Etika pemakaian pramugari. Etika pakaian pramugari. Mana satu yang betul? | Penggunaan yang betul ialah Etika pakaian pramugari. | Tatabahasa | 06.08.2018 |
Etika pemakaian pramugari. Etika pakaian pramugari. Yang mana satu betul. | Penggunaan yang betul ialah Etika pakaian pramugari. | Tatabahasa | 06.08.2018 |
Untuk menggambarkan pemakaian yang seksi atau tidak senonoh, sepatunya menggunakan "mencolok mata" atau "menjolok mata"? | Perkataan yang sesuai ialah "mencolok mata" | Tatabahasa | 26.02.2017 |
Sila bagi penjelasan tentang ejaan AGUNG dan AGONG.Bilakah ianya digunakan? | Agong hanya khusus untuk pemakaian Yang di-Pertuan Agong. Agung digunakan untuk pemakaian umum. | Ejaan | 09.08.2006 |
Sebagai penjawat awam kami sering diberikan peringatan mengenai tatacara berpakaian, dengan tajuk "ETIKA PEMAKAIAN". Contoh peringatan seperti di lampiran. Saya ingin mendapatkan pengesahan mengenai penggunakan frasa yang betul - "ETIKA PEMAKAIAN" @ "ETIKA BERPAKAIAN" @ "ETIKA PAKAIAN". Terima kasih. | Istilah yang tepat ialah Etika Berpakaian yang membawa maksud prinsip moral atau nilai-nilai akhlak berpakaian. | Tatabahasa | 05.01.2024 |
Mohon pengesahan ayat yang betul mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka sama ada; (i) Cadangan Penerimaan Pemakaian Pekeliling; atau (ii) Cadangan Penerimaan Pakai Pekeliling | Menurut data kami, ayat yang betul ialah cadangan penerimaan pemakaian pekeliling. | Lain-lain | 27.03.2018 |
Ingin penjelasan berhubung pemakaian kata 'mengarusperdana' dan definisi istilah tersebut. | Dalam Kamus Dewan arus perdana bermaksud perkembangan semasa yang sedang giat berlaku dari segi pembangunan (fizikal, mental, kebudayaan, kehidupan dsb). Walau bagaimanapun tidak ada kata mengarusperdanakan dalam sumber rujukan kami. Dalam proses pembentukan kata kata terbitan yang terhasil daripada apitan meN-...-kan lazimnya membawa maksud membuat sesuatu yang terkandung dalam kata dasar itu atau membawa maksud menyebabkan. Tidak dapat dipastikan apakah yang dimaksudkan dengan kata mengarusperdanakan (jika ada), iaitu membuat + perkembangan semasa yang sedang giat berlaku dari segi pembangunan. | Tatabahasa | 20.05.2015 |
penggunaan bahasa dalam konteks pemakaian budaya dan perilaku masyarakat melayu | Saudara dinasihati merujuk buku atau makalah tentang perkara tersebut yang boleh diperoleh di perpustakaan, majalah atau akhbar tempatan. | Lain-lain | 30.04.2008 |
Tuan/Puan, Memohon pengesahan bagi pemakaian nama dan gelaran untuk sasterawan negara bagi sesuatu program. YBrs. Prof. Emeritus Dr. Muhammad Hj. Salleh Sasterawan Negara ke-6 atau Sasterawan Negara Prof. Emeritus Dr. Muhammad Hj. Salleh Terima Kasih | Salam sejahtera, Penggunaan gelaran yang betul ialah Sasterawan Negara Prof. Emeritus Dr. Muhammad Hj. Salleh Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 25.09.2017 |
definisi retorik | Retorik bermaksud kajian tentang teknik pemakaian bahasa secara berkesan dlm penulisan atau pertuturan. | Makna | 06.02.2009 |