Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ma.ka.nan] | ڤماکنن

Definisi : 1. jenis-jenis makanan yg la­zimnya dimakan atau ditentukan utk di­makan, pilihan jenis-jenis makanan seseorang dll: masalah salah ~ dan kekurangan vita-min masih lagi berleluasa di dunia moden hari ini; ~ yg tidak seimbang; ~ semasa hamil; 2. perbuatan (proses) makan: bahan radioaktif masuk ke dlm tubuh manusia melalui proses ~ dan peminuman; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ma.ka.nan] | ڤماکنن

Definisi : perihal makan; hal-hal mengenai makanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemakanan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang mana lebih betul? "Serat Diet" atau "Serat Pemakanan""Serat Diet" dan "Serat Pemakanan", kedua-duanya betul tetapi sebaik-baiknya utamakan bahasa Malaysia, justeru yang terbaik ialah "Serat Pemakanan"Tatabahasa10.10.2007
Assalamualaikum tuan/puan, Saya merupakan graduan bidang sains kesihatan pemakanan dari salah sebuah IPTA di Malaysia. Pada masa ini saya sedang menyambung pengajian di peringkat sarjana untuk bidang pemakanan komuniti. Bidang kajian saya adalah berkaitan pemakanan sihat di kalangan pelajar sekolah rendah. Berdasarkan kajian saya mendapati masih ramai kanak-kanak di peringkat sekolah rendah masih keliru dengan makanan sihat dan tidak minat untuk mangambil makanan sihat. Oleh itu saya berminat untuk menghantar manuskrip untuk buku cerita kanak-kanak yang berkaitan pemakanan sihat. Adakah pihak pts mempunyai format tertentu untuk manuskrip buku kanak-kanak? Saya ingin bertanya adakah saya hanya perlu menghantar penulisan sahaja atau perlu disertakan gambar memandangkan ini adalah kali pertama saya ingin hantar manuskrip. Saya juga kurang arif dalam lukisan ataupun ilustrasi untuk kanak-kanak, mohon pihak pts memberi sedikit panduan sekiranya manuskrip ini memerlukan gambar. Terima Kasih, Nurulhuda AzizWaalaikumussalam.
Puan, soalan yang puan ajukan ialah soalan kepada penerbit PTS.  Mohon maaf, kerana Dewan Bahasa tidak dapat membantu untuk menjawab bagi pihak PTS.
Karya15.01.2017
Salam Tuan, Mohon pencerahan untuk penggunaan perkataan dari dan daripada untuk ayat ini. Pemakanan Sihat Bermula Dari Sarapan Yang Sihat atau Pemakanan Sihat Bermula Daripada Sarapan Yang Sihat? Terima kasih.Jawapan yang betula ialah ayat kedua Pemakanan sihat bemula daripada sarapan yang sihat.Lain-lain13.10.2014
Amalkan pemakanan yang seimbang untuk menjamin kesihatan. Di manakah bahagian subjeknya?Bahagian subjek dalam ayat yang diberikan ialah "Amalkan pemakanan yang seimbang".Tatabahasa30.08.2013
Yang mana lebih senang untuk memahami, "Serat Diet" atau "Serat Pemakanan"?yang lebih mudah difahami ialah "Serat Pemakanan", merujuk jenis-jenis makananTatabahasa10.10.2007
1. Adakah terdapat perkataan 'pakar nutrisi' ? Jika ada, apakah maksudnya? 2. Apakah panggilan bagi seseorang yang mahir dan pandai dalam bidang diet dan pemakanan ?Dalam bidang perubatan Nutrition Officer diterjemahkan kepada Pegawai Pemakanan, maka orang yang ahli dalam hal berkenaan boleh digelar Pakar Pemakanan.Lain-lain15.04.2015
Assalamualailkum, Mohon kepastian mengenai ketepatan ayat dibawah yang akan dimasukkan dalam kad raya: Amalkan pemakanan berkhasiat demi kesihatan sekeluarga yang berpanjanganAmalkan pemakanan berkhasiat demi kesihatan sekeluarga yang berpanjangan, ayat ini betul.Tatabahasa09.06.2016
Apakah kelas kata bagi perkataan pemakanan? Takrifan 1=Kata nama dan takrifan 2=kata kerja?Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, imbuhan apitan pe-...-an merupakan imbuhan apitan kata nama. Oleh itu, perkataan pemakanan merupakan kata nama. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 126 untuk lebih lanjut.Tatabahasa26.10.2014
Tolong jelaskan penggunaan kata hubung bahawa... Kita perlu memastikan bahawa kita mengikuti amalan pemakanan yang seimbang bagi menjalani kehidupan yang sihat. Penggunaan bahawa dalam ayat ini ...betul tak encikPenggunaan kata "bahawa" pada ayat" Kita perlu memastikan bahawa kita mengikuti amalan pemakanan yang seimbang bagi  menjalani kehidupan yang sihat adalah betul.Tatabahasa19.02.2016
apakah yang dimaksudkan dengan "pengaruh iklan dan pemasaran terhadap diet dan pemakanan kanak-kanak" dari segi hurufiah dan konseptual....

Apa yang boleh kami bantu ialah menakrifkan kata demi kata (merujuk Kamus Dewan), iaitu: pengaruh = kuasa yg terbit drpd orang (benda dll) atas orang (benda dll) lain, kekuatan batin (ghaib dll) yg meninggalkan kesan pd orang (lain) dll; iklan = pemberitahuan kpd orang ramai melalui surat khabar, TV, radio, dll; pemasaran = perihal atau perbuatan memperdagangkan; terhadap = berkenaan, mengenai, tentang; diet = 1. makanan dan minuman yg biasanya diambil oleh sesuatu kumpulan, seseorang individu, atau seseekor binatang; 2. jenis dan banyaknya makanan yg ditetapkan utk seseorang atau seseekor binatang utk tujuan tertentu (spt mengawal berat badan dll); pemakanan = 1. jenis-jenis makanan yg lazimnya dimakan atau ditentukan utk dimakan, pilihan jenis-jenis makanan seseorang dll 2. perbuatan (proses) makan; kanak-kanak =  budak lelaki atau perempuan yg masih kecil (biasanya yg belum berumur lebih drpd 7 atau 8 tahun). Untuk maksud keseluruhan frasa sila rujuk artikel atau buku yang ditulis tentang perkara tersebut.

Makna02.07.2008
123

Kembali ke atas