Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pandu
Kata Terbitan : berpandu, berpandukan, memandu, panduan, pemandu,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Nak tanya 1. "Pemandu bas itu menghantar murid pergi ke sekolah atau Pemandu bas itu menghantar murid ke sekolah." 2. "Pemandu bas itu menghantar murid-murid ke sekolah atau Pemandu bas itu menghantar murid ke sekolah?" Sekian...Ayat yang gramatis dan betul ialah 2. "Pemandu bas itu menghantar murid-murid ke sekolah.Tatabahasa25.02.2015
Selamat sejahtera Encik/ Puan, yang mana satu betul? 1. Pemandu itu memandu kenderaan di bawah had laju yang ditetapkan. 2. Pemandu itu memandu kenderaan bawah had laju yang ditetapkan. Minta pencerahan. Terima kasih.Ayat yang betul ialah Pemandu itu memandu kenderaan bawah had laju yang ditetapkan. Tatabahasa30.10.2022
Assalamualaikum. Adakah ayat ini betul, penggunaan "dari" dan "daripada" yang digunakan? Ayat: (1) Pemandu yang melakukan kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang dari tiga tahun dan tidak lebih dari 10 tahun. (2) Pemandu berkenaan juga boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM8,000.00 dan tidak lebih daripada RM20,000.00. Terima kasih.

Ayat yang betul ialah:

i. Pemandu yang melakukan kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang daripada tiga tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun.

ii. Pemandu berkenaan juga boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM8,000.00 dan tidak lebih daripada RM20,000.00.

Tatabahasa21.01.2025
1. Melintas di jalan yang berselekoh adalah tidak selamat kerana pemandu tidak dapat melihat dengan jelas pejalan kaki. 2. Melintas di jalan yang berselekoh adalah tidak selamat kerana pemandu tidak dapat melihat pejalan kaki dengan jelas. Minta penjelasan ayat 1 atau 2 betul, atau kedua-duanya? Terima kasih.Ayat yang betul ialah “Melintas di jalan yang berselekoh tidak selamat kerana pemandu tidak dapat melihat pejalan kaki dengan jelas”.Tatabahasa30.01.2024
1) PINDAAN TEMPAT : BENGKEL PENINGKATAN SISTEM ICT atau PERUBAHAN TEMPAT : BENGKEL PENINGKATAN SISTEM ICT 2) UNDANGAN KE MESYUARAT J/K PEMANDU ICT atau JEMPUTAN KE MESYUARAT J/K PEMANDU ICT yang mana satu betul?Salam sejahtera, 

Semua frasa betul dan boleh digunakan.

Sekian, terima kasih.

Tatabahasa17.05.2019
Yang manakah yang betul? 1 Undang-undang itu sudah kami kuat kuasakan/ kuatkuasakan. 2 Pemandu kereta yang berhemah/berhemat itu patut dipuji. 3 Pengguna yang berhemah/berhemat itu berbelanja mengikut keperluannya. Terima kasih.

Ayat yang betul dari segi tatabahasa  bahasa Melayu adalah seperti yang berikut:

1 Undang-undang itu sudah kami kuat kuasakan/ kuatkuasakan

(Seharusnya: Undang-undang itu telah pun dikuatkuasakan dari pukul 8.00  pagi hingga.....)

2.Pemandu kereta yang berhemah/berhemat itu patut dipuji.

(SeharusnyaPemandu kereta yang berhemah itu patut dipuji.)

3.Pengguna yang berhemah/berhemat itu berbelanja mengikut keperluannya. 

Seharusnya: Pengguna yang berhemat itu berbelanja mengikut keperluannya.)

Tatabahasa25.02.2009
Pertanyaan: Manakah ayat yang betul: Pemandu yang mabuk dapat menyebabkan berlakunya kemalangan. (ATAU) Pemandu yang mabuk boleh menyebabkan berlakunya kemalangan. Aini mendapat tempat pertama di dalam kelas. (ATAU)Aini mendapat tempat pertama di dalam kelas. Saya masih keliru penggunaan kata "BOLEH" dan "DAPAT" walaupun sudah mengetahui BOLEH mendukung maksud keizinan manakala DAPAT bermaksud berkeupayaan atau mampu

1. Pemnadu yang mabuk boleh menyebabkan berlakunya kemalangan. 2. Aini mendapat tempat pertama dalam kelas.

Tatabahasa15.07.2010
Salam sejahtera. Mohon khidmat nasihat tentang penggunaan dari dan daripada, yang mana satukah yang tepat - 1) Saya, pelajar dari kelas 2 Anggerik, ingin membuat aduan mengenai pemandu bas yang kurang bertanggungjawab. 2) Saya, pelajar daripada kelas 2 Anggerik, ingin membuat aduan mengenai pemandu bas yang kurang bertanggungjawab.Berdasarkan contoh ayat yang diberikan maklumat yang diperlukan adalah berkaitan penggunaan kata sendi dari dan daripada. Untuk makluman, kata sendi dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu, seperti ayat Pelajar itu datang dari Universiti Malaya; manakala kata sendi daripada digunakan di hadapan kata nama yang menyatakan punca, sumber, perbezaan dan perbandingan seperti ayat Asap itu keluar daripada paip ekzos. Penggunaan "dari" lebih sesuai bagi ayat berikut.Tatabahasa25.01.2016
1. kain itu (berlatar, berlatarkan ) warna gelap. 2.pihak Badan Pencegah Rasuah telah ( mengumpul , mengumpulkan ) maklumat tentang pembelian kereta itu.yang mana satukah yang betul? 3.tidak mustahil kumpulan itu akan bersatu kerana prinsip perjuangannya berbeza. Apakah kesalahan ayat ini? 4. i)mangsa kemalangan itu dikejar ke hospital oleh pemandu teksi itu. ii) mangsa kemalangan itu dikejar oleh pemandu teksi itu ke hospital. yang mana satukay yang betul? sila beri tunjuk ajar. terima kasih.

1. Kain itu berlatar warna gelap.

2. Pihak Badan Pencegah Rasuah telah mengumpulkan maklumat tentang pembelian kereta itu.

3. Ayat yang betul ialah: Tidak mustahil kumpulan itu akan bersatu walaupun prinsip perjuangannya berbeza. 

4. Ayat yang betul ialah : Mangsa kemalangan itu dikejarkan ke hospital oleh pemandu teksi itu.

Saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat dan buku Tatabahasa Dewan Edisi ketiga untuk keterangan lanjut.

Tatabahasa25.05.2010
1) Yang mana satu betul?Penunggang beca atau pemandu beca? 2)Adakah frasa mengibarkan bendera jalur gemilang betul?Ataupun mengibarkan jalur gemilang ayat yang betul?Frasa yang betul ialah penunggang beca dan mengibarkan jalur gemilang.Tatabahasa13.06.2012
12

Kembali ke atas