Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat-ayat ini betul? Ayat 1: Pemandangan di kampungnya amat indah nian. Ayat 2: Pemandangan di kampungnya begitu indah sekali. Ayat 3: Pemandangan di kampungnya amat indah sekali.Ketiga-tiga ayat itu betul. Nian bermaksud terlalu sangat,amat, benar, sungguh. Kata untuk menguatkan maksud kata sebelumnya. Berdasarkan maksud ini nian bolehlah digunakan dengan kata adjektif lain. Oleh itu, frasa indah nian adalah betul.Tatabahasa14.12.2012
Selamat sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Pemandangan di sini permai sekali. 2. Seronok betul melihat ragam kanak-kanak itu. 3. Hal itu telah saya rancang. 4. Abang membeli sebuah rumah teras. Terima kasih.Keempat-empat ayat contoh yang diberikan betul.Tatabahasa12.09.2012
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya tentang ayat-ayat di bawah. 1. Pemandangan di pantai Port Dickson.....indah ketika matahari terbenam. a. sangat nian b. benar sekali c. sungguh amat d. terlalu paling Terima kasih.

Hanafi

Kesemua jawapan yang diberikan agak mengelirukan. Saya berpendapat perkataan yang paling sesuai ialah sungguh.

Tatabahasa03.08.2010
kata seru 1. ____,cantiknya pemandangan di sini! 2._____,hebatnya budak ini! *Wah atau Amboi?? Apakah jawapan yang paling tepat untuk kedua-dua soalan ini?Kenapa? Terima kasih.

Kedua-dua kata seru wah dan amboi boleh bertukar ganti dalam ayat ini. 1.Wah/amboi, cantiknya pemandangan di sini! 2. Wah/amboi, hebatnya budak ini! Kata seru wah ialah kata utk menyatakan kehairanan (terkejut, kagum, dll): ~, dahsyat sungguh!; ~, bukan main banyaknya wang masuk!, manakala kata seru amboi ialah kata utk menyatakan rasa hairan (kasihan dll) atau utk mengusik seseorang: ~, lajunya kereta ini!; ~, cantik sungguh awak hari ini!

Tatabahasa04.05.2010
1) Apa maksud PENERAMA & PENEROMA? 2) Adakah perkataan- perkataan di atas wujud? sekia, terima kasih.Kedua-dua istilah ini tidak terakam dalam mana-mana sumber rujukan kami ataupun Kamus Dewan. Yang ada ialah panorama yang ditakrif sebagai  1. pemandangan yg luas terbentang dan tidak terhalang atau terganggu: mata temannya merenungi ~ pergunungan Lompo Battang; 2. tinjauan yg menyeluruh atau komprehensif terhadap sesuatu perkara (ke­adaan, situasi dsb): ~ sejarah bahasa Arab selama 2000 tahun; 3. gambaran yg luas tentang suatu siri peristiwa yg sentiasa berubah­ubah: ~ perubahan manusia sejak beribu-ribu tahun.Makna19.02.2009
salam. 1)"oleh kerana" dan "oleh sebab", yang mana satu salah penggunaannya? 2) betulkah penggunaan perkataan dalam ayat Ini? - "semalam-malaman" dia tidak dapat tidur memikirkan masalah itu. -"setengah-setengah" orang berpendapat kajian yang dibuat itu kurang tepat. -Ali sempat "merakamkan" pemandangan waktu pagi ketika berada di puncak Gunung Kinabalu. Tq

1. Penggunaan yang salah ialah oleh kerana (yang betulnya oleh sebab), oleh merupakan kata nama yang mesti diikuti oleh kata nama atau frasa nama, sedangkan kerana bukan kata nama tetapi kata hubung keterangan.

2. Semalam-malaman (semalaman - juga betul dan sama maknanya) dia tidak dapat tidur memikirkan masalah itu.

3. Setengah (tidak perlu digandakan) orang berpendapat kajian yang dibuat itu kurang tepat.

4. Ali sempat merakamkan pemandangan waktu pagi ketika berada di puncak Gunung Kinabalu.

Tatabahasa08.07.2008
1.PENGGUNAAN KATA PENGUAT NIAN- BOLEH ATAU TIDAK UNTUK PENGGUNAAN SELAIN PEMANDANGAN. 2.TOLONG BETULKAN AYAT INI. KERJA ITU MESTI KAMU SIAPKAN SEBELUM PETANG INI. TERIMA KASIH.

