |
Perkataan ketua, sebaya, pemuda & jurutera merupakan kata-kata yang mengalami proses pemajmukan atau pengimbuhan..?? | Semua contoh yang diberikan ialah perkataan yang menerima awalan ke, se, pe dan juru untuk membentuk kata terbitan yang baru. Lihat buku Tatabahasa Dewan, di bawah tajuk Awalan Kata Adjektif dan Awalan Kata Kerja untuk maklumat lanjut. | Tatabahasa | 31.05.2011 |
Sekarang, mari kita lihat sumber-sumber menghasilkan barang-barang yang kita gunakan. Adakah ayat di atas betul dari segi pemajmukan kata nama? Terima kasih. | Sekarang, mari kita lihat sumber untuk menghasilkan barangan yang kita gunakan. | Tatabahasa | 23.05.2013 |
tolong jelaskan kepada saya tentang konsep pembentukan kata dan jenis pembentukan kata. | Bahasa Melayu mempunyai beberapa cara membentuk perkataan. Ada bentuk yang bersifat tunggal, contohnya ruamh, tinggal dan putih. Di samping itu, terdapat perkataan yang dibentuk hasil proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. COntoh perkataan yang dibentuk secara pengimbuhan ialah meninggal dan meninggalkan. Contoh perkataan yang dibentuk secara pemajmukan ialah putih telur dan rumah pangsa; dan perkataan yang dibentuk secara penggandaan ialah ialah putih-putih dan rumah-rumah. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 57 yang membincangkan proses pembentukan kata secara khusus. | Tatabahasa | 22.02.2010 |