Salam sejahtera Saya ingin mendapatkan padanan dalam Bahasa Melayu yang sesuai bagi perkataan-perkataan berikut: 1. Waste Watcher 2. Waste Watcher Business Support 3. Emitter of CO2 gas 4. Different points of preparation 5. Leftovers and trimmings 6. Waste insights and Waste Trends 7. False transactions 8. High sensitivity 9. Dummy weight to enact waste 10. Spoilage area 11. Choose applicable item/category Untuk pengetahuan puan, ini adalah dalam konteks pembuangan sisa makanan dan tentang mesin yang merekod dan mengira pembuangan sisa makanan. Terima kasih. | Kami mencadangkan padanan seperti berikut: 1) "Waste Watcher": Pemerhati Sisa Buangan 2) "Waste Watcher Business Support": Penyokong Perniagaan Pemerhati Sisa Buangan 3) "Emitter of CO2 gas": Pemancar Gas Karbon Dioksida 4) "Different points of preparation": Pelbagai Jenis Penyediaan 5) "Leftovers and trimmings": Baki dan Reja 6) "Waste insights and Waste Trends": Tinjauan dan Kecenderungan Sisa Buangan 7) "False transactions": Urus Niaga Palsu/Transaksi Palsu 8) "High sensitivity": Kepekaan Tinggi 9) "Dummy weight to enact waste": Berat Palsu untuk Menghasilkan Sisa Buangan 10) "Spoilage area": Kawasan Perosak 11) "Choose applicable item/category": Pilih Kategori/Barangan Boleh Guna Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 16.07.2021 |