Makna perkataan PEMANGKIN | Pemangkin bermaksud faktor dan sebagainya yang mempercepat sesuatu tindakan (proses, perubahan dan sebagainya). | Makna | 07.07.2010 |
mohon beri makna dengan kata lain "PEMANGKIN" | Pemangkin ialah faktor atau persekitaran yang mempercepat sesuatu tindakan atau perubahan. | Makna | 12.04.2011 |
Bolehkah perkataan katalis digunakan dalam bahasa melayu selain daripada pemangkin? | Menurut data kami, perkataan katalis kerap digunakan di Indonesia dan di Malaysia perkataan pemangkin yang kerap digunakan. | Lain-lain | 27.05.2019 |
Mohon pandangan pernyataan yang paling bersesuaian bagi tema persidangan untuk orang awam yang telah dilantik sebagai wakil masyarakat sebagai agen perubahan tingkah laku untuk amalan kesihatan a. Kenali Ubat: Duta Pemangkin Komuniti Sihat. b. Duta Kenali Ubat, Pemangkin Komuniti Sihat. c. Kenali Ubat: Komuniti Sihat Sejahtera. d. Kenali Ubat: Duta Hebat rakyat sihat. Untuk makluman, Kenali Ubat Anda merupakan aktiviti berterusan yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bertujuan mendidik dan memberi pendedahan kepada orang awam berkaitan penggunaan ubat-ubatan secara berkualiti. Sekian, terima kasih. | Kami mencadangkan pernyataan d. , iaitu Kenali Ubat: Duta Hebat, Rakyat Sihat. | Lain-lain | 22.01.2018 |
Tolong berikan maksud perkataan : tamsilan, kendatipun, uswah, sikap hidonisme, sikap altrisme, paradigma, holistik, pemangkin dominan, | Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". | Lain-lain | 02.11.2010 |
Mohon pandangan kesesuaian ayat untuk MOTO sambutan ulangtahun majlis perbandaran selayang. 1. 20 Tahun MPS - Membina kesejahteraan 2. 20 Tahun MPS - Pemangkin pembangunan 3. 20 Tahun MPS - Menerus kecemerlangan 4. 20 Tahun MPS - Merentas zaman 5. 20 Tahun MPS - Berkhidmat utk semua 6. 20 Tahun MPS - Memaju, Membangun, Mensejahtera Terima Kasih. | Pada pandangan kami, pihak tuan harus menentukan dahulu slogan yang hendak digunakan dan pihak kami akan menyemak ketepatan penggunaan bahasa dalam slogan tersebut. Hal ini kerana pihak tuan lebih tahu, perkara yang hendak diketengahkan. Jika perkara perkhidmatan yang hendak ditumpukan, slogan "20 Tahun MPS, Berkhidmat untuk Semua" boleh digunakan.
| Tatabahasa | 13.04.2017 |
Mohon bantuan pihak DBP untuk khidmat nasihat untuk mengalih bahasa: Selective Catalytic Reduction (SCR) System. Kami berpendapat bahawa perkataan diatas bermaksud: Sistem Pemangkin Pengurangan Selektif (SCR) dalam bahasa melayu. Mohon khidmat nasihat dan pengesahan pihak DBP | Dalam data rujukan kami, belum terdapat padanan bahasa Melayu bagi perkataan Selective Catalytic Reduction (SCR) System. Oleh itu, sekiranya bersesuaian dengan konsep atau bidang yang dimaksudkan, kami mencadangkan terjemahan Sistem Pengurangan Bermangkin Terpilih sebagai padanan untuk perkataan Selective Catalytic Reduction (SCR) System.
| Penyemakan dan penterjemahan | 23.07.2019 |
ASSALAMMUALAIKUM. SAYA NAK MEMASTIKAN KESESUAIAN PENGGUNAAN TEMA INI SAMAADA BETUL ATAU TIDAK ATAU YANG LEBIH SESUAI PENGGUNAANNYA SEPERTI SENARAI DIBAWAH. "INOVASI MENJANA TRANSFORMASI, MEMBUDAYAKAN KREATIVITI MENAKHLUKI EKSPEKTASI" "REVOLUSI KREATIVITI MEMANGKIN INOVASI MENTRANSFORMASI GLOBALISASI" "REVOLUSI KREATIVITI MEMANGKIN INOVASI MENJANA TRANSFORMASI" "INOVASI PENCETUS INSPIRASI" "INOVASI PENCETUS INSPIRASI, PEMANGKIN KUALITI, MELENGKAPI EKSPEKTASI" | Tema atau cogan kata lazimnya ringkas dan mudah diingat. Berdasarkan senarai yang ada, kami cadangkan "Inovasi Menjana Transformasi" atau "Inovasi Pencetus Inspiras" atau tema lain yang ringaks, tepat dan difahami.
| Tatabahasa | 26.07.2013 |
saya memerlukan Jurnal berkaitan dengan latihan dan pembangunan dalam sumber manusia. | Sila rujuk bahan ini : | Lain-lain | 24.07.2008 |