Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ma.kai] | ڤماکاي

Definisi : 1. (orang dll) yg memakai atau menggunakan: ~ bahasa; 2. ilmu (azimat, tangkal, dll) utk menjaga badan dll; 3. orang yg suka menghias diri: dia tu memang ~ orangnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ma.kai] | ڤماکاي

Definisi : 1 orang yg memakai atau menggunakan: Bahasa Melayu mempunyai lebih kurang seratus empat puluh juta orang ~nya. 2 orang yg suka menghias diri atau suka berpakaian kemas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pakai
Kata Terbitan : memakai, terpakai, pakaian, berpakaian, pemakaian, sepemakaian, pemakai,

Puisi
 

Kalau udang dibuat gulai,
     Daging rusa dimasak kari;
Kalau wang jadi pemakai,
     Budi bahasa pengiring diri.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Huruf PKTS akan digugurkan apabila bertemu dengan imbuhan peN.... Contoh: sapu> penyapu, pakai> pemakai, tarik> penarik, kawal> pengawal. Mengapa hal ini tidak berlaku pada perkataan pentadbir, pentafsir, penterjemahan adakah kerana perkataan tersebut kata pinjaman? terima kasihAwalan huruf pkts tidak akan gugur apabila menerima imbuhan bagi kata pinjaman bertujuan mempertahankan etimologi kata asalnya.Tatabahasa26.04.2012
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Mohon pihak Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menjelaskan sama ada perkataan "mendonia" telah didaftarkan ke dalam Kamus Dewan secara rasmi kerana rancangan siaran langsung Selamat Pagi Malaysia telah menggunakan perkataan tersebut dalam salah satu tajuk segmen temu bual pada tarikh 17 April 2025.Salam sejahtera,

Ejaan yang betul ialah mendunia, bukan mendonia. Kata mendunia  agak banyak penggunaan dalam korpus dan sudah terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) yang bermaksud 
'merangkum atau meliputi seluruh dunia'. Antara contoh penggunaannya ialah:

1. Internet merupakan jaringan komputer yg mendunia, menghubungkan pemakai komputer dr suatu negara ke negara lain.
2. Jenama ini sudah mendunia.
3. ... tarian tradisional yang mendunia.
4. Malaysia mendunia.
5. Dengan mengaplikasikan teknologi pendigitalan, lagu rakyat mampu mendunia , seiring dan sejalan dengan lagu genre lain.

Makna17.04.2025

Kembali ke atas