munsyi, ujian memandu atau ujian pemanduan? TK | Ujian memandu. | Lain-lain | 23.05.2013 |
Mereka yang keletihan biasanya didapati gagal memberikan tumpuan ___________ pemanduan. A. kepada B. pada | Jawapan yang betul ialah B. pada. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 274, Kata sendi nama "pada". | Tatabahasa | 03.02.2010 |
Salam & Selamat Pagi, Memohon pihak DBP untuk menyemak bahasa dalam text dibawah. Terima kasih. Zahirkan hemah dalam pemanduan Santunkan lidah dalam pertuturan Ikhlaskan jiwa dalam kemaafan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI Daripada kami di Perodua | Penggunaan bahasa dalam teks ini betul. Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Tatabahasa | 13.05.2015 |
Apakah terma road rage di dalam Bahasa Malaysia? | Belum ada lagi istilah/terjemahan bagi istilah berkenaan dalam sumber rujukan kami. Cadangan daripada pihak kami terjemahan yang sesuai bagi road rage ialah pemanduan agresif | Makna | 26.05.2017 |