1. Pada kelazimannya kata penguat "nian" digunakan bagi menggambarkan keindahan dan kecantikan. Jika tuan pernah melihat penggunaan kata "nian" dalam konteks yang lain sila maklumkan kepada pihak kami untuk kami buat rujukan lebih lanjut lagi.



2. Ayat contoh yang diberikan betul.

Tatabahasa23.05.2013
1. ( Amboi , Wah ), merdunya suara penyanyi itu ! 2. ( Amboi , Wah ), tingginya Menara Kuala Lumpur ! 3. ( Amboi , Wah ), indahnya sungguh pemandangan Cameron Highlands ! Apakah jawapan yang betul ? Terima kasih.

Kata seru "wah" ialah kata seru untuk menyatakan kehairanan (terkejut, kagum, dan sebagainya), contoh: Wah, dahsyat sungguh!. Manakala kata seru "Amboi" ialah kata seru untuk menyatakan rasa hairan (kasihan dan sebagainya) atau untuk mengusik seseorang: Amboi, lajunya kereta ini! Amboi cantik sungguh awak hari ini! dan sebagainya.

Tatabahasa30.09.2009
Walaupun saya sudah rujuk banyak buku rujukan tetapi tiada buku yang dapat menjelaskan imbuhan meN...i dan meN...kan dengan teliti. Bilakah kita guna imbuhan meN...i dan meN...kan ? Bagaimanakah kita dapat bezakan? Adakah imbuhan -kan mesti diikuti dengan kata nama konkrit? Contoh: "rumah itu berlatarbelakangkan pemandangan sawah padi" -Pemandangan ialah kata nama abstrak tetapi perkataan depan juga menerima -kan. Adakah cara yang paling bagus untuk menentukan imbuhan -kan dan -i?1. Dalam buku Tatabahasa Dewan, hal 207 (d) seakan membenarkan kenyataan saudara, "Pada dasarnya sukar ditentukan makna khusus apitan meN-...-i, selain membentuk kata kerja transitif dan mendukung makna asas yang terkandung dalam kata dasar.Apabila dibandingkan penggunaan apitan meN-...-kan dengan meN-...-i, fungsinya dapata dibahagikan kepada tiga"... untuk maklumat lanjut sila rujuk buku yang berkenaan pada halaman yang dinyatakan, sebelum dan selepasnya juga.  2. Dalam contoh ayat Kamus Dewan kata terbitan dengan imbuhan ...-kan tidak semestinya diikutidengan kata nama konkrit, ... berlatarbelakangkan desa ..., walau bagaimanapun perbincangan lanjut tentang imbuhan ...-kan, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan hal 185 - 191.  3.Panduanuntuk penggunaan kata terbitan imbuhan ...-kan dan ...-i.sila rujuk Tatabahasa Dewan, hal 183 - 190.Tatabahasa04.08.2008
Selamat pagi, bolehkan tolong menyelesaikan soalan di bawah ini sebab tidak dapat cari jawapan. 1 kejadian buli pelajar atau kejadian membuli pelajar ? 2 latihan bergayut pada tali atau latihan bergayutan pada tali ? 3 Segak-segak belaka peragawan-peragawan itu. peragawan boleh dikata gandakah? 4 Sungguh indah nian pemandangan. 5 Apakah maksud kata montel ? 6 Pemuda yang ditemui hanyut di laut itu dibawa ke hospital, hanyut boleh digunakan dalan ayat ini ? 7 Apakah maksud kata ramah-tamah ? Terima kasih1. Buli sama maksudnya dengan membuli, kedua-dua ayat tersebut boleh digunakan.
2. Latihan bergayut pada tali.
3. Segak-segak belaka peragawan itu. Tidak perlu digandakan. 
4. Sungguh indah nian pemandangan.
5. Montel bermaksud berisi lagi sihat atau berisi lagi cantik.  
6. Pemuda yang ditemui hanyut di laut itu dibawa ke hospital, hanyut boleh digunakan dalan ayat ini.
7. Ramah-tamah bermaksud sangat ramah.
Tatabahasa10.09.2012
12

Kembali ke atas